Salam sejahtera para pembaca tegar. Harap kalian masih waras di musim mco ni. Mana yang sel otak dah tak berhubung sebab masak tak jadi atau tak boleh balik kampung tu boleh lah bawak bertenang kejap. Memandangkan aku
pon tengah stranded kat negara orang ni, apa kata aku jawab satu soalan yang menarik pernah aku dapat dari seorang insan. Beliau bertanya sama ada aku boleh identify tak orang lain yang miliki kelebihan sama seperti aku. Kali ni aku akan ceritakan bagaimana aku pernah terkantoi dengan orang lain pasal kelebihan so called sumpahan ni. Kemudian trip aku diuji berpunca oleh satu kecuaian yang mengheret kami ke lembah kesusahan. Ambillah pengajaran sebanyak mungkin. Here we go. Be seated and ready for take off.First of all, tak semua yang miliki bata batin boleh identify mata batin yang lain. Kalau kau tanya aku, aku tak boleh detect dengan sekali pandang. However aku boleh test sama ada kau boleh nampak ke tak. Easy. Aku nampak benda tu kat situ then aku tanya kau nampak tak benda yang sama. Kalau kau describe identity yang serupa, maka nampak lah. Selalu aku mendengar orang bercerita yang kononnya dia melihat sesuatu padahal auta je lebih. Pernah di satu masa aku ternampak sekumpulan manusia di kedai makan. Aku tengok sorang daripada mereka berkelakuan pelik such as makan dengan gelojoh, jilat tulang macam anjing dan minum macam kucing. Masa tu aku keluar dengan family dan secara kebetulan aku perasan anak buah aku pon sedang perhatikan tempat yang sama. So aku tanya dengan anak-anak buah aku. “Abang tengok kat sana, ada berapa orang?” Si abang cakap 4. Aku toleh kepada si adik pulak yang tiba-tiba mencelah memberi jawapan dari budak berusia 3 tahun. “Achu, kat sana ada 5 orang lah, satu orang tu kan, dia makan macam meow”. Yess, ini yang aku nak dengar. Terus aku alihkan perhatian dorang dengan mainan untuk menukar topic.
Okay kejadian ni berlaku masa aku dan beberapa rakan pergi camping di satu kawasan air terjun yang tak terkenal di lembah klang. Memandangkan ada di antara kami yang berasal dari sini dan bekerja di luar negara, jadi kami ambil keputusan untuk melancong dalam negara dan melabur kepada negeri yang selalu sangat ada masalah air ni. Bermulanya planning terjadi di suatu petang masa aku baru lepas kerja on ground di sebuah lapangan terbang di Temasik. Korang pon boleh teka airport mana. Aku pergi jalan-jalan usai habis tugasan. Biasanya aku bekerja di workshop. Cuma ada waktu tertentu memerlukan personnel untuk bekerja di hangar atau line bila ada aircraft on ground. So lepas habis kerja, aku dan beberapa rakan crew pusing satu airport just nak buang masa sementara tunggu shuttle datang ambik.
Ketika rakan aku yang lain asyik dengan shopping, aku lepak kejap kat jewel, air terjun tu ditemani secawan hot caramel latte. Lama jugak aku termenung melayan perasaan. Aku perlu menyediakan mental yang kuat untuk menempuh traffic barai di tambak johor kejap lagi. Lamunan tersentak membuatku tersedak dek sapaan seorang wanita. “Meng!! Masih sepet kau ya”, musuh lama, bekerja sebagai flight attendant untuk satu airlines timur tengah baru habis flight duty kebetulan pulang bercuti melalui negara ni menegurku. Sembang punya sembang mengheret ke satu pelawaan. “Meng, dari zaman sekolah aku jeles dengan adventure life kau. Why not kali ni kita set satu trip”. Dia plan nak camping tapi tak tau nak gi mana. Sebagai jiran yang owsem, aku suggest satu tempat ni sebab banyak review positive dari kawan-kawan. Cadangan ditutup. Hashtag kasi jadi.
Geng trip ni terdiri daripada 6 orang termasuk aku dan beliau. Aku namakan dia Muna. Crew lain terdiri daripada Tipah (jiran setaman kami mulut becok merangkap bff dan kawan sekerja Muna), Amad dan Osman (kawan Tipah) dan Lucas (kawan sekerja aku dari sweden, kaki camping jugak). Of course bukan nama sebenar, just nak memudahkan jalan cerita. Trip 3h2m ini dibawakan khas kepada anda oleh Ahmeng yang direncana dengan rapi dari segi perjalanan, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh poket masing-masing menelan belanja cuma rm400 keseluruhan. Kalau tolak perjalanan cuma rm150 je. Tapak camp berharga rm30 untuk satu malam. Tapak luas boleh muat 10 khemah standard. Khemah disediakan just pasang sendiri. Ada toilet dua bijik. Dapur basic dan meja makan muat 8 orang. Aku prefer bawak tikar makan ramai-ramai kat bawah. Lokasi di tepi sungai yang jernih. Nak air terjun kena trekking sikit. Sebelum datang sini sila beli jajan banyak-banyak. Kedai jauh gila. Kenderaan haruslah spesis 4×4 sebab nak kena redah anak sungai sebelum sampai ke destinasi. Atau boleh park di area anak sungai dan menapak ke campsite sejauh 600 meter seperti kami lakukan. Rezeki kami pada minggu kejadian, cuma kami je yang menginap di situ.
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...