Salam sejahtera kepada semua pembaca dik FS. Cerita ini betul-betul terjadi kepada kami sekawan cuma nama pada watak tu saya ada tukar la untuk menjaga privasi. Cerita ini terjadi semasa cuti perayaan hari gawai masa tu. Sudah menjadi lumrah para pelajar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, tidak bagi aku, Esther, Maldini, Jubin dan juga Anne. Kami berlima memilih untuk bercuti di sebuah rumah panjang orang Iban untuk mengenali aktiviti masyarakat perkampungan tersebut semasa perayaan hari gawai. Kami berlima memilih untuk bertolak dari kolej pukul 08:00 malam kerana nak mengelakkan kesesakkan dijalan raya lah katakan. Dalam perjalanan tu, seronok lah juga bercerita perkara yang lawak sehingga tak sedar jam sudah pukul 11.24 malam. Dalam keseronokkan bercerita, tetiba pulak si Esther buka topik cerita hantu dimana jalan yang kami lalui malam tu merupakan jalan yang penuh dengan mistik.
Tak semenanya suasana yang penuh gelak tawa tadi bertukar menjadi sunyi sepi. Aku dan Maldini sukakan cerita seram apalagi terus fokus la akan apa yang disampaikan oleh Esther. Anne yang duduk dikanan cermin pintu tanpa segan silu meminta duduk ditengah diantara aku dan Maldini kerana dia jenis yang penakut bila berkaitan perkara yang seram sebegini. Dalam memecahkan kesunyian malam dijalan raya, Esther menanyakan kami berempat:
“Eh, korang! Korang tau tak jalan yang kita lalui sekarang ni banyak orang yang eksiden? Ada yang jatuh ke gaung, ada kereta yang dipandu mereka dirempuh oleh lori. Bukan itu saja, dijalan ini juga sering kali melihat kelibat sesuatu. Sesuatu tu aku takyah la sebut sebab korang tau kan. Kan?” Tanya Esther.
Jubin yang sedang rancak menghisap rokok “Vape” nya langsung sahaja berhenti dan terus menutup cermin keretanya.
“Uishh..!! Tak guna la kau ni Est! Malam begini kau pula bercerita hantu. Tukar topik lain boleh tak? Kita sekarang ni berjalan diwaktu malam bukannya pagi.” Ujar Jubin kepada Esther.
“Alaaa.. Bukannya ada apa-apa pun kan. Pengecut la korang ni. Korang tau tak, makin korang takut, makin benda tu nak kacau tau tak?” Jawab Esther kepada Jubin.
“Ermm.. Korang berceritalah. Aku tak nak masuk campur.” Sampuk Anne lalu memasang ‘earphone’ ke telinganya sambil memasang lagu di telefonnya.
Jauh disudut hati Anne, dia memang tak sabar untuk sampai ke destinasi yang ditujui kerana nampak wehh mukanya takut betul masa tu. Haa, ngam la pulak masa tu hujan renyai-renyai ditambah dengan dengan kilat sekali sekala menerangkan kawasan jalan raya. Dalam perjalanan kami menuju ke rumah panjang tersebut, kita guna jalan ladang sawit sebab jalan tu memang jalan pintas ke kawasan rumah panjang tersebut. Dek kerana hari hujan, segala bau air dari ladang sawit mula menusuk kedalam hidung kami walaupun cermin sudah ditutup. Ada pulak kawanku sorang ni si Maldini agak celupar sedikit orangnya.
“Eww.. Baunya. Bau apa ni?” Tanya Maldini dengan nada agak kesombongan sedikit.
“MALDINI!!” Teriak Jubin dan Esther.
Aku yang dengar Maldini kata macam tu langsung sahaja menutup mulutnya sambil tangan sebelah ku mencubit telinga kirinya.
“Eh Mal, ko boleh tak jaga sikit mulut tu? Kang benda tu ikut nanti baru ko tahu.” Marahku dengan nada yang agak tinggi.
Anne yang terkejut dengan tindakanku tadi langsung menarik ‘earphone’ miliknya sambil bertanya;
“Weh, sudah-sudahlah korang. Takyah la cerita pasal hantu lagi. Tukar topik lain boleh tak?” Teriak Anne. Haa, semuanya diam seribu bahasa dan buat kerja masing-masing.
Lebih kurang 5 minit kitorang diam, si Anne pasang la lagu di HP nya ke player yang sudah disambungkan menggunakan pelayar ‘Bluetooth’. Habis jer dua buah lagu dimainkan tak semena-mena satu lagu seram seperti di filem Indonesia “Kuntilanak” (Pontianak keluar dari cermin) mula berkumandang di speaker.
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...