Assalamualaikum pembaca FS, aku nak berkongsi pengalaman mistik ketika aku tinggal di Korea.
Cerita 1: Gonjiam Ghost Story
Sebut pasal Gonjiam, pasti anda dah tahu tentang filem ini yang diinsipirasikan berdasarkan kisah benar. Hospital Gonjiam tersenarai dalam 10 tempat menakutkan di dunia oleh CNN. Mengikut dari cerita orang tempatan, 10 tahun lepas, hospital itu terpaksa ditutup kerana pesakit meninggal dunia secara misteri. Pelbagai andaian dan teori keluar dan ada yang mengatakan pemilik hospital itu terlibat dalam kematian pesakit. Namun sehingga sekarang mereka tidak dapat mengenalpasti di mana keberadaan pemilik hospital tersebut dan hospital ditinggalkan dan terbiar begitu sahaja.Okey, aku nak berkongsi satu kisah misteri yang berlaku pada aku semasa tumpang di rumah kawan aku yang terletak di Gonjiam semasa cuti musim panas tahun 2017. Pada pagi itu aku baru siap mandi dan aku meletakkan barang mandian ditepi tingkap. Sebaik sahaja aku menutup pintu tandas, tiba-tiba aku terdengar bunyi benda jatuh. Aku masuk kembali ke tandas untuk memeriksa barang yang jatuh. Ternyata barang mandian aku sudah tidak ada berada di tempatnya. Secara logiknya mesti dia jatuh dibawah lantai. Tetapi yang menghairankan, aku tak jumpa langsung barang mandi tersebut. Jadi aku terus mencari-cari di mana barang mandi tersebut.
Tandas tersebut hanya sekangkang kera, mustahil tak jumpa. Nak cakap jatuh dekat luar, tingkap memang berjaring dan mustahil akan jatuh ke luar. Tiba-tiba aku terfikir entah-entah jatuh ke dalam lubang tandas. Tapi mustahil kerana semasa mandi aku memang tutup mangkuk tandas tadi. Oleh sebab aku dah tak dapat cari barang mandi, terpaksalah aku cuba untuk lihat pada mangkuk tandas. Dengan perlahan-lahan aku membuka penutup mangkuk tandas tersebut..
Ternyata benar barang mandian aku berada di dalam lubang tandas. Mujur tandas duduk, kalau tandas cangkung habis tersumbat tandas. Aku jadi keliru dan panik dan seraya aku rasa seram sejuk, seperti ada aura tidak baik berhampiran dengan aku. Ah, sudah! Ini mesti dia nak berkenalan dengan aku. Aku tak fikir panjang, masa itu juga aku terus gerak ke Seoul. Tak kuasa nak duduk lama di situ. Bayangkan hanya aku seorang di rumah masa itu dan kawan aku dah pergi kerja. Penutup mangkuk tandas aku memang dah tutup semasa mandi. Dan paling menghairankan semasa aku dengar bunyi jatuh di dalam tandas, tiada pula kedengaran bunyi penutup tandas dibuka. Siapa yang buka penutup tandas itu? Bila difikir-fikir meremang bulu roma aku.
Bila dah lama kisah ini berlaku barulah aku berani membuka mulut dengan kawan yang tinggal di sana. Itupun bila dia bercerita dekat aku yang dia demam teruk selepas memetik daun labu di bawah rumahnya itu. Menurut kawan aku dia ini boleh rasa benda-benda mistik cuma tak nampak je. Dia rasa ada aura tak baik di bawah rumahnya. Untuk pengetahuan anda rumahnya betul-betul di hujung kampung dan dikelilingi dengan hutan-hutan. Mungkin hantu itu gang hantu-hantu Gonjiam kot.
Cerita 2: Ewha Gosiwon
Kisah kali ini tahun terakhir aku duduk di Korea. Masa itu musim bunga tak silap tahun 2019. Ini trip terakhir aku sebagai tourist guide sebelum bersara and back for good. Aku sewa gosiwon di kawasan Ewha University atau orang biasa panggil Edae. Aku pilih lokasi itu sebab murah, dekat subway dan betul-betul dekat kawasan shopping. Paling penting di kawasan Seoul, senang sikit aku nak pickup guest untuk tour.
Nak dipendekkan cerita, aku puasa ganti dan pagi itu nak bersahurlah. Aku keluar dari bilik dan lalu hallway ke dapur. Memang laluan itu agak seram sebab dia gosiwon lama, dan diperbuat daripada kayu. Masa lalu hallway itu aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku kan hati kental so aku bedal je. Lepas sahur dan solat aku terus tidur. Tiba-tiba rasa ada “sesuatu” jentik tepat-tepat dekat dahi aku. Kuat gila weh. Terkejut aku! Aku terjaga dan baca surah yang patut dan tidur semula. Seram weh, mujurlah dia tak tunjuk muka dia.
*gosiwon: sebuah bilik kecil yang menempatkan satu katil, almari dan peti ais. Bilik air dan dapur share dengan orang lain. Memang cukup-cukup untuk seorang je masuk dalam bilik ini. Aku suka gosiwon ini sebab dia khas untuk wanita sahaja. Harga sewa pun murah. Itu sahaja kisahku, harap semua terhibur! Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...