25

32 2 0
                                    

Hari demi hari berganti, tetapi tidak untuk hidup Nora. Dia tetap stuck disana tanpa ada celah untuk mencari Ibu nya. Jauh kenyataan dari keinginan. Begitulah kiranya.

Nora memasukkan barangan dapur yang baru dibelinya ke dalam bonet kereta. Hari ini Iskandar ada dirumah sebab hari Sabtu.

Nora memandu keretanya kearah bekas rumah flatnya dahulu. Rindu dekat Munirah yang tak terkata.

Selepas kereta Nora sampai di tempat parking kereta, tepatnya ditepi jalan itu, Naim Firdaus pun keluar dari keretanya. Cepat Nora membuka pintu keretanya.

"Encik Naim!" Laung Nora sambil melambaikan tangan dan menutup pintu kereta.

Naim Firdaus tersenyum lebar, dia berjalan menghampiri Nora.

"YaAllah after few months tak jumpa Puan Nora kita ni!" Ucap Naim Firdaus.

Nora gelak. "Ya lah. Apa khabar, Encik Naim?"

"Alhamdulillah baik je. Awak macam mana?" Tanya Naim balik.

"Alhamdulillah saya baik juga. Buat apa dekat sini?"

"Oh.. Kak Muni panggil dia kata ada masak apa entah" Nora tersenyum mendengarnya.

"Laaah sama lah, Kak Muni pun panggil saya. Jom lah kita naik" ajak Nora.

"Jom!"

###

Nora dan Naim Firdaus naik keatas flat. Pintu rumah Munirah terbuka, Nora sempat menjenguk bekas rumahnya yang kini sudah ada yang menempati.

"Assalamualaikum" Ucap Nora dan Iskandar.

Keluar lah Syikin. "Waalaikumsallam.. Laaah sama-sama ke?"

Nora dan Naim terkejut sebab Syikin yang keluar. "Ini reunited ke macam mana?" Soal Naim sambil gelak.

"Masuk...masuk... Silakan.." Pelawa Syikin.

Mereka duduk diatas kerusi sofa yang nampaknua baru dibeli Munirah. Macam-macam kek diatas meja, buah potong pun ada. Munirah datang dengan membawa cawan air teh.

"Alhamdulillah datang semua" Munirah duduk sambil tersenyum.

Nora semacam terpinga-pinga sambil tersenyum saking tak percaya.

"Kau ni jakun semacam je?" Soal Syikin pada Nora.

Nora tersedar. Dia gelak. "Maklum lah kawan kau ni kalau tak ke supermarket, tak keluar lah padahnya. Hari ni best gila sebab ya lah kita berempat boleh kumpul lagi" Ucap Nora teruja.

"Ada apa ni Kak Muni?" Soal Naim Firdaus.

"Saja. Aku rindu kita macam dulu. Aku tahu hari Sabtu ni memang Nora akan keluar beli barang, so ini lah kesempatan kita nak berkumpul"

Naim Firdaus semacam blur. Dia memang dah lama tak update pasal Nora.

"Kejap... Kenapa? Awak tinggal kat mana?" Soal Naim.

"Dekat rumah Iskandar lah. Kenapa?" Nora balik bertanya.

"Ya saya tahu yang Mama dia sakit semacam cemas macam tu, tapi tak kan lah jadi awak pulak yang terkurung?"

Nora gelak nipis tetapi dia terus diam. "Macam mana eh nak jelaskan? Sekarang ni Mama dah mula okay, tapi dia macam blur sikit. Saya pulak tak berani nak tinggalkan dia dengan pembantu rumah baru, hari Sabtu dan Ahad je peluang saya keluar sebab Iskandar ada dekat rumah"

"Nora, this is not you lah. Saya tahu awak suka berjalan, explore tempat macam-macam, lepak macam sekarang".

Nora tersenyum kelat. "Itu dulu, masa saya single. Sekarang saya isteri orang, I am a housewife"

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now