29

31 2 0
                                    

Iskandar teringat-ingat apa yang Nora luahkan padanya semalam. Memang teruk sangat dia ni.

Telepon bimbitnya berdering. Daripada Afiq, kawannya semasa kolej yang sekarang bekerja sebagai seorah doktor di Singapura.

"Assalamualaikum bro" Ucap Iskandar dalam talian.

"Waalaikumsallam bro. What's up?" Suara Afiq dari balik talian sungguh ceria.

"Alhamdulillah okay. Kau macam mana?"

"Alhamdulillah good, bro! Aku call ni sempena aku balik Malaysia dan nak ajak kau dan kawan-kawan kita yang lain untuk datang reunited dekat Johor this weekend, ingat tak hotel famili aku?"

"Bila kau balik sini? Ha'a aku ingat lah tempat kita cuti free dulu zaman kolej hahaha" Mereka bergelak dari balik talian.

"Dah 2 hari. Aku rindu gila zaman kita selalu datang sana. Come eh? Aku dengar dah kahwin?" Tanya Afiq.

"Ye dah kahwin. In Syaa Allah aku datang"

Mereka pun berborak banyak benda dalam phone. Tiba-tiba secretary Iskandar yang bernama Sabina itu masuk dalam bilik. Dia membawa dokumen untuk di tandatangani oleh Iskandar.

Tanpa banyak bunyi, Iskandar terus sign.

"Afiq, bila kau dah bosan duduk Singapore kau datang lah hospital aku. Teman aku kat sini" Pinta Iskandar.

"Yang tu In Syaa Allah... Sebab aku jumpa perempuan Singapore cantik gilaaaa. Kalau aku dengan dia, maka stay lah" Afiq gelak-gelak.

"Pandai kau kan?" Iskandar pun gelak.

"Okaylah, aku nak pergi jalan-jalan dengan mak aku kejap. Datang tau?"

"In Syaa Allah" Talian pun ditamatkan.

###

Atisha memasang tudung nya di cermin ruang tetamu. Papa nya lewat dan terus memerhati dia.

"Ni sampai bila ni nak bertutup litup?" Soal Papa nya.

"Entah lah kalau ikutkan hati tak nak pakai dah! Sebab perangai tak sejalan dengan atas kepala ni" Jawab Atisha selamba.

Papa nya gelak. "Dengar cerita kau beli saham tu?"

"Ehm" Jawab Atisha mengiyakan.

"Kurang ajar kan tak bagitahu aku?" Dato' duduk diatas kerusi sofa depan tv.

Atisha yang dah selesai memasang tudug itu berdiri menyandar pada dinding.

"Buat apa bagi tahu Papa? Bukannua Papa bagi duit pun. Ini semua duit Sha tau? Papa mana bagi modal, Sha sanggup jual klink tu, Pa?"

"Kau kena faham sekarang ni aku tak berduit. Tapi aku dah buat satu move, kau jangan terkejut. Nanti balik lah modal kau tu Sha" Dato' Jafaar terus pergi dari ruang famili.

Atisha terus menaikkan kening. "Apa Papa dah buat? Lantak lah!" Soalnya dalam hati.

Tiba-tiba Datin masuk kerumah dari pintu depan.

"Mami ni daripada mana?" Soal Atisha.

"Dari jogging. Papa kau ada ke?" Soal Mami nya.

Atisha mengangguk. "Tak berduit je datang rumah, ada duit jumpa bini dia yang lain. Aku jual jugak rumah ni nanti!!" Bebel Mami nya sambil naik keatas.

Atisha pening melihat apa yang terjadi didalam rumahnya. Kalau boleh dia tak nak tinggal dalam rumah ni, tapi dia juga risaukan Mami nya yang selalu mabuk itu.

"Mami, satu je Tisha minta, jangan minum lagi. Kita jahat biarlah jahat, tapi jangan rosakkan badan dan fikiran!" Pinta Atisha sebelum pergi bekerja.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now