26

32 3 1
                                    

Nina duduk disebuah cafe bersama dengan Atisha. Dia memegang sudu kek yang penuh cokelat itu.

"Cik Tisha tengok sudu ni! Penuh cokelat" Ucap Nina. Atisha tengah memerhati saja si Nina ni makan kek cokelat.

"Lepas tu? Kau nak suruh aku lap sudu tu?" Soal Atisha.

Nina mengangguk. "Cik Tisha saya penat lah jadi pembantu rumah. Dah macam sudu ni dah saya! Sebelum saya termasuk jauh jadi pembantu rumah ni better saya stop! Lagi pun macam tak ada perubahan lah dekat Puan Diana tu. Dia okay je" Nina meletakkan sudu itu diatas pinggan berisikan kek yang masik ada setengah potong itu.

"Tak mungkin dia okay je. Aku bagi dia benzodiazepine, lorazepam kot. Dalam dosage 'agak' berlebihan" Ucap Atisha sambil tersenyum nipis.

Nina menggaru kepalanya. "apa ke benda nya nama ubat tu? Explain dengan bahasa rakyat macam saya please?" Pinta Nina.

"Ubat tu untuk hilangkan keresahan sebenarnya. Salah satu ubat dalam family benzodiazepin ialah lorazepam. Aku bagi dia Lorzepam sebab ubat tu berpotensi untuk memudaratkan lagi keadaan lupa dan keliru. Sebenarnya bukan pilihan terbaik untuk warga emas. Walaupun Puan Diana tu nampak muda, tapi sebenarnya dia dah berumur jugak"

source: myhealth.gov.my

"Tak masalahnya kenapa Cik Tisha tergamak buat benda tu? Dia Mama kepada lelaki yang Cik Tisha suka kot"

Nina gelak nipis. "Aku lagi takut kena buang Papa aku berbanding tak dapat cinta dia!" Jawab Atisha sambil matanya menatap Nina tajam, senyum sinis nya terserlah.

"Okay, setahu saya, Cik Tisha suka dia dari kecil lagi?" Tanya Nina.

"Kau banyak menguping kan? Asal kau tahu semua?" Atisha menyoal balik.

Nina tersenyum kelat. "Biasa lah. Macam tak tahu Mama Cik Tisha kalau dah 'mabuk' memang akan cerita semua"

"Aku tak faham lah orang tua tu masih lagi ke dia minum air kencing syaitan tu? Entah macam mana lah diaorang boleh jadi Dato' dan Datin kalau gini perangai nya." Anak sendiri pun tak percaya.

Nina mengangguk. "Sebab Dato' kahwin lain lah Datin jadi macam tu"

Atisha macam tak percaya. "See? Keluarga aku dah hancur! Sekarang ni kau jangan tanya aku Nina kenapa aku buat semua ni kepada keluarga orang lain?"

Nina mengangguk. "Tapi saya tak nak jadi orang gaji lagi!"

"Sekarang ni kau nak aku buat apa?"

"Cik Tisha buat lah macam dekat Terengganu tu! Rapat dengan family diaorang sampai hal bilik pun Cik Tisha kena tahu!"

Atisha memegang kepalanya. "Eii Nina, aku ni doktor tau? Kepala otak aku ni isi dia pesakit aku. Kau ingat aku ada masa ke nak fikir benda lain? Sebab itu lah aku suruh kau jadi mata, telinga aku!"

"Kalau macam tu, stop je lah semua ni. Bukan bawa faedah pun"

Atisha menggeram. "Kau ni tak faham ke apa maksud aku? Nina, aku buat semua ni untuk Papa aku! Aku jadi doktor ni pun sebab Papa aku paksa, supaya aku mudah masuk dalam hospital tu"

"Hm.. apa yang Cik Tisha nak jadi sebenarnya?"

Atisha terdiam. Dia menggeleng. "Tak tahu. Aku tak ada keinginan sendiri. Tapi aku pernah ada keinginan, aku nak bina keluarga yang sempurna bersama Iskandar"

Tiba-tiba Atisha senyum sinis. "Tapi musnah semenjak dia jumpa si Nora tu"

Atisha lanjut gelak. Serupa psycho dah.

"Tapi aku akan ambil dia balik. Terima kasih, Nina. Sebab kau malam ni aku ada hasrat balik nak bina keluarga yang sempurna dengan dia" Atisha tersenyum lebar. Dia mencapai beg nya kemudian keluar dari cafe itu.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now