Pena_Biru (Part 3) - Jin Makan Tuan

207 12 1
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca fiksyen shasha. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin yang telah menyiarkan cerita aku dan tidak lupa juga kepada pembaca fiksyen shasha yang turut mendoakan kesejahteraan aku.

Kepada yang bertanya, spek mata adik aku jumpa ke tak lepas tu. Ye, kitorang jumpa selepas beberapa hari kemudian. Nasib dia tak sempat buat spek mata lain. Tapi aku lepas dah buat spek mata lain baru jumpa yang lama. Geram betul aku dengan hantu raya ni. Ingat murah ke harga spek ni.

Baiklah, hari ni aku nak sambung kisah gangguan yang telah aku alami dan proses berubat. Semakin lama gangguan yang aku alami ni semakin extreme dan sukar aku fahami.

Setelah berminggu berubat dengan ustaz yang famous tu, aku masih stay kat Kelantan. Bila family aku tanya sekarang ni rasa macam mana lepas berubat hari tu, aku cakap okay la sikit. Bahu aku walaupun dah tak sesakit sebelum ni, aku masih lagi rasa macam ada something yang tak kena.

Lebih kurang sebulan kemudian, kakak aku balik kampung. Risya ni selalu nampak benda-benda yang bukan-bukan. Kakak aku (seroja) ada bilik sendiri sebab dia dah kawin. Adik aku, melor selalu je tidur dalam bilik tu siang hari, malam pulak dia akan tidur dengan aku. Bilik kosong biasanya tak boleh tinggal lama sangat tak berpenghuni nanti ada benda lain pulak yang menumpang.

Anak buah aku ni Risya selalu tunjuk-tunjuk kat tingkat bilik kakak aku, Acik Melati ada monyet sambil tunjuk-tunjuk kat tingkap bilik padahal takde pape pun kat situ. Biasa la budak-budak kecik baru kenal binatang. Kadang-kadang tu dia akan tanya kitorang mana Amin? Kitorang tanya la sapa Amin? Dia cakap Amin tu, kawan Risya.

Aku tak tahu la apa yang dia nampak. Ada jugak dia tunjuk-tunjuk kat pintu, lepas tu cakap kat aku, eh acik melati tu acik (pak cik). Padahal takde orang pun kat situ. Aku ni dah seriau bulu roma. Apa la budak ni, tak boleh nak bezakan manusia dengan bukan manusia. Kita yang dah dewasa ni pulak yang takut. Diorang lek je boleh kawan-kawan dengan benda-benda ni.

Disebabkan Risya ni selalu nampak, umi aku decide nak dia berubat. Yela orang yang nampak apa yang orang lain tak nampak ni orang cakap bukanlah istimewa tapi dia sebenarnya sakit sebab tak normal dari orang lain. Yela, sakit la kan sebab kita boleh nampak benda tu bila ada jin dalam badan kita. Ni apa yang aku baca dalam google la.

Hari tu hari Jumaat. Umi aku mintak tolong kawan cikgu sekolah dia, tolong tengokkan si Risya ni. Cikgu tu sebenarnya bukan la ustaz, dia cikgu biasa je tapi sebab dia ada la ilmu ni sikit-sikit. Dia cakap dia pernah belajar dengan ustaz Harun Din masa dia belajar kat universiti dulu. Dia datang lepas isyak lepas balik dari masjid.

Ustaz ni aku namakan ustaz Hafiz. Masa dia nak cek si Risya ni, kitorang semua berkumpul la ramai-ramai kat ruang tamu tu. Lepas tu ustaz tu tanya la Risya nampak apa, nampak monyek ke? Risya angguk. Ustaz tu tanya lagi ada berapa ekor. Si Risya ni tunjuk dengan jari 2 atau 3 macam tu. Lepas tu ustaz tu cakap la, selalunya yang boleh nampak ni sebab ada saka kat dia. Tak pun macam ada jin lain yang menumpang.

Ustaz tu pun mula la baca ayat ruqyah apa semua. Baru je baca 2,3 ayat aku pulak yang nangis. Nangis bukan nangis biasa-biasa, tapi nangis yang macam meraung. Lepas tu ustaz tu pun eh, kenapa aku tiba-tiba nangis. Umi aku cita la kat ustaz tu memang sebelum ni aku ada berubat apa ingatkan dah sembuh. Tak sangka pulak ada lagi. Umi aku pujuk aku suruh stop nangis. Aku dalam hati, aku dah agak dah mesti ada benda lagi yang tak settle.

Lepas tu ustaz tu teruskan jugak merawat Risya. Masa tu Risya duduk kat atas riba kakak aku, seroja. Ustaz tu cakap macam ni. Jin Islam semua pergi ke kaki kanan, jin kafir semua ke kaki kiri. Lepas tu ustaz tu tanya berapa ekor jin islam dan jin kafir ada kat si Risya ni. Kalau dia tanya tu betul jin Islam gerakkan kaki kanan dan jin kafir kaki kiri.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now