CUACA mendung dengan awan-awan yang berkepul-kepul menunjukkan tanda langit mula menangis. Serta-merta Medina mengukirkan senyuman sambil matanya memandang ke dada langit menerusi tingkap bilik guru.
Kakinya mula memanjat tangga sekolah itu dan menuju ke tingkat bahagian atas sekolah. Itulah tempat kegemarannya untuk menenangkan fikiran. Malah, bukan dia sahaja yang gemar ke tingkat itu malah pelajar-pelajar sekolah juga gemar melepak di sana.
"Saya suka awak." Sebuah bungkusan dihulurkan seorang gadis kepada lelaki idamannya.
Terkebil-kebil mata Medina melihat dua pelajar sekolah itu. Mesti mereka tidak perasan kewujudannya di situ.
"Sorry, saya tak berminat." Bungkusan yang dihulurkan oleh gadis itu ditolak mentah-mentah.
"Wahh..." Medina tersenyum kecil melihat adegan itu di hadapan matanya sendiri. 'Drama swasta! Drama yang tak dapat ditonton di mana-mana televisyen ni.'
Namun, itu bukan kali pertama dia melihat pelajar lelaki itu menolak gadis mentah-mentah. Malah, sering. Senyuman kecil dikoyakkan. Dasar pematah hati wanita betul!
"Saya betul-betul suka pada awak Hazwan." Sekali lagi gadis itu mengungkapkan rasa hatinya.
'Hailah! Budak-budak zaman sekarang.'
"Saya tak minat gadis macam awak. Please stop! You look annoying.'
Medina menekup mulutnya. 'O. M. G! So harsh.'
"Sampai hati..." gadis itu terus berlari meninggalkan Hazwan. Kakinya terhenti melihat Medina yang berdiri di pintu tangga.
"Cikgu..." ucap gadis itu gugup. Malu bukan kepalang apabila ada cikgu menyaksikan adegan memalukan itu.
Medina hanya membuat wajah bersahaja seakan dia tidak melihat kejadiaan itu.
"Maaf..." gadis itu terus berlari turun.
Hazwan lantas menoleh ke arah Medina yang berdiri tenang sambil tersenyum.
"Cikgu Medina?" wajah kelat Hazwan yang tidak suka dengan gadis itu serta-merta tersenyum melihat Medina yang berdiri tidak jauh.
"Hai," Medina tersenyum kekok.
"Cikgu Medina buat apa dekat sini?" soal Hazwan yang agak tidak senang apabila memikirkan cikgunya sendiri melihat seorang gadis meluah perasaan padanya.
"Ingat kau orang aje yang boleh lepak dekat atas ni? Cikgu tak boleh?"
"Tak adalah saya kata tak boleh. Pelik aje."
"Pelik? Tak ada yang pelik pun. Cikgu selalu aje lepak dekat atas ni kau orang aje tak tahu," balas Medina tenang.
Gadis yang baru turun dari tangga dikerling sekali lagi. "Siapa tadi tu? Peminat kamu ke Hazwan?" senyuman meleret dipamerkan Medina.
"Annoying lah cikgu ni." Hazwan menjulingkan matanya ke atas.
"Cikgu pulak yang dikatakan annoying?" Medina tergelak kecil. Terhibur.
"Tapikan... kenapa tak tolak baik-baik sikit Hazwan. Kesian cikgu tengok budak perempuan tadi."
Hazwan melepaskan hela. "Cikgu, kalau saya tak buat macam tu dia orang tak akan putus asa. Malah akan semakin menjadi-jadi."
"Okey, faham. Tak apalah, saya memang tak nak masuk campur hal kau orang ni." Medina mengangkat kedua belah tangannya tanda tidak masuk campur hal itu.
"Cikgu buat apa dekat sini?" sekali lagi soalan itu diutarakan.
"Cikgu suka melihat langit yang ingin menangis. Butir-butir air yang menitis dari langit sangat indah."
"Hah?!" Hazwan terus memandang tepat ke arah Medina dengan wajah pelik.

YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...