NENEK TUA

104 6 1
                                    

Assalammulaikum dan salam sejahtera pembaca.

Terima kasih admin menyiarkan kisah-kisah Lana, terima kasih pembaca yang membaca kisah-kisah Lana. Apa saja yang berkaitan dengan syaitan lihat dan dengar, percaya jangan. Sebab itu apabila ada tak percaya kisah Lana, aku menerima pendapat seadanya. Sebab aku pun tak percaya apa yang aku lihat. Anggap saja ia ceritera sebelum masuk tidur, bedtime story. Izinkan Lana bercerita….

Aku Lana
Dalam rumah mak dan ayah macam-macam makhluk boleh dilihat dengan pandangan mata halus. Bukan sebab membela. Tapi mana-mana rumah , mana-mana tempat mereka wujud. Cuma mampu melihat atau tidak saja. Kalau energi mereka kuat, mereka mampu menampakkan diri pada manusia kewujudan mereka walaupun manusia tidak mampu melihat. Kalau energi manusia lagi kuat, mereka akan menghindar sendiri. Kalau manusia seperti aku, boleh melihat maka energi kami boleh jadi sama… boleh jadi energi aku tengah lemah. Sebab adakala apabila aku menyibukkan diri, aku takkan nampak kelibat walau satu hantu pun. Kalau jiwa kosong, tengah sedih memang mudah didampingi….


Rumah ayah dan mak ini dahulunya dibina di tanah teroka. Sana sini hutan. Di sebelah tapak rumah hanya ada sebuah rumah masa itu, rumah tinggal. Rumah pekerja rasanya. Rumahnya unik, rumah kosong dua tingkat tapi kecil. Masa tukang rumah buat rumah kami dulu, macam-macam dia nampak. Dalam rumah kosong ada orang memasak, mandi dan berjalan dari bawah rumah dan naik ke atas. Masa dia tengah menukang menghampiri waktu senja, dia di pelawa makan, di laung untuk singgah ke sebelah. Seriau. Tok ketua kampung dulu kata, rumah itu tinggalan pekerja berbangsa filipina. Mereka sudah kembali ke negara asal. Jadi rumah itu tinggal kosong sampailah kami datang.


Mana -mana rumah mesti ada sisi haunted. Mistis. Cuma sedar atau tidak saja. Rumah ayah, aku kira dibina di antara laluan bunian. Kadang-kadang ketika baring di ruang tamu, sekoyong-koyong mereka lalu siap menyapa. “tumpang lalu”. Kalau dilihat dengan mata kasar, hanya rumah ayah dengan ruang tamu terbentang, kalau dilihat dengan mata halus, luas memandang jalan denai, seperti ada pasar tamu tempat mereka lalu lalang.
Lala dan Lulu. Hantu perempuan kembar.


Aku start nampak apabila baru sahaja kembali dari habis belajar. Aku yang bagi mereka nama sebab mereka tak tahu nama mereka sapa, umur berapa, dari mana, dan bagaimana mereka m**i. Lala dan Lulu menghuni bawah pokok kelapa rendang di sebelah tingkap bilik aku. Selalu bising!
“Lana..Lana..Lana…” selalu memangil serentak. Selalu mengintai dari cermin tingkap. Bila berdiri dekat tingkap, tiba-tiba mengacah.Terkejut. Hantu mak kau!.. Ai.. Mereka akan ketawa, sambil mencicit lari.


Esoknya aku suruh ayah p****g separuh pokok kelapa. Marah Lulu dan Lala. Menerobos masuk ke bilik. Marah sungguh. Aku pekakkan telinga. Sejak dari hari itu, mereka menghuni rumah aku. Mana-mana mak pergi mereka ekori. Belai-belai perut boroi ayah. Kalau mak naik angin, dengan mereka sekali menangis, Hiba sangat. Bila mak pasang azan dalam rumah, mereka lintang pukang lari, termasuk aku sekali. Aik bersetan.

Selain Lala dan Lulu, ada satu nenek tua, seorang lelaki tua dan seorang perempuan dalam rumah ayah. Nenek tua ni ada energi lagi kuat dari yang lain. Tapi mereka tidak mengganggu orang dalam rumah. Cuma nenek tua saja akan masuk dalam badan orang untuk mencari makanan. Dia akan selalu duduk di hujung kaki kami apabila tidur. Sebab itu kalau aku tidur sendiri, macam-macam gaya, untuk elakkan nenek tua ada sekatil. Abang aku jarang tidur di bilik. Dia suka tidur terlentang di ruang tamu.


Satu malam aku bangun pergi tandas, seorang lelaki tua sedang duduk di bahagian atas kepala abang. Sedang mengusap-usap ubun kepala abang. Abang nyenyak tidur. Aku berkira nak keluar. Nak pulak ke tandas kena lalu situ. Perlahan aku melangkah untuk ke dapur. Jauh pulak la dapur ni. Sampai dapur, perempuan satu pulak tengah mengintai-intai periuk belanga. Bila mata kami bertembung, dia terseringai senyum.
“Lapar.” aish…Makan jaklah..Buru-buru aku masuk dalam tandas.
Aku biarkan perempuan lapar itu di dapur. Masih meninjau-ninjau periuk. Mencari sisa tulang-tulang.Esok dan hari seterusnya aku buang siap-siap sisa-sisa makanan dan tulang temulang.Jadi makanan jin hantu jembalang dan seangkatan dengannya.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now