34

36 1 0
                                    

Iskandar tersenyum melihat isterinya yang dah berdiri didepan pintu melihatnya keluar dari kereta.

"Sayang nak pergi mana ni?" Tanya Iskandar apabila melihat Nora sudah rapi dan membawa beg tangan.

"Biasa lah, ini hari Sabtu kan? Nak pergi supermarket" Jawab Nora.

Iskandar mengangguk. "Okay, Abang mandi dulu. Sayang hati-hati"

Nora mengangguk dan terus mengambil tangan Iskandar untuk bersalaman. "Assalamualaikum" Sambung Nora.

"Waalaikumsallam"

###

Sebelum pergi ke supermarket, Nora singgah disebuah kedai muslimah. Tak tahu lah kenapa hatinya pagi ini nak terus jalan kesana.

"Assalamualaikum, selamat datang di kedai kami" Ucap seorang penjaga kedai.

Nora tersenyum. "Waalaikumsallam"

Nora rasa kekok sebab ini kali pertamanya masuk kedai tudung. Matanya mencari-cari, tapi tak tahu apa yang nak dicari.

"Cik nak cari apa ya? Saya boleh tolong?" Mungkin penjaga kedai itu perasan akan kebingungan Nora sehinggalah dia nak tolong.

Nora mengangguk. "Saya nak cari tudung sebab saya nak pakai tudung" Jawab Nora.

Penjaga itu tersenyum, dia terus excited. "Jom saya tahu apa yang sesuai untuk Cik" Nora pun mengekori penjaga kedai itu.

###

Selepas Nora diajarkan cara pakai tudung, Nora disuruh untuk melihat dirinya di kaca cermin. Nora memakai tudung shawl berwarna cokelat pastel, gaya tudungnya sederhana tetapu sesuai dengan wajahnya. Seperti gaya anak muda sekarang yang pakai tudung, cantik macam itu lah.

Nora tersenyum. Dia terharu. "Thank you ya dah tolong saya" Ucap Nora.

"Sama-sama, Cik. Cik cantik sangat. Natural beauty" Balasnya.

Nora tersenyum nipis. "Hm kira lah semua ni. Saya nak terus pakai."

###

Langkah Nora hari ini penuh dengan percaya diri. Kini dia merasa sesuatu yang baru didalam dirinya.

Nora mengambil trolley, dia memasukkan apa jua yang diperlukan untuk rumah.

"MashaAllah..." Nora terus berbalik badan.

"Encik Naim?" Nora malu.

Naim Firdaus datang bersama Mama nya di pusat beli belah itu. Mama nya, Puan Dahlia melihat Nora sambil tersenyum.

Nora terus bersalaman dengan Puan Dahlia. "Cantiknya. Nama siapa?" Tanya Puan Dahlia.

"Saya Nora, Aunty" Jawab Nora.

"Naim, Mama nak kesana ya? Nanti kamu susul lah Mama. Nora, Aunty gerak station lain pulak ya?" Puan Dahlia terus pergi.

"Saya ingat tadi saya salah orang" Ucap Naim Firdaus sambil tersenyum.

"Jangan lah macam tu, Encik Naim" Nora yang belum terbiasa dengan imej barunya itu nampak kekok.

"Cantik. Awak cantik bertudung" Naim menenung Nora sekejap kemudian dia macam tersedar yang ditenungnya itu isteri orang.

Nora terus mengahakan pandangan matanya ketempat lain.

"Oh ehm.. Encik Naim, saya dah mesej Mak saya. Tapi tak ada jawapan. Saya pun tak berani nak call" Luah Nora.

"Oh ya ke? Okay tak apa, awak jangan risau. Saya akan pastikan lagi sama ada nombor tu betul atau tak" Naim cuba menenangkan.

Nora tersenyum. "Saya minta maaf dah susahkan Encik Naim. Saya... sepatutnya suruh suami saya buat semua ni, tapi dia busy. Saya yakin sampai bila pun tak akan dapat. Saya rindu sangat Mak saya"

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now