Kereta Naim Firdaus berhenti didepan flat tempat Nora tinggal.
"Tua sangat rupanya bangunan flat ni ye" ucap Nora sorang-sorang.
"Kenapa? Okay je" Naim Firdaus memberikan pandangannya.
"Memang okay, ada ke saya cakap tak okay? Saya cakap dah tua je bangunan tu"
Naim Firdaus mengangguk.
"Terimakasih Encik Naim, lepas ini entah bila lagi kita boleh balik sama-sama, kan?" Ucap Nora sambil membuka pintu kereta.
"Boleh je, kalau awak balik dari rumah doktor Iskandar tu bolehlah awak call saya minta ambil."
"Tak ada lah saya gurau je. Saya masuk dulu. Hati-hati drive"
Nora menutup pintu kereta selepas itu ia melambaikan tangannya sampai kereta Naim Firdaus berangsur menghilang dari pandangan.
###
Dari jauh Nora melihat Munirah berdiri di depan pintu flat nya. Nora semakin melambatkan jalannya sengaja untuk mengacau Munirah.
"Macam turtle pulak dia berjalan ye."
Nora terus berjalan laju bila ia melihat wajah Munirah berubah masam.
"Ada apa kak? Masam semacam je?"
"Syikin kata, kau nak berhenti dari cafe?"
"Cepatnya khabar tersebar." Nora Farhana mengangguk.
"Akak larang kau kerja kilang sebab tak nak kau terperap, ini kau perapkan pulak diri sendiri tu."
Nora gelak dan terus memeluk Munirah.
"Dah kenapa peluk-peluk?"
"Kak Muni, Nora naaaak cepat-cepat jumpa Mak. Doktor Iskandar dah deal nak bagi Nora gaji yang lebih besar dari cafe, sebab itu lah Nora berhenti. Nora harap Kak Muni tak marah lah"
"Kak Muni tak ada duit, jadi Kak Muni tak patut nak marah. Kalau Kak Muni banyak duit, sekarang jugak Kak Muni belikan ticket pesawat dan tanggung kos hidup dekat sana. Sebab Kak Muni kesian tengok adik Kak Muni ni, tak ada ke satu hari untuk rehat fikir pasal duit?" Suara Munirah memelan, dia sedih.
Mata Nora berkaca-kaca. Ia terus memeluk Munirah.
"Kak Muni, Nora tak boleh bayangkan bagaimana Nora survive sampai ke hari ini kalau tak ada Kak Muni. Nora janji, kalau Nora kaya nanti, Kak Muni masuk salah seorang ahli waris, Nora"
Munirah menepuk bahagian belakang badan Nora. "Patutnya akak yang bagi warisan dekat Nora. Kak Muni doa supaya Nora dapat apa yang Nora sepatut nya dapatkan. Kerja elok-elok dekat rumah orang nanti. Diaorang orang kaya, mungkin cara hidup berbeza dengan kita, Nora kena belajar tu"
Nora melepaskan pelukan. Ia mengangguk.
"Kita memang orang tak punya, tapi kita punya orang-orang yang sedia ada masa senang atau susah. Jom masuk Kak Muni!"
Nora dan Munirah masuk kedalam rumah masing-masing.
###
Nora berdiri didepan rumah besar dan mewah.
"Nora, jom lah kita masuk" Iskandar membuka pintu rumahnya. Ia mengambil Nora dari rumah flat yang jaraknya hanya 10 minit berjalan kaki ke rumah Iskandar.
Nora masuk dengan hati-hati. Interior rumah ini sangat cantik, penuh denegan nuansa pastel yang menyejukkan mata yang memandangnya, juga banyak pokok pokok hijau didalam rumah. Tenang.
YOU ARE READING
Arah Ke Syurga
RomanceSelagi kita masih bernyawa selagi itu lah kita kena berjuang. Berjuang untuk apa saja yang memang patut untuk kita perjuangkan. Cerita itu mengisahkan tentang seorang wanita berumur 23 tahun yang berjuang keras hidup untuk satu impian. Di tengah per...