OUIJA BOARD SPIRIT OF THE COIN

84 6 0
                                    

Aku Lana.
Aku melanjutkan pelajaran ke sebelah utara semenanjung dalam bidang penerbangan. Pihak kolej menempatkan pelajar-pelajar tahun pertama di sebuah bangunan seperti dorm sebelum mendapat penempatan baru. Ada beberapa pelajar dari Sabah jugak.

Intake pertama ada seorang pelajar perempuan Sera satu daerah dengan aku, seorang lagi, May gadis berbangsa cina dari K.L. Kami bertiga di tempatkan didalam satu dorm.
Sebelah dorm kami adalah dorm student lelaki. Mereka terdiri daripada Alex pemuda dusun cina dari sabah jugak. Asraff dan Hadi keduanya dari sebelah K.L.
Ini adalah bangunan lama yang dijadikan penempatan sementara. Dari tingkap katil aku boleh lihat satu pokok yang besar.


Malam tu, Alex Asraff dan Hadi , serta May berkumpul main permainan. Pernah main Ouija Board dan spirit of the coin? Permainan ini agak popular pada tahun 90 an. Rata-rata budak asrama tahu permainan ni. Permainan menyeru makhluk ghaib. Letakkan jari telunjuk atas syiling, seru mantera dan syiling akan bergerak sendiri.


Permainan ini adalah cara untuk berkomunikasi dengan makhluk ghaib. Bertanya dengan dia, dan dia akan jawap melalui huruf-huruf di atas board yang dilukis. Syarat permainan ini jangan angkat jari selagi jari-jari tidak kembali ke ruangan HOME.
Alex melukis sendiri abjad-abjad dari A to Z, dari 1 sampai 10. Di tengah kertas ada yes, no, return home. Asraff, Hadi, dan May sudah duduk berkeliling. Jari masing-masing di atas syiling lama. Alex mula membaca mantera. Lilin-lilin telah dinyalakan.


Spirit sprit of the coin
Aku seru engkau datang
Di suruh pergi engkau pergi
Segala semangat aku seru
Temani aku mengharungi malam
spirit spirit of the coin
semangat tanah semangat angin
semangat malam menjadi teman
datanglah engkau temani aku
jawaplah segala soalan kami
ku panggil engkau
spirit spirit of the coin
dengan satu hembusan angin
suatu pentanda engkau datang
syiling lama menjadi pengantaraan
Bunyi lonceng di kala sunyi
spirit spirit of the coin
datanglah
ku seru engkau….
M**i di b***h m**i beranak
m**i tergantung bertahun-tahun
aku mencabar engkau datang
temani aku musnahkan malam
spirit spirit of the coin
Roh mayat m**i belum ketemui
muncul engkau tunjukkan diri
jika engkau hauskan d***h
bahayakan diri menonjol semangat
spirit spirit of the coin
ku seru engkau


Dia baca berulangkali. Tak semena-mena angin kuat menyerbu masuk melalui tingkap yang ada pokok besar tadi. Terliuk-liuk api lilin di tiup angin. Angin kedua kalinya menyerbu serentak bekalan elektrik terputus.
Teriak kecil May dan Sera.
Aku mula nampak sekoyong-koyong asap hitam masuk dari tingkap. Berlegar-legar di sekeliling bulatan mereka.Aura ghaib mula terasa.Aku yang berehat beralih tempat duduk.

“Kalau kau ada sila tunjukkan diri, gerakkan jari kami yes atau no.”
Syiling bergerak perlahan. Aku nampak Hadi dan May melopong. Syiling bergerak ke perkataan yes. Alex dan lain makin teruja.
“Kau dari mana?”
syiling bergerak lagi membentuk perkataan.
**bawah pokok**
“Kau sendiri atau membawa teman?”
syiling terus bergerak.
**Ramai…**
Meremang bulu roma yang lainnya. Mereka wujud dalam keadaan asap hitam, saling melingkar di kawasan bulatan mereka. Satu sosok berdiri berdekatan dengan tandas.
“Kau m**i atau jin, syaitan..?”
syiling makin cepat bergerak.
**m**i..**
**penunggu pokok**
**dari kubur**
Sera mulai tak sedap badan.
“Alex, stop la..aku rasa tak sedap badan la.”
“Rilex la Sera..takda apa-apa ni, just game ok. Ko tengok aku angkat jari pun bukan ada apa-apa.” Seloroh Hadi. Selamba dia angkat tangan.
“Hadi,,,” teriak Sera dan May. Sejurus selepas itu, lilin m**i. kertas yang dilukis Alex tertangkup sendiri.
Serta merta Sera dan May berlari ke arah ku. Kami duduk berhimpit. Satu dua, tidak terkira asap-asap hitam yang berlegar-legar di hadapan kami. Wujud anak-anak kecil bermain sekitar dorm.


Satu malam itu kami kena gangguan. Selama seminggu aku jatuh sakit. Histeria. Berbagai-bagai makhluk halus yang datang singgah. Aku jatuh sakit sampai aku tak mampu bangun. Apabila Sera bacakan aku surah-surah dapat meringankan sakit-sakit tersebut. Ketika Sera baca ayat kursi, mereka ikut baca sambil ketawa kalau sebutan Sera tak betul. Kalau Sera baca surah-surah lain, kepala mereka terteleng ikut bacaan. Mereka di kalangan jin-jin Islam.

Sosok-sosok kecil bermain dengan bawang-bawang putih yang Alex simpan sekitar tingkap. Tolonglah, mereka tak takut pun bawang, durang main macam main guli.
Akibat tak tahan, aku selalu call kak long sambil menangis. Aku betul-betul tak tahan masa tu. Tersesak-esak aku menangis. Apabila aku tinggal sendiri, mereka datang menganggu.
Selepas itu pihak kolej dapatkan kami penempatan baru. Sebuah apartment berdekatan dengan kolej.

Berani main Ouija lagi tak..

“spirit spirit of the coin..”

*terima kasih pada admin selalu menyiarkan kisah ku….terima kasih pada pembaca.*

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now