Munirah menatap Nora dan Naira yang dah bersiap masuk kedalam kereta itu.
Dengan muka monyoknya Munirah mencium pipi Naira.
"Tak boleh ke dia akak jaga je?" Tanya Munirah.
Nora menggeleng sambil tersenyum. "Kak, kita dua ni sama-sama busy ya!? So lagi tenang bila Nora titip Ara dekat sekolah. Ada pengasuh dekat sana, diaorang ada sijil dan kelayakan, dan lain-lain. So kita tak payah nak risau. Nora tak akan titip Ara dekat tempat yang bukan-bukan" Perjelas Nora menenangkan Munirah.
Munirah pula yang terlebih risau.Munirah mengangguk. "Ya tahu. Tapi faham sendiri lah nanti akak rindu."
Nora lagi-lagi tersenyum. "Lepas tengah hari nanti Nora ambil lah dia. Nora bawa dia pergi tempat catering akak ya?"
Munirah tersenyum. "Cun! Okay Ara sayang elok-elok ya dekat sekolah!" Ucap Munirah.
Naira mengangguk. "Ya Aunty Muni!" Ucapnya dengan wajah comel lotey nya!
"Dah kak, kitaorang gerak dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumsallam" jawab Munirah.
###
Nora memeluk Naira sebelum dia meninggalkan Naira.
"Sayang, take care, okay?" Pinta Nora.
Naira si budak bijak itu mengangguk.
"Ya, Mama!" Jawabnya penuh yakin. Nora mencium kedua pipi san dahi Naira.
"Miss, anything just call me ya?" Pinta Nora pada cikgu disana.
"Ya, Puan!" Jawabnya.
Nora dan Naira saling melambai tangan.
###
Nora membuka pintu bilik kerjanya di lantai 10 hotel itu. Diatas meja ada jambangan bunga mawar putih segar.
"Yin, sini kejap!" Nora memanggil secretary nya yang bernama Ayin itu.
"Ada apa, Puan?" Tanya Ayin selepas sahaja dia masuk bilik Nora.
"Bunga ni siapa hantar?" Tanya Nora sambil membelai bunga yang tiada kad itu.
"Tak pasti, Puan. Tapi dia ada titip memo pada saya. Nah..." Ayin memberikan memo kecil kepada Nora.
"Saya tunggu dibumbung hotel sekarang ya" tulis memo itu.
Nora menggaru kepalanya yang berlapik tudung itu. Dia menghembuskan nafas berat sambil tersenyum. Nora kemudian meletakkan beg dan phone nya diatas meja kerja.
"Siapa lah yang tak ada kerja time-time macam ni dekat atas. Yin kalau ada orang cari saya cakap tunggu sekejap ya"
Ayin mengangguk. "Baik, Puan!"
Seketika Nora berhenti. "Hmm Yin, tak selesa lah Puan tu. Cik Nora je, okay? Saya tak kahwin lagi, walaupun dah pernah tapi please Cik Nora je" Pintanya sambil gelak nipis.
Ayin pula tergelak nipis juga. "Okay, Cik Nora!"
###
Nora menekan butang lift lantai 28.
"Siapa lah yang tak ada kerja ni" bebelnya sambil membuka pintu rooftop.
Tiba-tiba dia gelak nipis sambil menggeleng. "YaAllah... awak buat apa?" Tanya Nora pada Naim Firdaus sambil berjalan.
Kini Nora dan Naim berada di tepi pagar pembatas yang terbuat dari kaca yang kuat. Angin meniup tudung Nora dan juga rambut Naim Firdaus.
Cuaca tidak begitu panas jadi selesa juga berada di rooftop pada pukul 10 macam sekarang.
YOU ARE READING
Arah Ke Syurga
RomanceSelagi kita masih bernyawa selagi itu lah kita kena berjuang. Berjuang untuk apa saja yang memang patut untuk kita perjuangkan. Cerita itu mengisahkan tentang seorang wanita berumur 23 tahun yang berjuang keras hidup untuk satu impian. Di tengah per...