Hari Minggu yang sejuk ini membuat Nora malas untuk bangun dari katil. Tetapi kerjanya banyak diluar sana.
Akhirnya dia gagahkan juga tubuh badannya turun ke bawah untuk memulakan aktiviti harian.
Dilihatnya suaminya tengah duduk di kerusi taman belakang sambil membaca buku. Nora tersenyum melihat Iskandar yang semakin kacak dari hari ke hari.
"Mama?" Suara langkah kaki Puan Diana menghentikan lamunan Nora pada Iskandar. Puan Diana yang sudah agak baik itu turun ke bawah.
Dia tersenyum melihat Nora. "Sarapan apa pagi ini?" Tanyanya. Jarangan sangat benda ini berlaku.
"Nora bercadang nak buat sandwiches. Mama on tak?" Tanya Nora.
"Nice! Mama sayang Nora. I'm not sure Mama boleh ingat balik macam dulu atau tak, tetapi my heart knows that I love my daughter in law" Tiba-tiba Puan Diana meluahkan perasaannya pagi ini.
Senyuman Nora terlakar manis. Dia terus memeluk Puan Diana.
"I love you too, Mama." Nora mengesat air matanya yang jatuh seketika itu.
Puan Diana tersenyum. Dia mengesat air mata Nora. "Mama tolong Nora masak ya?"
Nora mengangguk, senyumannya tak hilang.
###
Iskandar tersenyum dari jauh, dilihatnya Nora membawa talam berisikan sarapan, sementara Mama nya berjalan bersama Nora menuju kerusi taman.
"Smells so good!" Puji Iskandar.
"Mesti lah, Mama kot yang masak!" Puji Nora.
Puan Diana gelak nipis sambil duduk.
"Dah lama tak masuk dapur, I feel so good. Tengah hari nanti Mama nak masak lagi lah!"
Nora dan Iskandar tersenyum. "Boleeeh sangat!" Ucap Nora.
"Best nyaaa! Jom kita makan!" Pelawa Iskandar.
Mereka pun asyik makan pagi. Tetapi potong stim betul lah Atisha ni.
"Assalamualaikum good morning! Sorry pintu depan tak kunci!" Dia meluru berjalan kearah kolam renang.
Wajah Iskandar seketika berubah. Pagi yang tadi indah, seketika hilang, lesap macam tu je.
Nora hanya tersenyum nipis. Seperti biasa, dia akan pelawa siapapun ysng datang untuk makan bersama.
"Sha, lama tak jumpa?" Tanya Puan Diana.
Atisha mencium pipi Puan Diana. "Busy, Ma..." Tiba-tiba hening.
"Opsss terpanggil Mama tanpa sengaja pulak. Sorry lah, sebab tadi lepas je bersembang dengan Mama dekat rumah, terbawa-bawa pula" Pandai nya Atisha berkelah.
Iskandar satu-satunya orang yang tahu maksud Atisha itu semakin panas hatinya.
Puan Diana hanya tersenyum. "Makan lah, hari ini Aunty masak!"
"Mesti sedap. Nora tak masakkan suami? Mesti best kan masakkan suami makan?" Tanya Atisha pada Nora.
"Best! Suami saya tak memilih pasal makan" Jawab Nora.
"Itu lagi best! Ajar lah saya bila free nanti, ya Nora?"
"Ajar apa?" Tanya Nora.
"Ajar macam mana nak jadi ISTERI mithali" Perkataan isteri itu ditekannya supaya Iskandar merasa mungkin.
Nora tersenyum datar. "Awak dah nak kahwin ke?" Tanya Nora.
Atisha menjeling Iskandar sebelum menjawab, Iskandar pula memalingkan muka. Dia tak nak bertentang mata dengan Atisha.
YOU ARE READING
Arah Ke Syurga
RomanceSelagi kita masih bernyawa selagi itu lah kita kena berjuang. Berjuang untuk apa saja yang memang patut untuk kita perjuangkan. Cerita itu mengisahkan tentang seorang wanita berumur 23 tahun yang berjuang keras hidup untuk satu impian. Di tengah per...