Bab 11

432 58 86
                                    

Tahun 2017

MELIHAT teman lelakinya menerusi cermin kaca luar kafe yang sudah sedia menunggu serta merta bibirnya mengoyakkan senyuman. Matanya terus memandang ke arah pantulan cermin kereta yang parkir di bahu jalan. Rambut yang sudah disisir rapi dibetulkan. Dia mahu kelihatan cantik dan kemas di hadapan orang tersayang.

'Okey dah cantik!' Tanpa lengah kakinya terus melangkah masuk ke dalam kafe.

"Selamat datang," ucap pelayan kafe itu dengan mesra.

Dia sekadar mengangguk dan tersenyum. Melihat teman lelaki yang duduk tidak jauh dia berdiri laju kakinya melangkah.

"Sorry, lama ke awak tunggu saya?"

"Eh, tak adalah. Duduklah, oder makanan."

"Okey."

Wajah teman lelakinya itu dipandang sambil senyuman diukirkan. Pandangan mereka saling bertaut. Seolah dunia berputar hanya untuknya. Begitulah cinta di masa muda.

"Terima kasih tau awak sudi datang jauh-jauh sampai ke sini jumpa saya." Ucap Medina penuh rasa tersentuh dengan teman lelakinya itu.

Disebabkan tempat belajar mereka tidak sama seperti pasangan kekasih yang lain, akhirnya mereka memutuskan menjalinkan hubungan cinta jarak jauh. Walaubagaimanapun, rasa sayangnya tidak pernah goyah pada lelaki di hadapannya itu. Malah, rasa itu membuatkan sayang padanya semakin kuat.

Wajah lelaki yang berbulan-bulan tidak ditemui ditatap lama. Rindu sungguh pada teman lelakinya itu. Rindunya yang menggunung tidak mampu diungkapkan dengan kata. Pertemuannya setelah sekian lama tidak bersua muka membuatkan hatinya bahagia dan berbunga.

"Ariana Medina," tutur lelaki di hadapannya itu. Wajah Medina direnung lama. Wajahnya terserlah ingin mengatakan sesuatu.

"Ya awak," Medina tersenyum senang. Renungan teman lelaki itu dibalas tanpa rasa sangsi di hati.

Lelaki itu menarik nafasnya sambil memejamkan matanya dan akhirnya menghelakan nafasnya. Wajahnya kembali diangkat dan mukanya tepat memandang wajah Medina.

"Kenapa ni?" Soal Medina prihatin. "Awak ada masalah ke? Kalau ada nak kongsi saya sedia mendengar."

Lama wajah Medina direnung sebelum bersuara. "Maafkan saya, saya tak boleh teruskan hubungan ni." tutur lelaki itu tanpa riak.

Medina jeda.

Dia cuba mencerna apa yang teman lelaki itu cuba sampaikan. Kerana semua itu berlaku secara tiba-tiba.

Senyumannya serta-merta mati.

Tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba hubungannya yang dijalinkan selama setahun tenggelam seperti kapal karam di dasar laut.

Liur di tekak diteguk. "Tapi kenapa? Saya rasa so far hubungan kita okey aje, kan? Kita tak pernah gaduh. Tetapi kenapa awak tiba-tiba minta putus ni?" soal Medina yang ingin kepastian. Mengapa hubungan di antara mereka perlu putus jika mereka di tahap tanpa masalah seperti pasangan lain.

Perasaan yang bercampur baur jumpa dikawal. Suasana tegang cuba dikawal tanpa melenting. Dia tidak mahu menjadi gadis yang cepat melenting dan kebudak-budakan. Dalam perasaan masih risau senyuman masih dipamerkan.

"Kita tak pernah gaduh, kita bahagia aje kan selama ni. Awak sayang saya dan saya sayang awak." Ucap Medina cuba mempertahankan hubungannya itu.

Wajah Medina dipandang. "Mungkin sebab kita terlalu tidak bermasalah seperti pasangan lain. Banyak buat haluan masing-masing mungkin sebab itu saya rasa hubungan ini seperti hubungan yang kosong tanpa makna. Saya rasa sayang awak pada saya hanyalah palsu."

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now