Kerja Di Hotel

209 7 0
                                    

Assalammualaikum kepada semua pembaca
fiksyen shasha dan juga admin…  Nama aku
Poi ( bukan nama sebenar ). Aku ingin berkongsi pengalaman seram, ketika bekerja di salah sebuah hotel yang berada di kota kinabalu sabah. Aku bekerja di bahagian dapur…. dan nama hotel terpaksa aku rahsiakan demi menjaga nama baik hotel tersebut. Hotel tersebut betul-betul terletak di tengah tengah bandar kota kinabalu, dan ia merupakan antara hotel yang terawal dibina di bandar tersebut. Kisah yang aku nak kongsikan ini, adalah merupakan pengalaman dan peristiwa yang benar-benar menyeramkan bagi aku. Harap-harap para pembaca dapat terima kisah yang aku nak sampaikan ini dengan seadanya, dan maafkan aku jika ada bahasa dan tulisan yang tidak dapat difahami.

…………………………………………………………..

Aku mula bekerja di hotel tersebut dalam pertengahan tahun 2010…. dan aku bekerja di sana lebih kurang 3 tahun lebih. Peristiwa yang ingin aku kongsikan ini adalah ketika aku dah bekerja di sana selama setahun setengah. Aku pun tak tahu… mengapa dah setahun setengah kerja di sana, baru ‘benda2’ tu nak muncul dan menganggu aku. Jadi.. aku pendekkan cerita dan kita terus ke peristiwa yang pertama.

KISAH 1:

Kejadian pertama berlaku ketika aku bekerja overnight shift. Shift aku bermula jam 11 malam sehingga 7 pagi. Aku bertugas di bahagian cold kitchen ( dapur ini menyediakan makanan-makanan seperti salad, sandwich dan makanan-makanan yang sejuk.). Seperti biasa, jika kerja overnight shift ni…. memang seorang seorang je lah… tak berteman pun.

Kejadian bermula semasa aku menyediakan makanan untuk sarapan pagi, perut tiba tiba memulas dan seperti nak ‘membuang’, tapi aku tahankan jugak.. sebab perut waktu tu tak berapa nak sakit sangat. Tetapi… tahan punya tahan, 15 minit kemudian, perut semakin sakit dan aku memang dah tak boleh tahan…  akhirnya aku  nekad jugak untuk ke tandas. Lokasi tandas pulak adalah di bilik loker di tingkat bawah. Semua kerja terpaksa aku tinggalkan dan tanpa berteman… aku seorang diri menuju ke tandas.

Semasa sampai ke bilik loker… keadaan sangat sunyi, dan tiada orang pun kat bilik tu. Memang seram jugaklah. Lalu aku pun meneruskan langkah menuju ke tandas ( tandas terletak paling hujung di bilik tersebut ). Semasa hampir sampai ke tandas… langkah aku terhenti serta merta. Di hujung dinding tandas tersebut, kira-kira lima meter dari aku berdiri, ada sekujur tubuh kaku berdiri  menghadap ke dinding. Masa tu perasaan aku betul-betul bercampur campur… hairan, takut, terkejut.. semua ada. Apa yang aku lihat di depan mata aku waktu tu adalah susuk tubuh seorang perempuan… memakai baju staff department HR. Masa tu dalam fikiranaku, tak kan aku salah masuk bilik loker. Aku sangat yakin pada waktu tu yang aku masuk bilik loker lelaki. Dan bila masa pulak staff HR ada kerja overnight shift, paling lewat pun jam 6 petang dah balik dah.

Belum pun melangkah masuk ke tandas.. tiba tiba ‘perempuan’ tu bersiul. Selepas dia bersiul… dia ketawa.. lepas  tu dia diam. Pada waktu tu memang aku betul-betul takut dan seram, segala bulu roma semuanya naik. Perasaan aku pula pada masa tu masih bingung dan takut.  Di dalam fikiran aku, adakah ‘perempuan’ tu hantu ataupun sememangnya manusia. Beberapa saat selepas dia diam… dia mula menghentak kepalanya ke dinding berulang kali… sambil ketawa ( hehehehehhhehe…….. ).

Keadaan aku masa itu.. memang betul-betul terpaku, terdiam, keras seperti patung… tak boleh bergerak, kaki tak dapat melangkah… aku betul-betul seperti orang yang dipukau. Sedangkan pada masa tu… aku betul-betul sangat takut smpai nak menangis.. kerana itulah pertama kali aku melalui pengalaman sebegitu rupa. Dan aku tak baca apa pun ayat-ayat suci dan surah-surah alquran… Fikiran aku masa tu betul-betul kosong. Mata aku hanya terus memerhatikan ‘perempuan’ tersebut. Selepas menghentak kepalanya di dinding… dia mengeluarkan suara pulak. Tolong….tolong…..tolong…….tolong. Suaranya sangat mendayu2 dan menyeramkan. Masa itu, saya betul2 hendak teriak sekuat hati.. namun, saya tak dapat mengeluarkan suara.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now