38

48 2 0
                                    

Puan Emelda menghantar Nora dan Naira ke airport. Nora memegang tangan Mak nya itu.

"Mak, jom lah ikut, masih sempat beli tiket ni" Ucap Nora.

Puan Diana menepak tangan Nora. "Agak-agak lah... Esok Mak nak pergi London. Nanti pandai lah Mak dengan Siti pergi. Sekarang ni, jaga Ara tu elok-elok" Puan Emelda memeluk Nora.

Nora pun memeluk Puan Emelda dengan erat. "Okay, Mak. Ara salam Oma dengan Aunty Siti dulu" Pinta Nora.

Ara yang bijak itu pun mencium dan memeluk Puan Emelda dan Siti.

"Bye Mak... bye Kak Siti... Kitaorang gerak dulu. Assalamualaikum" Nora dan Naira melambaikan tangan mereka.

Banyak juga barangan yang dibawa sebab Nora bercadang nak duduk lama di Malaysia.

###

Munirah membawa Nora dan Naira makan di cafe milik Naim. "Naim mana?" Soal Nora.

"Ada. Kejap lagi dia dan Syikin datang"

Nora tersenyum. "Best nya! Cafe ni makin cantik, bisnes catering and cake akak pula macam mana?" Tanya Nora sambil menyuap Ara makan Nasi Lemak.

"Alhamdulillah. Okay sangat! Tak sangka kan kita boleh jadi macam ni? Dulu bukan main susah lagi" Kenang Munirah.

"Ya lah, Kak. Tak kan kita nak hidup setakat tu je. Nasib kita mesti akan berubah suatu hari nanti, tengok lah sekarang, dah berubah pun kan?" Jawab Nora.

Munirah tersenyum sambil memegang pipi Naira. Munirah terus menjeling Nora.

"Budak ni, bila lagi nak bagitahu Papa dia?" Tanya Munirah.

Nora tersenyum kelat. "Iya. Sabar lah, baru je datang. Tak kan Nora datang rumah dia lepas tu cakap yang "Ini anak awak", gila ke apa? Tak kan dia nak percaya macam tu je, dia mesti ingat Ara ni anak Naim"

Munirah menggaru kepalanya. "Dah kenapa jadi anak Naim. Dia kan tahu yang kau tak akan buat kerja gila"

Nora mengangguk. "Tahu, tapi boleh jadi dia syak Nora kahwin dengan Naim. Dah bertahun kot!" Jawab Nora.

"Itu lah Nora ni, akak dah cakap dari dulu lagi, masa Nora mengandung tu. Akak cakap bagitahu yang Nora mengandung. Walau dah berpisah sekalipun, at least dia tahu dia ada anak" Nora terus terdiam. Betul lah apa yang Munirah cakap tu.

Lagi-lagi Nora tersenyum kelat. "Okay nanti kita fikir macam mana, sekarang ni Nora nak tidur je, penat. Mesti Ara penat, kan?" Tanya Nora pada Ara yagn macam badmood je.

Naira mengangguk. "Ara panas lah, Mama" Ucap Naira.

Munirah gelak, Nora pula tersenyum nipis. "Culture shock eh?" Ucap Nora.

"Nasib baik lah kau ajar dia cakap Melayu, kalau tidak, aku yang pening nak bercakap dengan dia" Ucap Munirah sambil tersenyum geram tengok Naira yang comel itu.

Nora gelak. "Memang masa mengandung Nora dah berazam yang budak ni kena fasih bahasa ibu dia terlebih dulu. Sebab Nora tahu, kitaorang bukan selamanya akan duduk dekat sana. Sejauh mana pun kitaorang pergi, kitaorang kena balik. Lebih-lebih lagi Ara, dia mesti akan cari Papa dia suatu hari nanti."

###

Sarah membebel sambil mengemas mainan yang bersepah didepan ruang televisyen.

"Ishhhh geramnya budak ni, tadi Mama dia suruh kemas, dia sepahkan balik." Ucap Sarah sambil memasukkan mainan kedalam bakul.

Iskandar yang baru datang dari luar itu heran melihat adiknya yang membebel sorang-sorang.

"Kenapa ni?" Tanya Iskandar.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now