Sudah 2 minggu Nora menjadi seorang isteri, 2 minggu itu juga lah dia belum bertemu dengan tiga orang sahabat nya, Kak Munii, Syikin, dan Naim Firdaus.
Nora merenung tanpa hala tuju. Rumah begitu sepi walaupun ada je orang di dalam rumah itu. Sarah tengah teman Puan Diana didalam bilik, Iskandar tentulah ada di hospital.
Tiba-tiba Sarah turun dari atas. "Nora, saya lupa cakap yang orang gaji akan datang sekejap lagi. Nanti awak bagitahu lah apa yang patut dia buat. Dah itu je, saya naik atas dulu" Ucap Sarah sambil tersenyum kemudian dia naik balik keatas.
###
Tak lama selepas Sarah bagitahu, orang gaji yang dimaksudkan itu pun menekan butang bell. Nora berjalan kearah pintu dan membukanya.
"Assalamualaikum" Ucap orang gaji yang umurny boleh dikatakan sama dengan dirinya itu. Rambutnya diikat, badannya kurus, dan macam dari agent.
"Waalaikumsallam. Orang gaji baru, kan?" Tanya Nora.
Dia mengangguk. "Kenalkan nama saya Nina" Nina menghulurkan tangannya pada Nora.
Nora pun ikut menghulurkan tangannya. "Saya Nora"
"Okay, Puan Nora. Saya diminta oleh Encik Iskandar untuk datang perkenalkan diri"
"Oh, masuk lah. Sila duduk" Nora menyilakan Nina untuk duduk di sofa ruang tamu.
"Awak ni dari agent mana?" Tanya Nora.
Lama Nina baru menjawab. "Hm.. Agent pembantu lah, Puan mana lah tahu kalau saya cakap pun" Jawabnya sambil gelak kecil.
Dia tak tahu ke kalau majikan dia ni bekas orang gaji jugak, dalam hati Nora.
"Asal mana?" Sambung Nora.
"Oh saya orang Melaka" Nora mengangguk selepas mendnegar jawapannya.
"Umur berapa?" Tanya Nora lagi.
"Saya tahun ini 25"
Nora mengangguk. "Muda lagi. Kurang lebih lah umur saya. Okay kalau macam tu, saya akan bagi tahu apa saja yang awak perlu buat dekat rumah ini. Jom ikut saya pusing rumah ini!"
Nora dan Nina pun berjalan kearah ruang keluarga yang tersambung dengan dapur.
"Ini ruang keluarga, tempat kitaorang tengok TV, biasa yang duduk sini ibu mertua saya, Puan Diana. Nanti saya ceritakan pasal dia. Okay next, ini dapur bersih. Dekat sini awak boleh buat minum, potong buah, buat sarapan atau potong sayur. Dekat sebelah dapur bersih ialah dapur kotor, dapur untuk masak lauk. Awak tak payah masak kalau saya tak suruh, sebab saya hari-hari masak. Awak cukup tolong saya cuci ayam ke, potong sayur ke"
Nina mengangguk. Dia mengekori Nora dan mencuba memahami apa jua yang Nora perintahkan padanya.
"Ini pula kolam renang seperti yang terlihat, dekat sini jarang kita guna, tapi awak kena siram semua pokok bunga atau daun yang ada di taman itu. Kolam renang dua minggu sekali ada yang akan datang bersihkan. Untuk tanaman dekat luar pun awak kena perhatikan juga, ada tanaman sayur suami saya itu jangan awak kacau. Dia sendiri yang akan uruskan"
Lagi-lagi Nina mengangguk. "Nothing special cuma rumah ini banyak pokok dan awak kena rajin siram. Jom kita naik atas!"
Nora dan Nina naik ke atas. "Okay, di atas ada 3 bilik tidur. Ini bilik adik ipar saya, Sarah. Ini bilik Mama mertua saya, tapi dia tidur dengan Sarah setiap malam, dan ini bilik saya dan suami. Awak cukup bersihkan bilik Sarah dan Mama mertua saya setiap hari. Bilik saya, saya yang akan kemaskan sendiri."
Nora mengetuk pintu bilik Puan Diana. "Ma... Mama" Panggil Nora.
Sarah membuka pintu. "Sarah, ini orang gaji baru. Nama dia Nina"
YOU ARE READING
Arah Ke Syurga
RomanceSelagi kita masih bernyawa selagi itu lah kita kena berjuang. Berjuang untuk apa saja yang memang patut untuk kita perjuangkan. Cerita itu mengisahkan tentang seorang wanita berumur 23 tahun yang berjuang keras hidup untuk satu impian. Di tengah per...