Assalamualaikum, kepada admin dan pembaca Fiksyen Shasha. Selalu nya aku hanya menjadi silent reader Fiksyen Shasha tapi kali ni aku ingin bercerita tentang kisah hidup aku yang pernah aku alami.
Aku perkenalkan nama ku Melati (bukan nama sebenar). Aku berasal dari Kelantan dan sekarang ini menetap di Selangor. Kisah seram dalam hidup aku bermula apabila abang aku membeli rumah di Selangor. Rumah teres 2 tingkat dan masih baru lagi. Masa awal kami pindah ke rumah ini, kawasan perumahan ini masih lagi kosong. Hanya 2,3 buah rumah sahaja yang sudah diduduki dan abang aku tinggal seorang di rumah itu.
Setelah sebulan abang aku tinggal di rumah itu, aku mula berpindah ke Selangor disebabkan aku dapat tawaran bekerja di shah alam. Masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke rumah tu aku rasa sangat lain. Rumah tu ada 3 bilik di tingkat atas dan 1 bilik di tingkat bawah berhampiran dapur. Masa aku masuk ke bilik tidur aku (yang masih baru) aku terus baring di atas katil dan tertidur. Selang beberapa minit aku terjaga beberapa kali kerana aku rasa seolah-olah diperhatikan. Beberapa bulan berlalu dengan begitu sahaja. Walaupun aku merasa tidak selesa dengan rumah ini aku tidak memberitahu abang aku.
Aku mula bekerja dan menjalani hidup seperti biasa. Akan tetapi, semakin hari aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini dan bahu aku selalu sakit. Aku kerja di café hipster ala-ala starbuck gitu. Tapi bila aku mula buat kerja bahu aku bertambah-tambah sakitnya seolah2 aku sedang memikul beras 10kg di atas bahu. Akan tetapi aku abaikan juga disebabkan aku merasa mungkin badan aku ni manja sangat tak sesuai lagi dengan kerja baru. Aku selalu mengadu dengan rakan sekerja aku kenapa bahu aku selalu sakit. Kawan aku cakap mungkin sebab aku tak biasa kerja-kerja macam ni kot sedangkan aku pernah kerja di kedai makan yang jauh lagi penat tapi aku husnuzon jela.
Aku kerap berada di rumah berbanding dengan abang aku yang kadang-kadang kerja tak balik rumah. Yela, aku hanya pekerja part-time je masa tu dan abang aku pulak ada company sendiri. Aku selalu rasa takut duduk di rumah sorang-sorang rasa seolah-olah ramai je yang ada dalam rumah. Setelah sebulan tinggal di rumah ni, banyak benda-benda pelik yang terjadi. Lampu tidur tertutup sendiri, air-cond on-off sendiri, bunyi guli jatuh la.
Disebabkan aku dah tak tahan, aku wasap la abang aku, masa tu dia kerja weekend, aku cakap ada bunyi guli kat tangga masa siang-siang hari. Abang aku suruh aku pasang ayat al-quran kat tv. Tv tu kat atas dan masa tu aku kat tingkat bawah. Aku naik tingkat atas dan bau hancing air kencing menusuk hidung aku. Tapi bau tu hanya ada kat ruang tamu depan tv je. Disebabkan aku terlalu takut, aku buka youtube dan aku ambil sahaja yang first keluar dekat search tu dan yang keluar tu ayat ruqyah. Aku pasang dan terus cauw dari situ dan turun tingkat bawah. Dah sejam, ayat ruqyah habis. Masa ni aku masih lagi rasa something wrong. Aku tunggu beberapa saat ingatkan dia autoplay rupanyan tak. Damn!! Aku dah la takut nak naik tingkat atas ni tapi aku gagahkan jugak kaki. Masa aku tengah naik ke tingkat atas, aku terdengar suara garau berdengus seperti kerbau yang sedang marah. Aku ingatkan aku tersalah dengar, mungkin dia nak autoplay ayat ruqyah yang lain ke, rupa-rupanya tak. Aku tersandar di dinding tangga sebab aku terkejut dan takut sangat.
Lepas tu aku wasap abang aku cakap bunyi apa semua, dia cakap takpe nanti malam dia panggil ustaz. Aku ingat dia main-main. Hari tu dia balik awal, tak pernah-pernah nak balik awal abang aku ni. Kalau tak selalunya dia akan balik pukul 1 @ 2 pagi ataupun tidur kat office.
Malam tu ustaz dari darul syifa datang, 3 orang. Diorang datang nak pagar rumah je tapi masa tu aku tak tahu kenapa aku rasa macam tak nak turun jumpa diorang. Last-last abang aku panggil turun, dia cakap alang-alang dah ustaz datang ni tolong cek sekali. Aku, abang aku duduk depan ustaz tu mengadap kiblat sambil pejam mata dan zikir di dalam hati. Ustaz tu start baca je ruqyah aku terus nangis, dah la kuat pulak tu. Lama-lama aku semakin jatuh sedikit-sedikit ke sebelah kanan. Nasib baik ada abang aku kat sebelah kanan aku masa tu. Oh ya, masa ustaz tu baca ruqyah aku rasa sangat takut sebab aku dengar bunyi suara garau kat sebelah telinga kanan aku dan mata aku berkedip dengan sangat cepat walaupun mata aku tertutup (hanya orang yang pernah kena ruqyah je tahu macam mana).
Dalam aku pejam mata tu kan gelap je penglihatan, tapi aku nampak dalam gelap tu ada benda lagi gelap dan dia macam terbang sekeliling rumah sangat laju. Aku nangis sampai la ustaz tu habis ruqyah and yes aku tak dapat kawal diri aku. Bukan aku nak nangis sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku menangis. Ustaz tu suruh abang aku baringkan aku dan dia letak sejadah atas aku. Badan aku start mengeras. Then, ustaz ni suruh abang aku mandikan aku dengan air sejuk. 2 orang lagi ustaz tu tolong pagarkan rumah. Lepas je aku dimandikan aku diletakkan atas kerusi, aku masih lagi mengeras. Ustaz tu baca-baca ayat pun tak jalan, last-last dia suruh abang aku calitkan minyak kasturi kat pergelangan tangan aku dan kat hidung. Jin-jin memang tak suka dengan bau kasturi dan minyak bidara. Masa tu mata aku terus terbeliak marah dan dada aku naik seolah2 nyawa aku dihujung halkum. Kalau korang pernah tengok cerita yang orang buang saka yang dah lama meninggal tapi benda lain take over badan diorang tu lebih kurang macam tu la.
Kemudian ustaz tu azan kuat-kuat dan aku start dapat kawal badan aku balik. Ustaz-ustaz tu berkumpul kat ruang tamu rumah dan tanya soalan-soalan yang macam biasa, ada saka ke apa ke. Masa dia dok tanya abang aku tu benda tu masuk balik dalam badan aku. Untuk pengetahuan korang, yes aku memang tak boleh kawal badan aku tapi aku sedar apa yang berlaku. Aku boleh ingat satu persatu apa yang terjadi walaupun aku tak boleh kawal badan aku. Pelikkan? Selalunya kalau orang dah kena rasuk ni dia dah tak ingat apa-apa yang terjadi dan orang lain kena ceritakan balik apa yang terjadi masa proses merawat tu tapi lain pulak dengan kes aku ni.
Okay back to the story lepas je aku kena balik tu aku nangis lagi. Sampai ustaz tu dah tak tahu macam mana nak buat. So ustaz yang baca ruqyah kat aku tadi pun dia cakap aku kena rehat ni sebab aku lemah semangat. Nanti aku okay la tu. Boleh pulak ustaz tu nak balik macam tu je dengan aku masih lagi dalam keadaan macam tu. Sempat lagi aku marah dalam hati. Habis aku ni macam mana, takkan nak biar benda tu kawal aku sampai esok pagi. Bila je ustaz tu nak balik aku terus berhenti menangis, jadi abang aku bawak aku masuk bilik aku. Abang aku buka je surah yaasin kat tv, aku terus nangis balik. Dia tutup aku stop nangis. Lepas tu, abang aku baringkan aku atas katil, aku pandang je atas macam tak boleh nak gerak. Tapi masa tu aku rasa takut sangat sebab seolah-olah benda tu ada je kat siling bilik aku walaupun aku tak nampak.
Kemudian abang aku turun nak hantar ustaz tu balik, yela takkan nak biar diorang balik macam tu je, tak sopan la adat melayu kan. Lepas je abang aku turun, aku turut turun sekali sebab aku rasa sangat takut. Aku duduk je depan pintu sambil pandang ustaz tu. Masa tu diorang borak depan pagar rumah. Aku pandang dengan pandangan yang sangat tajam dan mata aku tak boleh gerak pandang tempat lain pun walaupun aku paksa mata aku pandang tempat lain. Yela, maacam yang aku cakap aku sedar je apa yang berlaku cuma tak dapat kawal badan sendiri.
Aku duduk sambil memeluk lutut aku, sampaikan aku rasa sakit sebab terlalu kuat aku memeluk lutuk aku sendiri. Aku tahu masa tahu aku masih dikawal oleh benda lain. Bila ustaz tu perasan aku pandang dia lama, dia terus salam dengan abang aku dan balik. Lepas je ustaz tu balik aku terus melekat di dinding rumah. Aku rasa selesa duduk macam tu. Abang aku paksa aku naik jugak masa tu tapi yela, aku naik dengan melekat di dinding masa on the way naik tingkat atas. Sampai je tingkat atas, aku dah okay balik. Malam tu aku on off kena kawal dengan benda tu. Aku dengan abang aku tidur tak lena sebab aku on off benda tu masuk keluar. Esoknya aku cuti sebab tak larat sangat nak pi kerja. Itu jela cerita dari aku, sebenarnya panjang lagi tapi aku malas nak taip. Ada masa nanti aku sambung lagi. Itu pun jika ramai yang nak aku sambung.
Sekian,
Melati
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...