Angkara Sayang, Cemburu Dan Dendam

232 8 0
                                    

Salam warga FS. Terima kasih admin jika cerita aku disiarkan. Ni pertama kali aku menulis. Nama, watak, gambaran dan situasi ada yang aku tokok tambah agar tidak terlalu ketara. Mungkin tak berapa seram, namun boleh dijadikan iktibar.

1996.. Kisah sebuah ikatan yang terlerai. Bertunang atas dasar suka sama suka, berkenalan tatkala si jejaka menjadi jiran baru dikawasan perumahan si dara..

Hari pertunangan.. tempoh 5 bulan berkenalan membawa kakak dan Isa melangkah ke 1 fasa kehadapan. Semua berjalan lancar, majlis dihadiri keluarga terdekat serta 20 orang wakil dari pihak lelaki. Tiada penetapan tarikh perkahwinan.

“Kakak minta tempoh, masih nak sambung study lepas ni”

“Tak ada masalah. Isa boleh tunggu”

Kedua keluarga setuju. Bermulalah episod kakak menjadi tunangan orang..

Isa seorang yang baik, pandai memasak dan bertukang. Sekali sekala datang ke rumah membawa makanan yang dimasaknya. Sering memberi kakak hadiah hasil ukiran kayu yang sangat cantik dan kreatif juga buatan tangannya sendiri. Penuh dinding bilik kakak dengan ukiran kayu, belum ditambah dengan bunga-bunga yang diberi setiap minggu.

Cukuplah diceritakan Isa kerja pejabat, standard waktu bekerja. Kakak pula hanya duduk dirumah, menunggu keputusan SPM. Maka setiap pagi dan petang menjadi rutin kakak menyapu dihalaman rumah, semata mata mahu melihat tunangnya yang menaiki motor pergi dan balik kerja.

Sebulan berlalu.. Tubuh kakak tiba – tiba saja mengalami gatal – gatal. Bermula dengan bintik – bintik hitam, kering seakan menjadi sisik, kemudian menjadi kudis di beberapa tempat. Puas ibu ayah berikhtiar perubatan moden juga perubatan islam. Kudis seakan cepat merebak. Sering aku melihat kakak menangis dalam solat, memohon kekuatan dan petunjuk dengan penyakit misteri yang dihidapi.

Wajah kakak yang dulunya bersih, mulus dan tidak berjerawat kini menjadi kusam, kering serta ditumbuhi j*****t bernanah. Semakin hari kakak semakin menjauhkan diri dari Isa, kakak penat dibawa berubat, kakak derita dengan segala yang terpaksa ditanggungnya. Namun Isa tidak pernah sedikit pun berganjak. Tetap saja setiap hari datang melawat dan kadang kala memasakkan makanan kegemaran kakak.

“Kakak tak mahu pergi.”

Keputusan SPM bakal diumumkan esok.

“Tak apa la kakak, biar ayah saja pergi nanti.”

Kakak rindu kawan-kawan, tapi kakak malu ke sekolah. 3 bulan kakak berkurung dirumah. Selain daripada sakit kulit, tubuh kakak juga semakin kurus dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Alhamdulillah keputusan kakak cemerlang, memperoleh 5 A1 dan selebihnya juga cemerlang. Keputusan SPM kakak menguatkan kembali semangatnya untuk sihat. Kakak nekad mahu menyambung pelajaran. Menjadi seorang guru adalah cita-cita kakak dari dulu. Justeru, kakak kembali mahu meneruskan sesi perubatan islam yang telah terhenti beberapa minggu lalu.

Suatu malam, lebih kurang jam 9 malam. Aku berborak dengan kakak didalam bilik. Alhamdulillah, setelah 2 bulan menjalani proses perubatan islam, kakak beransur pulih. Namun kakak tiba-tiba saja menjerit kepanasan. Berlari keluar terus saja masuk ke bilik ibu. Kebetulan ayah tidak ada dirumah, terpaksa bekerja diluar kawasan. Menjerit, menggigil kakak minta dilepaskan. Seolah-olah kakak sedang diikat dengan sesuatu. Ibu yang sedang solat isyak terpaksa berhenti, segera memeluk kakak. Aku terkial-kial didepan pintu, tidak mengerti. Segera ibu meminta aku memanggil abang sulung yang sedang bermain gitar diluar rumah. Ibu kembali memujuk kakak yang tidak henti-henti menarik telekung ibu, meminta tolong agar dilepaskan.

Berlarilah kami dua beradik menuju ke bilik ibu semula. Aku perasan masa panggil abang, ada burung gagak hitam bertenggek dipagar rumah,  entah datang dari mana. Abang berpatah balik, mengambil wuduk sebelum kembali ke bilik ibu. Dengan riak wajah tenang, abang laungkan azan dari depan pintu. Sekali sekala melirikkan matanya melihat kakak. Aku pula bersandar dibucu dinding, juga memerhatikan kakak yang kusut masai. Seperti bukan dirinya sendiri, sekejap menangis, sekejap ketawa, diselangi dengan meninggi suara ke ibu.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now