Epilog

1.1K 79 37
                                    

Dear Diary...

Jodoh?

Tiada siapa yang akan tahu siapa jodoh mereka jika masanya belum tiba. Terlalu sukar untuk menjangka siapa yang di takdirkan untuk kita.

Bila memikirkan semula beberapa tahun kebelakang. Pelbagai dugaan yang aku dan lelaki yang kini bergelar suami, Hayyan Mikael yang kami terima sepanjang detik pertemuan pertama kali. Detik pertama kali aku menemui Hayyan pada 9 tahun lalu itu tidak pernah aku menyangka aku akan menemui sekali lagi pada 2 tahun kemudian di mana perasaan aku mula hadir untuknya.

Pada mula aku terfikir pertemuan semula aku dengannya sebagai pembantu rumah adalah pertemuan kali kedua. Tetapi sangkaanku meleset. Malah tidak menyangka pertemuan itu adalah pertemuan mereka untuk kali ketiga. Malah Hayyan yang kini bergelar suami yang mengingatkan detik pertemuan pertama kali di mana aku mula mendekatinya dengan memberi sekaki payung tanpa mengenalinya. Bila memikirkan waktu itu, kelakar sungguh.

Kata-kata 7 tahun lalu yang dijadikan bahan gurauan atau sakatan. Ternyata menjadi kenyataan. Masih segar kata-kataku sendiri di dalam ingatan. "Siapa tahu yang pertemuan pertama kita adalah jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan yang kedua, takdir untuk kita bertemu kembali. Pertemuan yang ketiga, di mana kita ditakdirkan berjodoh." Ternyata kata-kataku itu adalah menjadi kenyataan di mana pertemuan ketiga di mana kita ditakdirkan berjodoh. Walaupun dugaan yang kami terima membuatkan hatiku goyah yang dia bukan ditakdirkan untukku.

Mendengar pertelingkahan di ruang tamu banglo itu serta-merta pen yang dipegang Medina yang digunakan untuk menulis diari itu terhenti dan mula meletakkan di atas meja.

Medina mula memanjangkan leher cuba melihat dan mendengar apa yang sedang berlaku berlaku di ruang tamu depan vila itu. Vila yang di diami Hazwan dan Hayyan kini juga telah menjadi rumahnya.

Keributan dan keriuhan suara itu menganggu fokus Medina yang sedang menulis diari lantas buku diari itu ditutup kembali. Kepala cuba menjengah apa keributan yang sedang berlaku. Vila itu memang selalu meriah. Kalau tidak meriah memang pelik. Lagi-lagi dengan keberadaan Hazwan di hujung minggu setelah memasuki universiti.

"Dekat sini kau eh, Wan. Tadi bukan ke kata nak siapkan assignment kumpulan sama-sama ke?" Maria sudah bercekak pinggang. Geram dengan lelaki di hadapannya itu. Suka mencuri tulang. Lagi-lagi jika assignment berkumpulan. Menyesal satu kumpulan dengan lelaki itu dalam membuat assignment. Lagi menyesal apabila satu universiti dan satu bidang dengannya.

"Alah... relax lah Maria, baru nak main game." Hazwan berkata selamba. Wajahnya jelas menunjukkan dia tidak bersalah. Tangannya ligat memegang control game PS5 tanpa mempedulikan Maria yang berada di hadapan skrin televisyen.

"Relax Wan kata! Deadline kita minggu depan tau. Mana boleh tenang-tenang." Gigi diketap kuat Maria menahan geram dan amarah pada Hazwan.

"Ish... Maria tepilah, tak nampak." Hazwan berdecit rimas apabila Maria menghalang pandangannya pada skrin televisyen itu yang sedang bermain game.

"Cepat-cepat... Maria tak kira." Telinga Hazwan sudah ditarik Maria supaya mengikuti langkahnya.

"Aduh... aduh...." Hazwan sudah berteriak kuat.

"Apa yang bising-bising tu? Apa yang tak kena tu?" Medina sudah bersuara dari jauh.

"Tak ada apa cikgu, Wan ni degil dan malas nak buat assignment. Maria panggil balik sambung buat assignment."

"Hazwan..." Medina sudah menghela nafasnya. Perangai tidak berubah-ubah dari dulu sehingga kini.

"Nak buatlah ni kak Medina, Maria ni kecoh benar." Rungut Hazwan sambil mencebik.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now