35

52 2 1
                                    

Nora menahan tangan Iskandar. Dia menggeleng. "Jangan kemana-mana, please?" Pintanya, sambil terus memegang kedua belah tangan Iskandar.

Iskandar tersenyum. "Sayang kenapa ni?" Tanya nya, sambil mengusap pipi kiri Nora.

"Rasa tak sedap hati. Please?" Sekali lagi Nora merayu. Iskandar terdiam sekejap. Akhirnya dia mengangguk.

"Okay. Everything for you" Iskandar terus meletakkan kunci keretanya diatas buffet didalam bilik mereka.

###

Atisha berjalan ke hulu ke hilir menunggu Iskandar yang tiada batang hidungnya sedari tadi.

"Aishhhhhh kemana dia ni? Asal tak sampai-sampai?" Atisha mengambil phonenya, dia mendail nombor Iskandar banyak kali tetapi tiada sebarang jawapan.

Atisha terus mengambil kunci keretanya. "Naik main-main dengan aku kan? Okay tak apa!" Atisha berjalan keluar kondo nya.

###

Hari dimana Nora berjumpa dengan Naim Firdaus di pusat membeli belah.

Selepas Nora bertemu dengan Iskandar, dia berjalan ke sebuah kedai phone.

"Excuse me?" Ucap Nora.

"Ya, Cik? Ada yang perlu kita bantu?" Tanya seorang lelaki penjaga kedai itu.

Nora mengeluarkan phone nya. "Hmm tempoh hari saya skodeng pembantu rumah saya pegang phone saya. Dia macam simpan sesuatu tapi saya tak jumpa apa itu. Boleh tolong carikan tak?" Pinta nya.

"Boleh saya pinjam phone Cik?"

"Oh sila!" Nora memberikan phone nya. Dia berdiri sambil memerhati penjaga kaunter itu bekerja.

"Cik, dalam ni ada di pasang alat penyadap. Dia kecil, so tak nampak sangat"

Nora membulatkan matanya. "Alat penyadap?" Nora terus tersenyum. "Terima Kasih banyak ya"

"Sama-sama Cik. Saya dah buang alat tu."

Nora tersenyum lagi sekali. "Terima Kasih"

Dia terus mencari kafe untuk duduk dan berfikir. "Nina pasang semua ini? Untuk apa?" Nora bermonolog.

###

Nora berhenti di depan sebuah butik. Dia masih berada didalam kereta sambil melihat orang yang tak sengaja dia kenal itu berada disana dengan orang yang dia kenal juga.

Nora terus keluar dari keretanya. Dia berlari kecil menuju Nina yang masuk kedalam kereta.

Dari atas sampai ke bawah Nora melihat Nina yang jauh sangat dari biasanya. Dia memandu kereta dan bergaya. Tak macam biasanya apabila dia berada dirumah Puan Diana untuk bekerja.

Nora menarik tangan Nina. Nina terkejut melihat Nora didepan matanya.

"Nina? What is this?" Tanya Nora.

Menggelabah Nina. Tiba-tiba nafasnya tersekat. Baru sahaja tadi dia bertemu dengan Atisha di depan butik. Mesti Nora lihat Atisha juga.

Nina belum menjawab.

"Nina?" Nora mengguncang badan Nina.

"Awak kenal Atisha? Awak tipu kami ke selama ini?" Tanya Nora.

Nina tak berani menatap Mata Nora.

"Maafkan saya Puan Nora" Ucap Nina.

"Tapi kenapa? Apa yang awak cari dari saya dan family saya?" Tanya Nora tak puas hati.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now