Assalammualaikum & hai kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Sebelum tu, aku nak ucapkan Terima Kasih dekat admin sebab dah publishkan cerita aku ni. Sebenarnya ni bukan pengalaman aku, tapi ini adalah cerita daripada emak aku yang bertugas di sebuah Hospital di Sarawak. “Aku” dalam ni merujuk kepada emak aku.
……………………………
Pada malam tu, aku punch card sebelum masuk kerja macam biasa. Tapi kawan sekerja aku si Hani (bukan nama sebenar) ni panggil aku “Kak Lina, patient Bed 6 dah teruk dah kena prepare apa yang patut” aku jawab okay sebab dah biasa dah dengan perkara macam tu . Untuk pengetahuan korang , patient Bed 6 ni kitorang tak tahu apa penyakit yang dia alami sebab patient yang masuk wad kami adalah patient yang hanya bergantung kepada mesin sahaja ataupun yang memang dah sakit last stage bagi senang faham patient yang akan meninggal .Jadi untuk patient Bed 6 ni masih lagi misteri penyakit dia , setakat yang kitorang tahu dia adalah pegawai officer berpangkat yang mengendalikan kes-kes penyiasatan . Menurut isteri dia, satu hari tu patient ni dapat kes penyelewengan dan sebaik sahaja setelah beberapa bulan selepas kes tersebut selesai, patient ni jatuh sakit. Dah cuba macam macam rawatan tradisional dan moden tapi masih tak tahu apa penyakit patient ni . Sampai satu hari tu, dia meracau dalam bahasa Thailand dan p****g lidah dia sendiri .
Okay berbalik kepada cerita, kalau aku kena shift malam pada pukul 10, aku memang akan kena hantar sample d***h patient ke makmal. Sebenarnya, boleh je kalau nak tunggu kawan sekerja dari wad lain pegi sama-sama tapi diorang pegi lambat dalam pukul 12 pagi . Aku malas nak tunggu jadi aku pegi sendiri . Sample d***h yang aku nak hantar dekat makmal pada waktu tu adalah sample d***h patient Bed 6 sahaja.
Sepanjang perjalanan untuk ke makmal tu tak ada apa-apa yang berlaku, cuma sepanjang perjalanan aku nak balik wad rasa macam jauh sangat dan lambat . Tengah aku berjalan tu langkah aku terhenti dengan sendiri , angin yang kuat menerpa daripada depan ke arah muka aku . Aku dah mula rasa tak sedap hati , mulut aku terkumat kamit baca surah apa yang patut masa tu .
Pada masa aku nak meneruskan langkah , aku ternampak api berwarna merah dari arah depan tapi ianya terapung . Firasat aku betul, ianya adalah polong . Aku teruskan langkah dengan laju sehingga api polong tersebut hilang dari pandangan dan meneruskan langkah menuju ke wad . Sampai dekat jalan nak ke wad , aku ternampak Patient Bed 6 ni berjalan menuju ke tandas , Untuk pengetahuan korang, wad aku ni adalah wad lama yang mana kitorang punya tandas di luar wad tetapi masih dekat tingkat yang sama.
Dari bawah tu aku dapat tengok yang Patient Bed 6 tu pegi tandas seorang diri . Aku musykil lah sebab selama ni dia mana ada pegi tandas sebab dia pakai pampers . Dah macam orang sihat dah aku tengok . Aku perasan yang dia tengok aku dari atas dengan mata yang tajam dan bawah mata yang hitam sambil tersenyum sinis. Aku angguk kan kepala je dan terus meneruskan perjalanan ke wad .
Sampai je aku kat wad, aku tengok Hani duduk dekat kerusi depan dan aku pegi kat pantry untuk basuh tangan. Pada masa tu, telinga aku ni terdengar suara lelaki garau dalam bahasa asing yang aku tak paham . Aku cepat cepat pegi ke depan dan duduk dengan Hani. Aku perasan yang Patient Bed 6 tu tengah tidur nyenyak . Aku tanya Hani patient tu ada pergi tandas tak tadi , dia jawab “apa yang akak merepek ni patient tu nak makan sendiri pun tak dapat macam mana nak pegi tandas pulak” . Aku terdiam , habis siapa yang senyum dengan aku tadi ?
Aku dengan Hani pegi dekat store untuk kemaskan apa yang patut , tengah kami mengemas aku terdengar bunyi macam orang menangis. Aku pergi ke depan dan aku lihat Patient Bed 6 tu menulis di atas kertas sambil menangis . Aku dengan berani pergi dekat patient tu dan sampai nya aku kat patient tu , dia beri aku kertas yang dia telah siap tulis . Korang nak tahu dia tulis apa? Dia tulis dalam bahasa Thailand dan di atas kertas tu siap dengan d***h , aku tengok mata patient tu bertukar hitam dengan perlahan dan mengeluarkan d***h yang berbau hanyir . Aku berdiri kaku seolah olah di pukau. Hani memegang bahu aku dan aku kembali sedar . Aku lihat Patient itu tidur nyenyak di atas katil. Hani menegur, apa yang aku tenung dekat katil patient tersebut . Kertas yang patient tu bagi tadi aku simpan dan masukkan di pocket tak nak Hani nampak .
Hani hairan melihat patient Bed 6 tersebut tidak bernafas dan kaku . Setelah di periksa, patient tersebut telah meninggal dunia. Aku dan Hani menyiapkan kelengkapan untuk patient tersebut dan hantar ke rumah mayat . Forensik mengesahkan bahawa, patient tersebut telah meninggal pada 4 jam yang lepas . Jadi siapa yang pergi ke tandas , yang menulis, menangis, tadi? Aku hendak menceritakan kepada Hani tetapi aku tidak mahu menakutkan Hani sebab dia tengah mengandung.
Setelah aku balik dari kerja, aku masuk ke dalam bilik dan membuka laptop . Aku check pocket seluar , dan aku perasan kertas yang patient Bed 6 bagi kat aku . Tapi, kertas itu suci tanpa d***h . Aku pelik , tangan aku laju menaipkan google translater dan setelah ditaip tulisan di atas kertas itu bermaksud
“TOLONG AKU”
Aku segera ke belakang rumah dan membakar kertas tersebut . Tetapi aku hairan , Kenapa harus aku ? Apa yang dapat aku bantu untuk patient tersebut ?Setelah beberapa hari kematian patient Bed 6, rakan sekerja aku bercerita bahawa Kes Penyelewengan yang dikendalikan oleh patient tersebut dibuka semula dan rupa-rupanya patient tersebut telah mengambil wang daripada orang yang menuduh supaya memenangi kes tersebut . Orang yang tertuduh tersebut mungkin tidak berpuas hati dan menggunakan Ilmu Hitam untuk membalas dendam terhadap Patient Bed 6 tersebut .
Sekian itu sahaja cerita dan pengalaman daripada emak aku . Jadi sebagai pengajaran jangan biarkan wang mengaburi mata kita dan buatlah kerja secara jujur SJ'
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...