Bab 32

381 59 40
                                    

MELIHAT kereta milik Hayyan memakirkan betul-betul di hadapan hostel mereka segera mereka menghampiri. Sebelum cermin pintu kereta diketuk perlahan.

"Awak," Medina tersenyum mesra melihat Hayyan melangkah keluar dari perut kereta.

"Hai Encik Hayyan, terima kasih sudi belanja makan." tutur Nayla dan Asiah serentak. Lagak mereka berdua nampak sungguh sudah berpakat untuk berkata sedemikian sebaik berjumpa Hayyan.

Hayyan sekadar tersenyum kecil. "Sama-sama."

"Saya perkenalkan diri, saya Nayla kawan baik Medina."

"Dan saya pula Asiah juga kawan Medina. Harap Encik Hayyan boleh jaga kawan baik kami sebaiknya." mereka berdua menunduk hormat.

"Okey, cik Nayla dan cik Asiah."

"Sudahlah tu mengarut." tangan Asiah dan Nayla ditarik dan ditolak masuk ke dalam perut kereta.

"Maaf Encik Hayyan. Saya betul-betul minta maaf." tutur Medina dengan rasa bersalah. Sungguh dia takut lelaki itu rasa kurang senang melihat tingkah rakan-rakannya yang masuk air itu.

"Tak apa, kawan awak kawan saya juga."

"Terima kasih, kerana awak menganggap begitu."

"Medina, boleh tak awak jadi normal macam selalu."

"Normal?" dahi Medina mula berkerut.

"Iya, normal. Perangai awak yang gila-gila tu."

Medina tersengih. Entah mengapa dia menjadi segan tiba-tiba. Selalunya gilanya tidak hilang.  Kebelakangan ini perwatakan gila menjadi baik. Insaf? Mana mungkin! Haha...

Sebaik tiba di restoran steamboat laju sahaja kaki Nayla dan Asiah melangkah masuk dengan memeluk lengan Medina. Hayyan yang masih sibuk di kereta dibiarkan sendirian.

"Betul-betul kebulur ni,"

"Of course! Aku berlapar kerana nak makan puas-puas petang ni." tutur Nayla selamba.

Melihat kaletah dua gadis itu Hayyan hanya menggeleng dan ketawa halus.

"Kamu berdua pilihlah nak makan apa," tutur Hayyan yang duduk di meja yang sudah siap di tempah awal.

"Okey, bos. Kami gerak dulu cari makan."

Pelbagai makanan seafood dan daging dipilih sebelum mereka bertiga pulang ke meja di mana Hayyan telah duduk sejak tadi.

"Encik Hayyan jangan terkejut. Kami ni nampak aje kecik tetapi makan banyak tau." Medina tersengih. Malu bila memikirkan mereka tiga gadis yang makan seperti anak jantan.

"Tak apa, awak, Nayla dan Asiah makanlah banyak mana pun. Saya tak kisah."

Melihat tiga gadis kecil makan penuh berselera sudah membuat perutnya kenyang. Tanpa perlu memakan makan banyak.

"Encik Hayyan, makanlah." daging yang siap dimasak diletak ke dalam pinggan Hayyan.

"Medina, awak makan aje."

"Mana boleh, Encik Hayyan mesti takut nak makan tengok kami bertiga macam anak seruang yang kelaparan."

"Maaflah, Encik Hayyan kami ni kalau dapat makan free memang teruja semacam. Harap maklum student yang tak bergaji lagi." Nayla menyeringai.

"Tak apa, makanlah. Saya memang suruh makan."

Bergerak-gerak bola mata Mardiha melihat penghantar sate yang siap dimasak ke meja sebelahnya. Berkali-kali dia menelan liur menghidup aroma sate yang menusuk hidungnya.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now