37

51 2 0
                                    

5 tahun selepas itu....

Cuaca di Prague sangat cerah pagi ini. Rumah banglo besar nan mewah itu banyak pelayan dan juga pokok hijau. Kolam renang yang besar dan menghadap ke sebuah bukit pun ada. Memang cantik sangat. 

"Puan, breakfast dah siap" Seorang maid orang Malaysia itu dah kerja bertahun-tahun dengan Puan Emelda. Wanita berusia 45 tahun itu nampak makin cantik dengan kulit putih gebu nya dan juga tubuh badan yang masih cantik.

"Thank you. Nora dengan Naira dah bangun ke?" Tanya Puan Emelda. 

"Dah, Puan. Cik Nora tengah mandikan Naira nak pergi sekolah" Jawab Maid yang bernama Kak Siti itu.

Sambil menyapu butter atas roti, sambil bebel Puan Emelda. "Budak baru 4 tahun dah masuk sekolah. Mengada budak sekarang ni, elok lah dia main dengan Oma dia ni kat rumah" 

Kak Siti senyum sambil menuang air. "Tapi budak Naira tu bijak, Puan."

Puan Emelda tersenyum. "Iya lah. Bijak sungguh. Siti, nanti masak lebih sikit lah. Sebab Naim datang" Pinta Puan Emelda.

"Baik, Puan. Rasanya baru bulan lepas dia datang sini, dah datang balik" Ucap Kak Siti.

"Biasalah dia rindu Ara dia tu" Jawab Puan Emela sambil memakan rotinya.

###

Nora mencium kedua belah pipi anaknya, Naira. Pipinya putih gebu, rambutnya lurus paras leher. Anak cantik ini berusia 4 tahun.  Petah bercakap Melayu, Inggeris, dan Bahasa Cesko (Bahasa Ceko) tetapi dirumah tetap menggunakan bahasa ibu.

"Ara..." Panggilan Nora untuk Naira.

"Ya, Mama?" Sahut budak bijak ni.

"Hari ini Daddy datang, Ara janji dekat Mama yang Ara tak akan minta macam-macam. Janji?" Nora mengangkat jari kelingkingnya, Naira pula mengangkat jari yang sama.

"Janji, Mama!"

Nora mencium pipi gebu itu sekali lagi. "Good girl! Let's go to school!"

###

Naim sudah ada di meja makan siang ini. Nora pula baru saja pulang dari menjemput Naira balik sekolah.

"Awak? Lama dah?" Tanya Nora pada Naim Firdaus.

Naim tersenyum. "Sejam jugak. Araaaaaaaaa" Naim Firdaus terus mndukung dan mencium Naira.

"Daddy rindu gila dekat Ara. Ara rindu Daddy tak?" Soal Naim Firdaus. 

"Rindu. Kan best kalau Daddy duduk sini dengan Ara, Mama, Oma, dan Aunty Siti"

Semua orang berpandangan bergilir-gilir. Nora tersenyum nipis.

"Ara, Daddy kerja dekat sana. Daddy banyak cafe" Ucap Nora.

"Mama dan Oma pun banyak hotel. Daddy boleh lah kerja salah satu hotel tu sekali" Jawab Naira.

"Dasar budak bijak. Dah Ara pergi tukar baju dengan Aunty Siti. Oma, Mama, dan Daddy nak bercakap sekejap ya?" Ucap Puan Emelda.

"Okay, Oma" Kak siti terus membawa Ara naik atas.

Nora pula duduk di sofa ruang televisyen. Naim pula duduk disampingnya, begitu uga Puan Emelda yang duduk di hadapan mereka.

"Nora, Mama kan dah cakap pergi lah Malaysia. Nora je yang jadi CEO dekat hotel kita dekat sana, jangan suruh orang lain. Sebab ini hotel pertama kita dengan Asia Tenggara." Ucap Puan Emelda.

Puan Emelda ialah janda terlajak kaya. Menikah dengan jutawan disini dan dapat seluruh aset suami mat sallehnya itu.

"Kenapa diam? Awak takut dia ambil Ara ke?" Tanya Naim, lamunan Nora terus berterabur.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now