13

40 4 0
                                    

Nora berbaring diatas tilamnya. Badannya betul-betul penat. Baru kali ini dia rasa demam. Biasanya okay je, walaupun tak sedap badan tetap ia gagahkan juga.

Nora mendail nombor Munirah.

"Kak Muni dah balik kerja ke?" Tanya Nora.

"Dalam perjalanan. Kenapa?" Jawap Munirah dari balik talian.

"Oh ye ke? Nanti terus datang rumah ye, Nora demam lah."

Menggelabah Munirah mendengarnya.

###

Munirah datang dengan membawa buah-buahan dan juga bubur.

Di lekatkannya tangannya pada dahi Nora. "Ha'a lah panas"

Munirah terus mengambil tuala kecil dan air hangat.

"Orang kata lah, bukan aku kata, guna air hangat kuku" Sambil meletakkan tuala kecil diatas dahi Nora, Munirah terus bebel.

"Dulu masa kau kerja dua tiga tempat dalam sehari okay je aku tengok, sekarang ni kerja dekat rumah mewah lagi sejuk tu pulak kau nak demam" Bebel Munirah pada Nora.

Nora tak berbunyi saking lemahnya.

"Aku dah cakap, tapi degil. Tengok? Baru sebulan lebih kerja dah macam-macam"

Nora akhirnya tak sanggup dengar bebelan Munirah.

"Kak Muni, makin menjadi-jadi nanti sakit kepala Nora ni. Stop lah bebel, please?"

Akhirnya Munirah berhenti bebel, tapi....

"Kau ni kerja dengan doktor, tapi... kejap aku call Iskandar"

Menggelabah terus Nora.

"Jangan! Apa Kak Muni ni? Biarlah, esok baik pun" Nora nampak menggelabah sangat sebab tadi baru je kena marah dengan Iskandar. Tadi demam tak ada lah teruk, selepas kena marah teruk terus.

Tetapi Munirah tak mengendahkan apa yang Nora cakap, dia tetap mendail nombor doktor Iskandar.

Nora hanya mampu menggigit bibir bawahnya dan terus baring ketakutan.

"Assalamualaikum. Ya Kak Muni?" Ucap Iskandar dari balik talian.

"Waalaikumsallam. Doktor Is, maaf lah ganggu malam-malam macam ni" Sambil Munirah berjalan keluar dari rumah Nora, dia bercakap di depan pintu rumah.

"Tak apa. Ada apa ya Kak Muni?" Lembut je dia bercakap.

"Hm... Nora... dia demam. Boleh tolong check tak? Kalau doktor Is tak busy lah" Pinta Munirah hati-hati.

"Allahu... ya ke? Okay saya datang sekarang"

"Terimakasih ya"

"Ya sama-sama. Tunggu ya Kak Muni" Talian terus ditutup.

Munirah dah senyum-senyum dan terus masuk kedalam rumah.

###

Nora pura-pura tidur semasa Iskandar memeriksa kondisinya.

"Kak Muni, Nora keletihan ni. Alhamdulillah demam dia dah turun, tapi dia masih perlu berehat"

Munirah tersenyum "Alhamdulillah. Terima Kasih doktor Is" Sambil Munirah membangunkan Nora dalam diam. Nak tak nak kena bangun juga.

Nora membuka matanya. Dilihatnya Iskandar duduk dilantai. Tepat didepan tilam buruknya.

Munirah terus menepak dahi nya. "Lupa pula nak buat air. Kejap yaaa" Ucap Munirah sambil berjalan laju keluar bilik Nora menuju dapur.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now