Pusat Matrikulasi Kolej XXX Seremban (KXS). Terletak di ‘Lake XXX’ Seremban. Sebenarnya KXS ini adalah MRXX yang pertama di Malaysaia iaitu MRXX Seremban. Lama sudah bangunan itu. Reka bentuk bangunan yang unik dengan tangganya berpusing (Spiral) hingga tingkat paling atas. Bangunan asramanya juga adalah bangunan lama dan penuh dengan pelbagai cerita-cerita di sebalik batch demi batch pelajar yang menginap di bangunan asrama itu.
Salah satu peristiwa hitam yang pernah berlaku di bangunan asrama itu adalah seorang pelajar lelaki yang menggantungkan dirinya pada kipas dan meninggal di dalam bilik itu. Kalau ikut cerita daripada mulut ke mulut bilik tersebut telah ditutup takut ada gangguan kepada pelajar lain.
1998 adalah tarikh aku melangkah masuk ke alam Matrikulasi. Yer … aku dapat KXS. Masa masuk ke KXS aku tidak tahu pun semua sejarah yang pernah berlaku. Sehinggalah semester pertama selesai. Cerita demi cerita mula disampaikan dari mulut ke mulut. Asrama lelaki cuma ada dua blok sahaja. Bangunan asramanya adalah dua tingkat. Seperti biasa lelaki ke menara gading memang sikit. Asrama perempuan pula besar dan ada 5 tingkat tidak silap aku.Bilik yang berkunci tidak berpenghuni di asrama lelaki itu memang ada. Biliknya di tingkat bawah berkunci dan dijadikan stor untuk menyimpan katil dan tilam – tilam. Ikut kata mak cik Dewan Selera memang itulah bilik dimana kejadian b***h diri itu berlaku. Ada masa kipas dalam bilik berkunci itu ‘on’ secara tiba – tiba dan kipas yang berpusing dalam bilik itu berkeriuk bunyinya mungkin sebab sudah uzur atas sudah rosak.
Suasana KXS ini memang nyaman sebab dikelilingi oleh pepohon besar pokok – pokok yang telah berpuluh tahun usianya. Memang redup dan sedikit berbukit KXS ini. Apabila tiba waktu senja memang akan timbul rasa seperti bukan kami sahaja yang menghuni kawasan di ‘lake garden’ itu.Bilik aku … Yer bilik aku terletak di tingkat satu paling hujung sekali. Sebelah bilik aku hanya ada kawasan lapang dan pohon pokok besar yang ditanam sebaris di sepanjang pagar kawasan asrama di atas bukit. Pandangan tingkap pula meninjau kawasan belakang asrama dan ampaian kain.
Setiap bilik akan ada 3 orang penghuni. Namun aku dapat bilik ‘special’. Cuma ada 2 orang sahaja. Aku dan Hirman. Namun bilik itu tetap ada 3 katil. Maksudnya bilik kami memang ade extra katil tidak bertuan. Kenapa yer bilik aku dan Hirman hanya untuk 2 orang sedangkan bilik rakan – rakan lain semuanya dengan 3 orang roomate?. Aku tak fikir apa masa tu. Aku enjoy dapat bilik yang lapang dan tidak sempit kerana hanya aku dan Hirman sahaja sebagai roomate. Malah ada satu locker kosong juga. Aku dan Hirman decide untuk guna sama katik kosong dan locker yang ada.Tempoh pengajian Matrikulasi yang aku ambil cuma setahun sahaja. Maksudnya ada 2 semester. Aku ingat lagi masa semester pertama ketika minggu orentasi ada satu malam ustaz buat program di surau selepas Maghrib membawa ke waktu Isyak untuk kami semua warga baru KXS bersama – sama membaca surah Al – Baqarah dan habis membacanya beramai – ramai pada malam itu juga. Masa itu semua pun budak baru. Ikut sahaja tanpa banyak soal.
Masa berlalu terlalu pantas. Semster pertama sudah ditempuhi. Tinggal satu semester lagi untuk kami semua melangkahkan diri ke menara gading. Namun untuk menempuh semester kedua ini … hmmmm … Pelbagai pula peristiwa yang kami rakan-rakan lelaki dan perempuan lalui semasa berada di kolej itu.Dimulakan dengan pada satu malam jeritan sambung menyambung daripada penghuni asrama puteri. Masa itu jam pukul 2 pagi. Kami kaum lelaki di asrama putra cuba berkumpul dan ingin melihat apa yang berlaku. Rasanya ingin membantu tapi tidak dibenarkan oleh warden bertugas malam itu. Lama juga peristiwa itu berlaku. Hingga jam 5 pagi baru selesai. Pagi itu ada beberapa orang pelajar perempuan tidak ke kelas. Rupanya peristiwa histeria berlaku. Kasihan juga pelajar perempuan yang diganggu pada malam itu.
Bagi kami kaum lelaki kejadian malam itu tidak memberi kesan ketara buat kami. Mungkin sebab lelaki, macho sikit dan tidak gentar berdepan lembaga berbulu dan berantai seperti yang dikatakan oleh budak – budak perempuan sekelas denga kami.
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...