Atisha mendail nombor Nina. Nina yang tengah menukar cadar katil Puan Diana itu pun keluar sekejap. Dia berdiri diluar pintu bilik Puan Diana.
"Apa? Saya tengah kerja lah" Nina berbisik.
"Nina, aku dah kahwin semalam! Dengan Iskandar" Ucap Atisha.
"HA??" Nina menjerit, selepas itu dia menutup mulutnya.
"Aku terpaksa!"
Nina memonyokkan wajahnya "Ya ke? Bukan ini ke yang Cik Tisha nak selama ni? Kahwin dengan Iskandar! Adoi bala apa lagi yang akan datang nii" Nina masih berbicara dengan pelan.
"Shut up!! This is too fast. Iskandar ada ke? Sebab dia tak ada dekat hospital."
"Dia cuti 2 hari. Tak ada, dia berjalan dengan bini dia" Jawab Nina.
Atisha kesal. "Berjalan? Dalam keadaan macam ni?" Soal Atisha kesal.
"Dia pegi mana?" Tanya Atisha lagi.
"Mana lah saya tahu. Cik Tisha bini dia juga, kan?"
Makin bertambah kesal Atisha.
"Kau jangan buat aku marah boleh tak? Malam ni teman aku pergi club?"
Rasa macam tersedak Nina mendengarnya.
"What? Iiiuhhh saya tak pernah pergi tempat macam tu" Jawab Nina sambil menggigit kuku-kuku tangannya.
"Kau teman aku je. Aku serabut lah. Aku nak have fun sikit je"
"Orang kalau serabut pergi masuk masjid. Ini tak?" Nina ceramah pulak.
"Aku lempang jugak budak ni! Tak kira, teman aku malam nanti!!"
Talian terputus. Nina hanya mampu menghela nafas berat. Dapat majikan macam syaiton gini lah.
###
Nina dan Atisha duduk di kerusi bar sebuah Pub. Atisha tengah asyik minum wine sementara Nina tak minum apa-apa lagi.
Atisha menjeling Nina, "Kenapa tak order minum?" Soal Atisha sambil asyik minum.
"Entah lah, minum air oren jus pun rasanya haram, kan? Takut lah saya, Cik Tisha" Jawab Nina.
Atisha menjeling lagi. "Tak payah minum lah kalau macam tu, Nina" Atisha kesal, dia terus meneguk minumannya.
Nina menghalakan pandangannya pada seorang lelaki kacak yang tengah berjalan menghampiri mereka di meja bar. Lelaki itu memesan minuman juga, kemudian dia duduk di samping Atisha.
"How are you?" Soal Lelaki yang berwajah mat salleh celup itu pada Atisha.
Atisha terus menoleh, dia semacam blur sikit. "Ha?" Atisha memerhati lelaki itu dari atas sehingga bawah.
"Daniel? Tak ingat ke?" Lelaki yang mengaku sebagai Daniel itu berusaha membuat Atisha ingat padanya.
Atisha semacam mengingat. "Laaaaah Daniel anak Aunty Maria tu ke?" As far she know, Daniel ini adalah anak kepada kawan Maminya. Pernah jumpa beberapa kali tetapi tak rapat.
Daniel mengangguk. "Ingat pun. You ada masalah ke?" Soalnya.
"Orang bermasalah je ke yang pergi sini? You pulak?" Atisha menyoal balik.
"Ini Abang I punya, so malam ni I pergi melawat" Jawab Daniel.
"Bukan you bertudung ke? Kenapa free hair macam ni?" Soal Daniel, tiada filter rupanya mulut mamat ni.
Atisha tersenyum. "Biasalah... manusia kan? Iman naik turun" Jawab Atisha selamba.
Nina pula menyampah disitu. Dalam menyampah itu juga dia kesian dengan majikannya itu.
YOU ARE READING
Arah Ke Syurga
RomanceSelagi kita masih bernyawa selagi itu lah kita kena berjuang. Berjuang untuk apa saja yang memang patut untuk kita perjuangkan. Cerita itu mengisahkan tentang seorang wanita berumur 23 tahun yang berjuang keras hidup untuk satu impian. Di tengah per...