Family aku jenis yang sentiasa berpindah-randah sebab kerja ayah aku. Biasa kalau cerita dekat orang, mesti diorang teka ayah aku kerja tentera. Tak, ayah aku kerja dalam bidang kesihatan. So lepas habis kursus post basic, ayah aku ditukarkan ke sebuah klinik kesihatan di Negeri Sembilan. Waktu tu, klinik baru masih dalam proses pembinaan. Selepas setahun baru klinik baru tu siap dan kami antara keluarga pertama yang berpindah masuk ke rumah kakitangan di belakang klinik tu.
Sepanjang duduk di sana aku rasa macam okay je. Takda apa-apa gangguan apa. Happy go lucky la orang kata. Tapi, rupa-rupanya banyak kejadian yang berlaku yang aku sendiri tak sedar. Cuma lepas dah pindah dari klinik tu baru parents aku cerita. Jadi ini antara beberapa cerita yang aku dapat dari parents aku.
1) Tompokan d***h
Yang ni aku sendiri pernah alami, cuma aku tak tahu waktu itu. Rumah yang kami duduk ni rumah 2 tingkat, dan tingkat atas memang macam seram sikit walaupun rumah baru. Satu hari, aku ternampak ada 2 tompok d***h kering di belakang pintu bilik. Waktu tu, aku tak fikir banyak, fikir d***h period akak aku (haha bodoh gilaa). Tapi lepas pindah, baru mak buka cerita yang sebenarnya lepas pindah masuk, setiap hari bila bangun tidur akan ada tompokan d***h di dalam bilik. Mula dengan bilik parents dekat tempat sembahyang, tapi lepas ayah selalu baca yasin dan macam-macam lagi, tompokan d***h tu mula berpindah ke bilik kami. Setiap pagi mak akan bangun awal untuk lap tompokan d***h tu sebelum kejut kami pergi sekolah. Benda ni berlarutan sehinggalah ayah "pagarkan" rumah.
2) Gangguan waktu malam
Abang aku dulu suka tidur lambat sebab tengok bola overseas. Jadi ada satu hari ni, dalam pukul 3 pagi lebih, dia dengar orang menyanyi dari tangki air berdepan rumah kami. Dia intai dari langsir, dan nampak ada susuk orang tengah mandi. Dia paling muka sekejap, bila pandang semula, susuk tubuh tu hilang. Aku sendiri pernah kena waktu malam. Dulu kalau ingat ada cerita Charmed pukul 10mlm, lepas tu Survivor pukul 11mlm setiap hari Jumaat. Jadi waktu tengok tu biasanya aku sorang saja tengok di ruang tamu tingkat 2. Dari atas, boleh dengar macam-macam bunyi di tingkat bawah. Bunyi orang jerit, meriah keletung-keletang orang masak, bunyi orang bisik-bisik; tapi bila aku intai ke bawah, sunyi sepi. Tapi memang rasa macam ada orang pandang dari hujung tingkat 1 tu. Jadi terus aku lari naik atas, kuatkan volume TV sampai mak keluar marah tengok cerita macam orang pekak.
3) Gangguan di klinik
Ada ketikanya aku suka pergi pejabat ayah aku sebab boleh guna internet dia. Jadi biasa aku lepak seorang sampai petang. Memang rasa meremang la sebab klinik besar tu aku sorang je ada dalamnya. Tapi cekalkan hati sebab nak download kartus punya pasal. Lepas dah pindah ayah aku cerita tentang kerusi roda yang bergerak sendiri, pintu dihempas dan lain-lain lagi gangguan, terutamanya jika ada orang meninggal di klinik tu di siang hari. Kalau ada kematian, pak guard pun tidur luar sebab tak berani selalu sangat kena kacau, antaranya suara orang menangis dan menjerit kuat. Ayah aku pernah attend pesakit waktu pukul 2 pagi. Lepas patient tu balik, ayah aku nak balik tutup semua lampu dan kunci klinik. Tapi bila dia toleh semula, dia perasan lampu tingkat 2 terbuka. Jadi dia buka semula kunci, naik ke atas dan turun kunci semula pintu. Dia toleh semula, semua lampu dalam klinik terbuka semula. Dia terpandang ada susuk tubuh di sebalik langsir, dan waktu tu pak guard datang tepuk bahu ayah aku dan cakap, "dia main lampu sejak akhir-akhir ni, haji". Jadi malam tu memang lampu klinik tu terbiar terbuka sampai pagi.
4) Gangguan waktu mengandung
Mak aku mengandungkan adik bongsu aku waktu kami di sana. Sampai satu ketika, mak aku selalu masuk hospital sebab anemik. Makan la ubat semua tak jalan, bila jumpa bidan kampung, dia cakap ada benda tumpang ni. Selalu juga ada suara bagi salam siang atau malam, tapi bila jawab salam, tengok takda orang. Nak jadikan cerita, ada satu hari ni mak aku tidur dekat kusyen bawah waktu tengahari waktu dia tengah mengandung. Ayah aku balik tengahari tu pun dia tak perasan. Dalam pada mamai tu, dia dengar suara ayah aku dari belakang dia, "dah tak lama lagi ni" sambil ada tangan usap perut dia.
Bila ayah aku siap mandi turun ke bawah, mak aku tanya ada cakap apa-apa ke tadi? Ayah aku cakap mana ada, balik tadi dia terus naik mandi. Mak aku dah terdiam masa tu. Beberapa hari lepas tu, mak aku bersalin, tapi adik aku meninggal sehari sebelum lahir. Banyak lagi gangguan yang aku rasa mak aku kena, tapi dia taknak cerita sampai sekarang.
5) Pagar rumah
Lepas macam-macam gangguan, ayah aku minta tolong sorang ustaz untuk pagarkan rumah. Ada jiran-jiran juga minta tolong sebab tak tahan kena ganggu. Rumah doktor depan rumah kami pun doktor tu tidur satu rumah lampu terbuka sebab takut gangguan. Aku pun tak berapa ingat apa proses pagar tu, tapi aku ingat ada tabur garam keliling rumah.
Lepas dari proses tu, kebanyakan tuan rumah ada mimpi benda keluar dari rumah. Ayah aku sampai sekarang tak cerita apa dia mimpi, tapi jiran aku cerita dia mimpi ada askar yang tinggal sebelah tangan dan sebelah kaki hopping keluar dari rumah dia.
Kini...
Ada orang cakap dulu tempat tu sebenarnya tempat markas tentera Jepun waktu perang dulu. Dan waktu pembinaan klinik tu sendiri banyak kali terhenti sebab pekerja-pekerja buruh tu semua lari sebab kena kacau. Segala imam, sami, dukun semua dibawa masuk untuk bantu "bersihkan" tempat tu. Sekali sekala walaupun aku dah tak duduk sana, bila lalu sana teringat macam-macam kisah yang berlaku. Aku bersyukur sebab mak ayah aku buat macam-macam supaya kami tak tahu apa yang berlaku. Banyak lagi kisah kami di rumah-rumah lain contohnya kala jengking keluar setiap malam dari toilet, dan banyak lagi. Tapi tak sempat nak cerita sekarang...
InsyaAllah ada masa terluang akan aku kongsikan cerita yang lain...Sekian terima kasih.. Maaf jika cerita yang disampaikan kurang seram bagi pembaca Fiksyen Shasha...
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...