MERANGKAK !

112 7 0
                                    

MERANGKAK?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih terlebih dahulu kepada Fiksyen Shasha kerana sudi menyiarkan cerita sebelum ni bertajuk SAKAT! POCONG! Tak sangka banyak gak org baca eh. Hehe. Ok. Ini kisah kedua yg aku nak ceritakan tentang pengalaman salah sorang kawan aku. Cerita ni berlaku lebih kurang 8 tahun lepas. Masa ni aku pun ada di tempat kejadian cuma benda ni tak kena dekat aku. Alhamdulillah, kalau kena kat aku tak tau lah apa jd. Hahaha. Ok cerita dia mcm ni…Nama kawan aku tu Usop (Bukan Nama Sebenar). Usop dlam cerita ni adalah Aku ye. Paham kan? Ok.

Masa ni kami mengadakan aktiviti berkhemah di salah sebuah tempat di area Hulu Langat. So tempat berkhemah mestilah ada tapak utk berkhemah dan sungai. Seramai 15 org yg join aktiviti berkhemah ni. Yg join semua masih bujang lg masa ni. Kami sampai di tempat kejadian lebih kurang pukul 4ptg. Sampai2 je semua terus pacak khemah sbb dah lewat petang. Kami berpecah kepada 3 group. Setiap group dibahagikan kepada 5 org dan diberikan tugas. Group 1 kena cari kayu api. Group 2 kena masak dan Group 3 cari idea utk buat aktiviti malam. Aku berada dalam group ke 3. Biasalah bila mana kau masuk group yg mencari idea aktiviti ni, mula lah pelik2 idea yg keluar. Ada yg kata nak cari HANTU lah, ada kata buat unggun api then lepak keliling then share cerita hantu, ada gak yg kata p mandi sungai, gila ke apa memalam mandi sungai.

So aku pun dengan bijak mencadangkan supaya kami buat sesi burung hantu dan yg bestnya cadangan aku pun diterima, bangganya. Hahaha. Sapa tau sesi burung hantu tu apa? Sesi burung hantu ni mcm korang akan dibawa sambil tutup mata ke tempat gelap. Then korang akan ditinggalkan berseorangan disitu. Dalam 1 jam mcm tu baru dorang jemput korang balik dr tempat yg dorang tinggalkan korang tu, lebih kurang mcm tulah. Tujuan dia untuk menguji tahap keberanian lah konon nya. Yg join aktiviti ni cuma 10 org je, lg 5 org akan monitor aktiviti ni. Aktiviti ni kami buat tepat jam 11mlm. Yelah 11mlm dlm hutan, korang rasa?
Bermula lah aktiviti yg dicadangkan td. Jam menunjukkan tepat pukul 11mlm. Kami diberikan sehelai kain utk tutup mata kami supaya kami tak tau mana kami diletakkan. Aku antara org yg tak sabar nak buat aktiviti ni. Yelah, cadangan aku kan. Hahaha, nk tgok gak sapa yg penakut. Hahaha. Berani konon. Puihhh. Hahaha. Ok sambung.

So selesai tutup mata, aku terus dibawa ke tempat mana aku tak tau sbb masa ni mata dh tutup dan diletakkan di tempat yg aku pun tak tau kat mana. Sampai je tempat yg dibawa, aku diarahkan supaya buka kain penutup mata tu. Aku pun buka, ya yg bawa aku masa tu adalah Bob (Bukan Nama Sebenar), Bob bgtau “hg duduk sini eh, nnt lepas 1 jam aku amik hg. Aku letak hg dekat tempat paling jauh dr semua org ya, cadangan hg kan. Hahaha”. Kuang asam hg Bob. Lepas dia letak aku, dia kata hg baca apa patot noh, tempat ni keras, aku gerak dulu eh. Dia tinggalkan aku sambil ketawa. Hanat tol.
Masa ni aku dh rasa tak sedap hati dah, btw, depan aku masa tu sungai sbb dengar jelas sangat bunyi air mengalir.

Tp lepas je si Bob ni blah, aku terus perhati sekeliling. Mana lah tau terjumpa harimau ka apa ka, tak pasal jd santapan dia. Hahaha. So aku perhati sekeliling sambil ditemani cahaya bulan. Mmg tak nampak apa2. Aku pun duduk lah sambil duk melayan perasaan sorang2. Yelah, kau nak buat apa kan, henpon pun tak boleh bawa, mmg sehelai sepinggang ja. Tengah syok2 melayan perasaan sensorang, tiba2 aku terdengaq bunyi ranting kena pijak. Aku pun slow2 toleh blakang tengok ada apa2 ka, ternyata tak nampak apa. Haih, perasaan ja kot. Pujuk hati. Padahal dah cuak. Hahaha. Then aku slow2 toleh balik tengok ke arah sungai sbb posisi aku duduk berdepan sungai. Masa ni segala bulu roma semua naik. Rasa seram sejuk tu datang. Korang tau apa aku nampak seberang sungai sana? Aku nampak kelibat warna putih dengan rambut panjang kedepan tutup muka sedang MERANGKAK dtg ke arah aku. Wei! Gila ka apa! Takkan JU-ON kot. Aku masa ni mmg tak pikir apa dah, terus tutup mata.

Mulut aku kumat kamit tak henti baca ayat apa yg terlintas kat pala ni. Tp tunggang langgang lah aku baca. Otak dah tak boleh fokus masa ni. Selang beberapa minit tu aku dengaq bunyi ranting patah lg, mcm kena pijak, tp kali ni betul2 kat belakang aku. Lagi lah aku cuak, apalah bala yg dtg ni. Takkan cepat nau kau MERANGKAK dah sampai kt belakang. Hahaha. Tulah pergi bagi lg cadangan merapu ni, kan dah mendapat. Padan muka aku. Masa ni dengan berbekalkan keberanian yg sedikit, aku pun cuba meraba2 sebelah aku ada apa, mmg takda apa, cuma tanah ja yg aku rasa. Aku pelik, mana dtg bunyi ranting tu. Aku pun buat tak tau sambil2 tu baca apa yg patut sbb perasaan takut masih ada selepas nampak kelibat MERANGKAK td tu.

Selang beberapa minit selepas kejadian penampakkan kelibat MERANGKAK tu aku terkejut sbb bahu aku seakan disentuh sesuatu. Ya! Mmg aku rasa sangat ada benda sentuh, masa ni mmg aku nak nangis, nak terkencing, semua ada. Sbb takut wei dgn apa yg baru jd td. Aku buat jalah tak tau. Redha je apa nak jd. Tetiba aku dengaq suara org panggil nama aku. “Wei sop, bangun sop, jom blah cepat”. Masa ni aku tak berani nak bangun sbb aku tak tau tah sapa2 panggil aku. Haa lupa nk bgtau, Bob ada kata masa amik aku nnt, dia akan bg salam dulu. Aku pun kata bg salam dulu bru aku bangun. “Assalamualaikum” Dia pun bg salam. Si Bob rupanya, dia bawa lg 2org teman dia. Aik, td hantar sorang2, masa amik berteman? Hahaha. Aku bangun terus blah dr tempat tu tanpa cerita apa2 kat Bob. Masa ni aku tgok muka si Bob pun lain mcm. Aku pun malas nk tanya pape. Terus kami blah dr sana.

Sampai je kat tapak perkhemahan, perasaan lega tu tuhan ja tau. Semua dah berkumpul kat unggun api yg dorang dah buat td masa kami ditinggalkan. Rupanya aku ialah org yg terakhir yg dorang amik. Kuang jaq. So mula lah sesi bercerita pengalaman semasa kena tinggal sorang2 td. Kebanyakkan yg dorang cita, dorang tido kat tempat dorang kena tinggal tu, ada yg cerita terdengar bunyi pelik2 lah. Haree tol. Aku rasa masa ni aku jelah yg dapat pengalaman extreme. Hahaha. Ok. Aku pun memulakan cerita apa yg jd kat aku. Aku ingat apa yg jd kat aku tu hanya perasaan tp mmg betul sbb masa aku bgtau yg aku nampak benda tu MERANGKAK, si Bob terus mencelah dan dia bgtau yg dia pun nampak masa tu, rupa2nya si Bob ada kat blakang aku masa tu. Dia pun nampak benda tu MERANGKAK, tp masalahnya dia nampak pastu terus blah tinggalkan aku.

So terjawablah bunyi ranting patah blakang aku td berkemungkinan si Bob terpijak. Bob bgtau niat dia nk p pekena aku, tak memasal dia dengan aku skali terkena. Patutlah masa amik aku td, 3 org yg dtg, pahal pulak berjemaah amik aku. Rupa2nya dia pun nampak jugak. Selesai je sesi bercerita, kami pun masuk tidoq. Tp syukur alhamdulillah sepanjang kami tidoq kat situ, takdalah kena kacau ka apa. Cuma biasalah dlm hutan bunyi mcm2 kan. Besok tu pas sarapan kami siap2 terus blah dr tempat tu. Sekian.
Pengajaran nya lain kali jangan nak terlampau berani sngat bila ada kat tempat org eh. Kan dah kena. Maaf kalau cerita yg aku share ni panjang sangat n tak seram ye. Hahaha. Nnt ada masa aku share lg cerita lain.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now