Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Terima kasih kerana publish cerita aku yang membosankan ni. Aku seorang perempuan. Aku nak share satu cerita ni tapi tak laa seram mana. Saja gatal tangan nak share pengalaman. Hehehehe.. Dulu aku pernah laa share satu cerita ni kat FS tapi dah lama dah. Tahun bila lupa dah.
Cerita ni berkaitan zaman belajar aku. Cerita semuanya pendek-pendek suam, jadi aku gabungkan jela ekk. Sebelum aku start, aku nak korang gambarkan dulu kawasan blok-blok kat kolej aku. Kolej aku ni di tepi jalan raya. Jadi kalau hari siang, memang banyak kereta lalu-lalang. Di bahagian hadapan dekat dengan pintu masuk adalah blok akademik. Maksudnya situ laa class, dewan kuliah dan sebagainya. Belakang blok akademik adalah blok asrama lelaki dan perempuan. Di antara 2 blok ni, ada surau. Surau yang memisahkan blok asrama lelaki dan perempuan.
Kawasan kolej aku ni banyak pokok-pokok. Belakang asrama perempuan pula adalah tanah lapang. Kami panggil hutan sebab tanah tu macam takde tuan. Terbiar sampai tumbuh pokok-pokok. Kami berpindah bilik setiap kali masuk semester baru. Jadi di setiap cerita aku akan gambarkan juga keadaan bilik-bilik yang aku duduki. Maaf andai cerita ni berterabur. Dah lama tak menulis..
Cerita pertama berlaku semasa aku dalam semester pertama. Aku duduk bilik di tingkat yang tak tinggi dan tak rendah, kiraya dipertengahan lah.. Pelajar-pelajar perempuan kelas aku ditempatkan di dalam 4 bilik berasingan tetapi sebaris laa. Aku namakan bilik A, B, C & D. Kami bukan duduk rumah kolej yer. Aku duduk di antara bilik-bilik kawan kawan aku. Dikira duduk bilik tengah laa.
Pada satu malam, lebih kurang jam 10 lebih. Lepas kami bergelak ketawa tak ingat dunia dalam satu bilik, kami balik bilik masing-masing untuk siapkan assignment. Meja belajar kami depan tingkap. Tingkap tu pula menghadap asrama lelaki. Biasa laa nama pun asrama lelaki mesti laa bising. Tengah kami menyiapkan assignment, datang Ina dari bilik A kata kawannya Siti dirasuk makhluk halus. Aku yang terpinga-pinga pergi bilik mereka. Yaa Siti terbaring lemah. Aku fikir makhluk tu sudah keluar dari badannya. Rupanya masih ada tetapi makhluk tu lemah. Lemah seperti orang sakit@tua. Kelam kabut panggil akak ajk asrama. Akak tu laa yang cakap dengan makhluk tu dan keluarkan dari badan Siti. Makhluk tu duduk kat pokok yang dekat dengan tingkap bilik kami.
Akak ajk asrama dah hantarnya ke tempat lain dan takkan kacau pelajar di asrama ni lagi. Kami tidak berani nak tanya apa² pada malam tu. Perasaan takut je yang ada. Akak ajk berpesan jangan suka-suka sangat time malam takut-takut kita akan kacau makhluk yang tak nampak. Salah kami juga sebab sebelum kejadian kami bergelak ketawa dengan kuat… First time aku alami kejadian ni.Esok kami tanya kepada kawan-kawan yang menghuni bilik itu. Rupanya sebelum Siti dirasuk, mereka dengar bunyi sesuatu yang pelik. Siti tegur bunyi tu. Aku fikir mungkin bilik A saja yang dengar, rupanya Bilik C dengar jugak. Diorang pun ada tegur cuma disebabkan Siti yang pertama tegur dan kebetulanjuga masa tu Siti uzur, Siti laa yang dirasuknya. Yang pelik lagi, bilik aku, Bilik B langsung tak dengar bunyi yang diorang cakap tu. Kami hanya dengar bunyi bising dari asrama lelaki dan mesin printer bilik kami je. Takde bunyi lain selain daripada tu. Baru-baru ni aku ade pegi bercuti dengan kawan-kawan dari bilik A dan C. Kami cerita balik pada kejadian ni. Rupanya yang diorang dengar tu bunyi cik ponti gelak. Aku masih tak percaya bilik aku tak dengar apa-apa masa tu…
Cerita kedua pula berlaku semasa semester 2. Dalam cerita ni ada aku selitkan cerita kawan-kawan aku juga. Masa ni kami sudah pindah bilik. Kali ni bilik aku jadi bilik A, bilik kawan lain B, C & G. Bilik A, B & C depan dengan hutan tu. Bilik G masih depan dengan asrama lelaki cuma jauh sikit dari bilik semester 1. Kejadian ni berlaku pada aku. Aku ni pula dianugerahkan dapat rasa kehadiran ‘dia’ tanpa lihat secara fizikal. Pada minggu tu aku malas nak pulang ke rumah, jadi aku setuju nak tinggal kat asrama dengan kawan-kawan dari bilik lain. Kawan-kawan bilikku pulang ke rumah. Tinggal aku sorang dalam bilik tu.
Malam pertama okay lagi aku tidur sorang. Masuk malam kedua, aku pasang niat nak tidur sorang lagi. Siangnya kawan aku, Leha bertanya sama ada nak tumpang tidur bilik dia atau tidak. Bilik Leha ni bilik B. Aku cakap tidak, sebab aku memang dah pasang niat nak tidur bilik sendiri. Malam lepas makan, sekali lagi Leha tanya pada aku dan aku kata tidak juga. takm nak pula menyusahkan. Aku masuk bilik dan mula layan movie kat telefon. Sedang asyik layan movie, aku terdengar suara. Suara mendayu macam menyanyi tapi takde lirik. Jauh sangat bunyinya. Orang kata kalau bunyi jauh maknanya ‘ia’ dekat. Aku fikir mungkin penghuni bilik sebelah yang nyanyi.
Lepas buat andaian, aku tiba-tiba teringat penghuni bilik sebelah pulang ke rumah dan biliknya kosong. Makin lama suara tu makin dekat. Dengan perasaan takut aku keluar dari bilik dan pergi ke bilik Leha. Aku kata aku dah ubah fikiran. Dia tanya kenapa. Aku kata esok aku cerita. Aku minta dia temankan aku ambil bantal semua. Aku biarkan lampu bilik aku terbuka supaya senang aku nak masuk pagi esoknya. Bilik Leha tu pun pernah diganggu juga. Kawan bilik Leha, Dijah pernah dihimpit ketika tidur dan dalam keadaan mamai dia nampak cik ponti duduk atas loker. Satu malam mereka tidur lambat layan movie, nampak bayangan hitam lalu depan bilik tanpa sebarang bunyi tapak kaki.
Kawan aku bilik C, Peah pun sama juga. Dia terjaga tengah malam untuk pergi ke toilet. Peah rabun. Jadi malam tu dia pegi toilet tak pakai spec. Keluar je dari pintu toilet, Peah nampak bayangan putih seolah-oleh cik ponti lalu dari balkoni menuju ke lift. Tak fikir panjang terus Peah redah masuk bilik balik.. Kawan aku bilik G yang jauh terpisah tu, pun selalu kena kacau. Bilik G dekat dengan bilik pelajar semester 3. Kami ade short semester. Time kami short semester, semester lain mula cuti.Jadi satu malam masa diorang nak tidur, diorang dengar bunyi orang berjalan guna kasut kawad. Hentakkan kuat. Hentakkan tu berjalan dari hujung kanan ke hujung kiri asrama selama beberapa kali & terus hilang. Minah dari bilik G jugak pernah kena kacau dalam toilet. ‘Dia’ panggil Minah padahal time tu penghuni asrama yang lain semua sudah turun ke lobi asrama ade program.
Masuk semester 3 kami pindah bilik lagi. Pindah ke barisan bilik G. Semester ni kena kacau sekali je. Mungkin sebab ‘dia’ tahu aku dah last sem kot. Hahaha.. Malam tu aku dengan beberapa orang kawan cerita pengalaman seram masing-masing. Cerita yang paling seram dari Fea. Tak tahu laa pembawakan rasa takut atau terseru ‘dia’ melalui cerita-cerita kami. Sesudah kami share cerita, diorang balik bilik masing-masing. Kebiasaanya bilik aku tidur bukak lampu belajar. Jadi takde laa gelap. Tak tahu kenapa malam tu kawan-kawan bilik aku nak tidur tutup lampu. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Bila baring rasa macam diperhatikan. Kami tidur ramai-ramai kat atas lantai. Aku dapat rasakan ‘dia’ ada dalam bilik aku. Hati aku kuat katakan nak bukak lampu dan aku kuatkan semangat capai telefon bukak flash light dan bangun terus bukak lampu belajar. Aku langkah semua yang tengah tidur. Bila lampu dah terbukak, baru aku rasa ‘dia’ dah pergi.
Itu jela cerita semasa zaman belajar. Mana-mana tempat pun semua ‘dia’ ada. Cuma kita je tak nampak dan aku pun berharap takkan nampak ‘dia’ dan kawan-kawan. In shaa Allah jika ada lagi pengalaman seram, aku akan share dengan korang lagi. Assalamualaikum..
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...