Atisha tiba dirumahnya. Dia terduduk diatas katil mengingat apa yang sudah terjadi hari ini.
Beberapa hari sebelum ke Johor
Papa nya datang ke biliknya. Atisha tengah menaip sesuatu di daam Macbook nya.
"Sha, do me a favor?" Ucap Dato' Jafaar.
Atisha terus menutup Macbooknya.
"What?" Dia berbalik badan, tetapi masih duduk dikerusi kerjanya.
"Aku tahu kau nak pergi Johor Sabtu ini kan? Aku jumpa kawan kolej kau, Afiq. Anak pemilik hotel dekat Johor tu. Paling kaya masa belajar dulu"
Atisha mengangguk. "Ya. Lepas tu? Tak kan nak rampas harta dia" Sha terus panas.
Dato' Jafaar masih bercakap di depan pinti bilik tidur Atisha.
"Kau ni kan! Aku nak kau perangkap Iskandar. Buat dia kahwin dengan kau"
Atisha nampak bingung. "What? Impossible lah, Pa" Jawab Atisha.
"Laki boleh kahwin 4. Macam aku, dah kahwin lagi seorang. Kau bijak aku tahu."
Memang tak berhati perut.
"Pa, he is my best friend. Kalau pun Sha nak rampas dia dari isteri dia, bukan dengan cara perangkap dia. I have my own way!!" Atisha memang ada plan nak goda Iskandar, tapi tak secepat ni. Tapi tak dengan idea gila macam ni.
"Sha, apa pun tak dapat lah kalau Papa tunggu Sha nak bertindak! Kita kena cepat! Duit aku dah nk habis, aku tak kerja apa pun sekarang ni. Bisnes aku tu pun dah nak lingkup"
"Pa, slowly. Sha dah berjaya buat Aunty D tu hilang ingatan so Sha akan buat step selanjutnya."
Dato' Jafaar gelak. "Macam mana aku nak percaya dengan cara kau ni, Sha? Kau tahu tak, untuk kau hilangkan ingatan si Diana tu, kau perlu setahun! Sampai kau pun terlepas pandang, rupanya Iskandar dah kahwin. Papa tak kira, kau buat juga! I will take care the rest"
###
Malam itu Atisha duduk di tepi kolam renang. Atisha menawarkan minuman, Iskandar memilih jus epal.
Di bar, selepas jus itu selesai dibuat. Atisha memasukkan ubat tidur ke dalam minuman Iskandar.
Mereka melihat bintang, tiba-tiba Iskandar rebah saking mengantuknya.
Afiq yang baru saja datang dari bertukar baju selepas berenang itu terus mendekat mereka.
"Kenapa ni?" Tanya Afiq.
"Mengantuk sangat kot" Jawab Atisha.
"I dukung bawa bilik lah" Pelawa Afiq.
Afiq memapah Iskandar, sementara Atisha membantu memegang setengah badan Iskandar yang sasa itu.
Bilik mereka berada di koridor yang sama. Atisha yang cerdik itu sudah pun membuang kunci bilik Iskandar.
"Kunci?" Pinta Afiq.
Atisha berusaha mencari di pocket seluar Iskandar. "Tak ada. Okay macam ni, letak dia dalam bilik aku. Nanti aku turun bawah minta kunci baru. Biar aku je tidur bilik Iskandar" Cadang Atisha.
Afiq mengangguk. "Okaylah... Aku nak naik rooftop, nak teman kawan yang lain. Make sure kau ambil kunci bilik yang baru dekat bawah" Pesan Afiq
Atisha mengangguk sambil tersenyum.
Selepas Iskandar sudah pun tak sedarkan diri, betul-betul tidur mati di atas katil bilik hotel Atisha. Atisha terus melangsungkan aksinya.
YOU ARE READING
Arah Ke Syurga
RomanceSelagi kita masih bernyawa selagi itu lah kita kena berjuang. Berjuang untuk apa saja yang memang patut untuk kita perjuangkan. Cerita itu mengisahkan tentang seorang wanita berumur 23 tahun yang berjuang keras hidup untuk satu impian. Di tengah per...