Keguguran

183 10 0
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada FS jika cerita aku disiarkan.

Nama aku scha, berusia 23 tahun. Baru sahaja khawin 2016, 2017, aku mula bekerja part time di sebuah cafe di Labuan. Part time bermula dari 8.30am sampai habis waktu luchh hour. Untuk pengetahuan korang rumah aku ni rumah kampung so nak pergi kerja naik bas jela dekat je pun. Tapi nak keluar dari kampung tu azab ya Rabbi, nak kena naik bukit pergi bustop kedua lepastu keluar lagi lalu kubur dgn rumah yang terbakar separuh tu. Kalau lalu memang aku buat taktahu jela, tunduk sambil jalan. Jalan kaki nak ke bastop luar mengambil masa 7min je tu belum cite tunggu bas lagi.

Hari demi hari berlangsung seperti biasa, tapi aku cuma pelik dengan keinginan aku untuk makan dekat foodcort la bagai. Rasa loya tiba-tiba membuatkan aku nak cuba pregnantcy test, yela perempuan mana tak teruja nak ada anak kan? Jadi aku pun beli la pregnantcy test kat kedai sebelah Rm5.00 , dengan rasa yang excited tak boleh control aku pun pergi tandas untuk check. Alhamdulillah naik dua line. Perasaanaku ketika itu sangat gembira

Masa ni aku petama kali mengandung, boleh dikatakan anak pertama yang akan aku lahirkan.Jadi aku sangattttt teruja dan rasa nak bagitahu satu doniaaa haha. Aku pun hbis bekerja part time, ntah kenapa masa tu badan aku rasa lemah semacam, dan aku terus bawah ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan doktor. Selepas buat pemeriksaan, aku terus kena tahan dan dimasukkan ke wad sebab air dalam badan kurang.

Balik dari hospital aku cuma tidur dan tak lalu makan. Satu malam tu aku terjaga sebab dengar bunyi ayam yang terlampau kuat, aku cari suami aku kat ruang tamu tengok jam baru pukul 2.05am aku pun niat nak sambung tidur kat ruang tamu sebab ramai org. Baru nak lelap sekejap bunyi ayam sayup-sayup kedengaran. Tapi aku takla fikir buruk. Aku baring sebelah husband aku, entah macam mana aku pegang perut aku dan dalam hati cakap entah esok dah takde. Entah kenapa fikiran aku boleh fikir ke sana pula. Aku terus istigfar dan aku ajak suami aku tdur di bilik. Masuk bilik je nak tidur tiba2 suami aku peluk macam nak bagi m**i aku pulak, aku pun tanya la kenapa ? Dia hanya pejam mata dan suruh tidur. Dalam hati terlintas “betulkah ni9 suami aku”.

Dlam 20saat aku kaku dengar suara yang sangat jelas mengerang, dan aku pun tertidur dlm ketakutan.
Esoknya time aku mandi entah kenapa aku rasa macam nak pakai panty liner, kemudian lepas keluar tandas aku perasan ada d***h kat panty liner tu tapi cuma setitik. Aku husnozone jela ingat benda tu keputihan, bila malam benda sama jadi tapi kali macam setompok d***h keluar. Aku pun call bapak aku mintak bawak pergi hospital.

Sampai je dekat hospital, dokter terus buat pemeriksaan, berkali-kali dokter scan. Sambil scan dokter kata “u sabar banyak2, ni bukan salah u atau ur husband, i dah check tapi janin takde kantung je ada” aku cuba nak faham apa dokter tu cakap.

Bila dah habis scan aku kluar, suami aku tanya kenapa? Aku hanya mampu berdiam dan tak boleh jawab, jadi dokterterus cakap baby kitaorang tak membesar. Korang tahu tak hari tu sepatutnya genap 3bulan kandungan aku  dan dokter suruh datang untuk buat cuci.

Dah dalam kereta bapak aku cakap bnda tu dah ambik sebab tu dah tak ada. Dlm kereta aku menangis teruk rasa diri aku gagal lindungi anak aku. Mungkin bukan rezeki aku dan suami untuk mendapatkan anak pertama masa tu.

Sampai disini saja cerita yang aku nak sampaikan, jika ada kesilapan dari segi bahasa dan ejaan, minta maaf yaa. Terima kasih FS.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now