6

45 2 0
                                    

Sarah dan Iskandar sudah keluar rumah sejak pukul 10 pagi. Kini, tinggal Nora dan Puan Diana saja dirumah.

Nora duduk disamping Puan Diana tatkala Puan Diana tengah menonton televisyen.

Suasana senyap sebab tak tau nak mulakan perbualan macam mana. Nora yang memang orangnya happy-go-lucky itu mesti agak segan juga dengan Puan Diana.

"Hm... Puan nak makan buah tak?" pelawa Nora.

Lama Puan Diana tak menjawap. Tetapi akhirnya dia menjawap juga.

"Apple and strawberry" Pintanya. Nora terus senyum dan bangkit dari kerusi sofa.

Nora menghela nafas kelegaan. Nora pun pergi mencuci buat dan memotong buah guna memudahkan Puan Diana untuk memakannya.

"Ini Puan" Nora meletakkan pinggan berisi buah itu diatas meja tepat di hadapan Puan Diana.

###

5 minit selepas senyap kembali...

"Awak tahu sewing tak?" Tanya Puan Diana.

"Ha? Tak pandai, tapi saya suka tengok orang pandai jahit" Jawab Nora sambil senyum.

"Ikut saya! Bosan lah tengok TV" Puan Diana mengajak Nora mengikutinya ke sebuah bilik di bawah tangga.

Puan Diana mengambil kunci bilik itu didalam sebuah laci kecil dibawah tangga juga. Macam rumah orang dekat Amerika lah, ada bilik atau almari bawah tangga.

Pintu bilik itu terbuka. Nora tak menyangka dengan apa yang dia lihat. Bilik itu sangat cantik, macam butik. Ada mesin jahit, ada manekin, ada baju-baju yang cantik juga.

"Cantik..." satu perkataan keluar dari dalam mulut Nora.

"Hm.." nafas Puan Diana nampak berat melihat segala yang cantik-cantik ini.

"Setahun dah saya tak masuk bilik kegemaran saya ni" Puan Diana duduk di kerusi mesin jahitnya sambil memandang mesin jahit yang dah berhabuk itu. Entah boleh digunakan lagi ataupun tak.

Nora tak berani nak bertanya lebih-lebih. "Hm... Puan nak menjahit ke?"

Puan Diana mengangguk. "Saya dulu pereka fesyen. Tapi semenjak anak kedua saya, Sarah lahir, saya berhenti. Sebab itu suami saya siapkan saya bilik ni untuk lepaskan rindu"

Nora tidak menyangka kalau Puan Diana akan cerita tentang dirinya dihari pertama berjumpa. Puan Diana tak seperti pagi tadi yang menjerit macam orang ketakutan.

"Puan nak jahit apa?" Tanya Nora seronok.

Puan Diana melihat wajah dan tubuh badan Nora.

"Cuba awak berdiri!" Nora terus berdiri.

Puan Diana mengukur tubuh Nora. "Puan nak buatkan saya baju ke?" Nora terus bertanya.

Puan Diana mengangguk laju kemudian tersenyum nipis. Cantik senyuman itu. Seketika Nora jadi merindukan Ibunya. Hendak menangis tetapi Nora tarik balik air mata nya yang hampir bertakung itu, tak pasal-pasal Puan Diana tanya macam-macam.

"YaAllah, kenapa saya Puan?"

"Entah lah, awal mula nya saya tak selesa. Tapi selepas beberapa jam saya dengan awak saya rasa aman. Nora nak baju macam mana?"

Senyuman Nora mengembang hingga ke telinga. "Apa saja yang Puan suka, saya akan pakai"

Puan Diana terus memeluk Nora kemudian dia mengangguk.

"Nora suka warna apa?"

"Hm....warna pastel. Apa-apa je, janji soft"

Puan Diana tersenyum. "Good choice. Tapi..."

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now