JAM tangan dikerling berkali-kali. Angka sudah mencecah angka 9.10 pagi tetapi bayangan Akmal masih tidak lagi kunjung tiba.
"Ella, mana Akmal? Kenapa dia tak sampai lagi? Budak-budak tu dah tak reti sabar dah." soal Medina yang sudah penat menunggu.
"Entahlah, aku cuba call dia lagi." Ella sekali lagi cuba mendail nombor telefon Akmal.
"Cikgu Medina bila kita nak gerak? Kita tunggu siapa lagi?" soal Hazwan yang nampak sudah bosan menunggu sejak dari tadi.
"Kejap, cikgu Akmal belum sampai lagi."
"Aduh! Lambatlah cikgu Akmal ni," Hazwan mula merungut."
"Medina... Medina..."
Lantas kepala Medina terus menoleh ke arah Ella yanh jelas kekalutan. "Kenapa? Kau dah dapat call Akmal ke?"
"Dah... Tapi aku ada bad news," tutur Ella perlahan.
"Apa maksud kau berita buruk?"
"Akmal tak dapat join kita pergi camping, mak dia jatuh dekat bilik air. So, sekarang ni dia dekat hospital."
"Teruk ke keadaan mak Akmal tu?"
"Katanya tak teruk, tapi dia tak dapat nak join aktiviti perkhemahan disebabkan dia perlu jaga mak dia dekay hospital." Jelas Ella.
"Tak apalah, jika sudah begitu. Tapi..." kata-kata Medina terhenti.
"Tapi?" Ella terus memandang tepat wajah Medina yang sering sangat berkata separuh.
"Kita short facilitator lah. Macam mana ni?" ujar Medina yang mula resah. Bagaimana dia harus menguruskan budak-budak lelaki tanpa kaum Adam. Walaupun ada Cikgu Rahim bersama. Tapi masih tidak mencukupi dengan jumlah murid yang lebih banyak.
"Tenang cikgu Medina, saya dah panggil seorang kawan saya tolong jadi fasilitator. Kejap lagi dia sampai." celah Rahim yang melihat Medina yang kian resah.
"Betul ke? Alhamdulillah." ucap Medina lega.
"Hah, itu dia." tunjuk Rahim yang jelas teruja melihat fasilitator jemputannya.
"Maaf saya lambat sikit, kena uruskan hal dekat pejabat tadi." Tuturnya dengan rasa bersalah.
Mendengar sahaja pemilik suara itu semua mata lantas terarah ke arah pemilik suara.
"Abang Hayyan?" terkebil-kebil mata Hazwan melihat abangnya menjadi fasilitator jemputan.
Medina meneguk liur melihat Hayyan yang tersenyum manis ke arahnya. 'Seriuslah! Aku berada di dunia nyata ke sekarang ni? Jika aku masih bermimpi silalah kejut aku dari mimpi ini.'
"Encik ni, kalau tidak silap saya abang kepada Hazwan betul tak?" Tebak Ella yang tidak mengerti apa yang berlaku pada sahabatnya.
"Ya, saya. Sila beri tunjuk ajar pada saya. Ini pertama kali saya menjadi fasilitator kepada pelajar." Ucap Hayyan penuh tutur sopan.
"Pasti." Ella tersenyum mesra.
Ella yang melihat Medina tidak berkedip memandang wajah Hayyan terus menyingung lengan Medina.
"Medina, aku tahu abang Hazwan tu handsome tapi kau janganlah pandang dia macam tu sekali. Lap sikit air liur kau yang mengalir tu." bisik Ella sambil tersengih suka. Tidak sangka abang Hazwan itu adalah type sahabatnya itu. Malah Hazwan juga pernah nak mengenenkan pada Medina. Serius ini akan jadi episod yang lebih menarik lepas ini.
"Mulut kau!" Medina sudah menjegilkan matanya.
"Memanglah ni mulut aku, kalau tak ni mulut siapa lagi," balas Ella selamba.
YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...