10

43 6 0
                                    

Puan Diana datang menemui Nora yang tengah sibuk di dapur pada waktu petang. Malam ini Nora akan bermalam dirumah Puan Diana sempena majlis kecil-kecilan itu pasti akan selesai pada waktu malam. Nora bersetuju sebab dia pun penat jikalau harus ulang alik lagi.

"Nora, lepas ni awak tukar baju, ok?" Puan Diana menyuruh Nora sambil tersenyum.

Nora mengangguk. "Ya Puan" Jawap Nora.

"Jangan lupa pakai baju yang saya buat tu ye? Tapi jangan sampai Is dan Sarah tahu baju tu saya buat hehe" Pinta Puan Diana.

Nora mengangguk sambil tersenyum. "Baik Puan" Nora 'terpaksa' akan memakai baju cantik itu. Padahal dia nak simpan sebab terlalu cantik.

###

Nora selesai tukar baju.

"Oh wait wait..." Sarah yang terserempak dengan Nora semasa Nora keluar dari bilik air itu menghentikan langkahnya dan juga langkah Nora.

"Kenapa Sarah?" Tanya Nora.

"Cantik nyaaa. Natural beauty! Tapi lagi cantik kalau saya touch up muka awak" Sarah senyum manis.

Nora menggeleng. "Tak...tak... ini bukan majlis saya Sarah, nanti saya pula beria"

Sarah menggeleng. "Apa awak ni? Sayang lah baju dah cantik tapi awak setepek lipstick pun tak sapu. At least, bagi lah bibir tu tak pucat"

Nora tiba-tiba mengangguk. "Baiklah...tapi saya nak kaler nude je tau Sarah!"

Sarah mengangguk sambil menarik tangan Nora naik atas, ke bilik nya.

###

"Oh my ji o di!!! Langsung tak ada rupa orang gaji! Awak betul ke orang gaji ni Nora? Kalah model jenama fashion tau!" Puji Sarah sambil tepuk tangan.

Nora yang sememangnya cantik semula jadi itu tampak lagi cantik dengan balutan kurung moden, rambut panjang se bahu nya dibuat gaya hair combs yang hanya ia selipkan di telinga nya itu membuatkan Nora semakin cantik bak kuntum desa. acheeeeeh! 😁

Nora melihat dirinya di cermin. Senyuman terukir diwajahnya yang tenang namun sebenarnya berombak itu.

"Thank you, Sarah!" Ucap Nora.

"Sama-sama. Jom, kita turun!" Ajak Sarah.

"Jom. Hm by the way, ramai ke tetamu nya? Puan Diana suruh saya masak sikit je, takut tak cukup."

Sarah mengangguk. "Sorang je tetamu tu"

"Ha?" Nora terkejut namun tetap berjalan turun kebawah mengekori Sarah.

###

Tetamu yang Sarah maksud itu sudah duduk di meja makan semasa Nora dan Sarah turun dari atas.

Puan Diana tersenyum puas melihat Nora dengan cantik memakai baju buatannya itu. Begitu pula dengan Iskandar, mata nya tak lepas dari memandang Nora si orang gaji.

Tetamu itu ialah seorang perempuan. Dia juga ikut berbalik belakang melihat kearah Nora.

"Jom kita mulakan" Pinta Puan Diana.

Nora juga ikut duduk diatas meja. Semua hidangan diatas meja itu Nora yang buat, termasuk lah kek cokelat!

Nora memandang berkali-kali perempuan yang duduk di samping Iskandar itu.

"Nora, kenalkan ini Tisha kawan baik Iskandar. Tisha ini Nora, dia jaga aunty dekat rumah ini" Puan Diana memperkenalkan Nora kepada perempuan cantik itu, begitu juga sebaliknya.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now