Tajuk: Salah Masa
By:Ungu DahliaAssalamualaikum dan Salam Satu Malaysia untuk penggemar cerita dalam fiksyen Shasha. Pertama sekali aku nak ucapkan Terima kasih dekat Admin andai kisah aku ni tersiar. Aku kenalkan nama aku Dahlia (bukan nama sebenar).Tapi kawan-kawan aku panggil Yaya je. Benda ni jadi dekat aku dalam tahun 2016. Dan masa tu aku dah bertunang (sekarang dah jadi suami. Hehehe) Biarlah aku gelarkan tunang aku ni Joe (bukan nama sebenar). Sebelum aku mula,aku nak minta maaf sekiranya cerita aku ni xseseram mana.Tapi sekadar berkongsi memandangkan selama ni aku jd ‘silent reader’ je. Okey,jom mula!
Aku dengan tunang aku bekerja dalam sektor swasta, jadi cuti kami hanya sekali seminggu dan pada hari biasa. Hari tu Rabu,shift aku habis jam 6.00petang. Biasa nya sehari sebelum Off Day akan dapat balik awal. Memandangkan aku cuti hari Khamis. Manakala tunang aku habis pada jam 5.00petang,dia awal sejam dari aku,jadi dia yang akan hantar dan jemput aku pulang dari tempat kerja. Sampai saja aku kat rumah dalam pukul 6.30 petang, Joe tanya aku.
“Esok kau nak pergi mana-mana tak??” Joe menanggalkan helmet dan mematikan enjin motor.
Aku yang dah turun dari motor memandangnya sekilas dan menanggalkan helmet juga. Aku berfikir sejenak.
“Macam nak pegi laut la..” aku
tersengih sumbing.Tunang aku faham sangat kalau aku suka buat plan yang diluar jangkaan. Mana taknya, tempat kami mana ada laut. Kurang-kurang kena pergi negeri sebelah.
“Pasti??” Joe ingin kepastian. Aku angguk laju-laju. Sengeh lagi.
“Kalau macam tu kemas la baju.Nanti lepas isya aku ambik. Ajak budak group. Pergi ramai-ramai baru syok” sambung Joe. Joe meninggalkan aku di ruang lobi appartment aku. Aku naik ke atas, bersihkan diri. Kemas ape yang patut. Aku baru teringat nak mesej dalam group,itu pun lepas Joe ingatkan aku kat ‘wasap’*My Fiance’*
Yaa,jangan lupa bgtau kat groupAku hanya membalas ‘okeh’
Aku terus bagitau dalam group,cakap malam ni aku dengan Joe nak ride pergi laut. Kat mana laut tu, biarlah rahsia sebab tempat ni memang orang-orang bercinta selalu pergi memandangkan ianya tempat yang strategik. Maksud aku strategik kat sini ialah, makan murah, banyak kedai cenderahati, banyak tempat sejarah, laut pun cantik. Haaa..dapat teka tak?? Masing-masing teruja dan bersetuju untuk follow kami malam ni naik moto kapcai masing-masing. Kawan-kawan aku yang follow malam tu Deris,Wati (dorang ni pun pasangan tunang macam kami)Don,Akim dan Amir. Kami janji kumpul di Tesco Semenyih dalam pukul 10.00malam. Okey,cun dah ni plan. Lagi cun plan last minit macam ni dapat sambutan pulak. Hoyeahhh!
Lepas isya Joe call aku cakap dah ada kat lobi. Aku capai beg,bekal dan keperluan aku yang lain. Kunci pintu rumah menuju ke bawah. Masa ni tak ada apa yang seram lagi jadi. Joe pun ‘steady’ ja bawak motor, tak ‘slow’ sangat, tak laju sangat. Sampai la kami kat Tesco Semenyih lepas 45 minit atas motor. Kebas pungkoq baq hang! Masa ni Deris,Wati,Don dan Sabiq dah sampai. Tengah mencekik. Kuang asam depa ni,tak tunggu! Aku dengan Joe pun ‘order’ la makanan juga. Tadi kat rumah tak sempat makan apa pun.
Tiba-tiba ada mesej dari group. Amir dengan Akim tak dapat join. Sebab Amir kene cover partner dia,bini kawan dia bersalin. Yang si Akim plak motor tak
boleh start.
“Alah..Sembang je si Akim tu. Aku kalau plan mana pernahnya ajak dia Yaa. Selalu la cancel last minit.” luah Don sebal. Aku diam ja sambil layan maggi goreng aku. Joe pun mampu sengih je.
Habis makan Deris dengan Wati pulak bersuara. Sebenarnya dorang pun tak dapat follow. Tak bagitau awal-awal sebab nak suruh aku dengan Joe makan dulu. Cinabeng! Aku dah mula hilang mood. Takkan nak cancel pulak kan. Dalam pada tu,memandangkan Deris ni tak jadi ikut,maka dia ajar la kami guna jalan dalam. Dia cakap lebih selamat guna jalan dalam ‘incase’ kalau motor rosak atau apa-apa jadi masih boleh minta tolong orang memandangkan situ banyak rumah kampung. Kalau ‘highway’ ni risau orang tak ada satu hal. Kena rompak satu hal juga. Betol juga ape Deris cakap tu.
“Takpe la Yaa, dorang tak ikut aku bawak kau je la.” Joe cuba nak pujuk.Aku dah jengil mata. Plan asal ade Wati jadi aku ade la kawan. Tak lah pergi berdua je ng Joe. Ye dak? Ehh! Kan ade Don. Okey la tuh. Bertiga pun bertiga la. Bantai!
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...