42

38 2 0
                                    

Naira membuka matanya. Gadis kecil yang gebu lagi bijak itu tersenyum kearah Mama nya, Nora.

"Sayang?" Nora yang perasan Naira dah bangun itu pun mencium dahi anaknya banyak kali.

"Mama" Panggil Naira sambil tersenyum.

Nora memegang tangan Naira. "Alhamdulillah anak Mama dah bangun. Oma on the way datang sini tau! Mesti Ara happy kan?"

Naira mengangguk. "Happy sangat! Mama, Ara okay. Uncle Doktor yang handsome tadi tolong Ara tau Mama. Ara sebenarnya tengok dia jahit Ara tadi" Budak bijak ni memang banyak cakap. Rasanya alam fikiran dia lebih luas dari budak seusianya.

Senyum Nora terus berubah menjadi kaku. "Oh yea? Mesti Uncle tu baik kan?"

Naira mengangguk. "Ma, sebelum balik nanti Ara nak jumpa uncle doktor tu ya, please? Ara nak ucap terima kasih!" Naira memohon dengan wajah comelnya.

Nora mengangguk perlahan. "Boleh! Jawabnya pelan.

###

Iskandar tersenyum dari balik pintu wad Naira. Dia boleh dengar apa yang mereka borakkan walaupun tak lah nyaring sangat.

"Naira Imani binti Mohamad Iskandar" Ucap Iskandar pelan sambil tersenyum.

"You are so smart! Just like your mom! Your nose, your lips, and your eyes... and your blood.. just like me" Monolog Iskandar sambil gelak nipis.

Iskandar berbalik badan, rupanya Naim dah tercegat dibelakangnya.

Naim tersenyum tetapi kaku.

"Lama tak jumpa?" Tanya Naim.

"Ada je" Jawab Iskandar sambil tersenyum.

"Okay lah, aku masuk dulu Is!"

Sebelum kaki Naim betul-betul mendekati pintu bilik, Iskandar menghentikan langkahnya dengan satu soalan.

"Kau tak bagitahu dia ke yang aku dan Atisha dah bercerai?" Tanya Iskandar.

Naim terus berbalik badan. Dia diam sekejap sebelum menjawab.

"Tak ada alasan untuk aku bagitahu dia." Jawab Naim.

Iskandar mengangguk. "Faham! By the way, Naira tu, kau jangan claim jadi anak kau pulak" Iskandar terus blah.

Tinggal lah Naim yang tercegat didepan pintu. Fikirannya melayang kemana-mana. Dia macam tertampar dan juga terkejut sebab Iskandar dah tahu.

###

"Daddy!!" Naira tersenyum manis apabila 'Daddy' kesayangannya itu dah pun datang.

"Hai Sayang. Sorry lah semalam tak jadi datang. Ada masalah dekat cafe!" Perjelas Naim pada Naira.

Naira mengangguk. "Daddy bawa apa tu?" Naira melirik kantong plastik yang Naim bawa.

"Daddy bawa Japanese Sandwiches, Ara's fav, kan?" Sambil Naim mengeluarkan makanan yang dibawanya diatas meja wad.

Naira mengangguk happy. Dia terus duduk perlahan.

"Awak ni manjakan sangat dia" Ucap Nora.

"Apa manjanya? Bukan selepas ni manja Ara ni Saya akan hadap hari-hari ke?" Naim tersenyum sambil melirik Nora. Mungkin dengan tatapan cinta. Agittew.

Nora hanya mampu tersenyum sebab dia tengan konfius. "Betul ke nak kahwin dengan Naim?" Soal Nora dalam hati.

###

Naira tersenyum comel apabila melihat Iskandar duduk disamping katilnya. Hari ini Naira dah boleh balik, sebab itu Iskandar ada.

"Naira, hari ini boleh balik dah!" Ucap Iskandar pada Naira.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now