MELIHAT Hayyan yang berjalan tidak jauh sambil memegang sekaki payung, laju kaki Medina mengejar langkah Hayyan yang berada di hadapannya.
"Encik Hayyan tunggu... tunggu..."
Hayyan menoleh sambil memasang wajah beku. "Medina?"
"Nak tumpang payung," tutur Medina selamba dengan memasuki ke bawah payung Hayyan.
"Lebat pulak hujan petang ni, selalunya renyai-renyai aje." tutur Medina sambil mengibas bajunya yang sedikit basah.
"Dah tahu sekarang musim hujan kenapa tak bawa payung?" payung digerakkan sedikit ke bahagian kirinya di mana Medina berdiri.
"Saya suka main hujan. Tapi lebat sangat nanti basah pulak sebelum masuk kerja."
"Ini pun dah basah," tutur Hayyan serius sambil menarik Medina rapat ke arahnya.
"Tak apa, nanti keringlah tu." ucap Medina tenang.
"Jom kita berangkat. Pin! Pon!" tutur Medina sambil mula melangkah laju.
"Ingat ni kereta api ke?" Hayyan mula bercekak pinggang. Ada sahaja akal yang aneh-aneh budak kecik sebelah dia ini.
"Hehe... saya tak cakap, Encik Hayyan yang kata." Medina hanya tersengih mendengar bebelan Hayyan mengalah bapa orang yang beranak dua.
"Medina hujan ni! Basah." tangan Medina ditarik Hayyan supaya tidak keluar dari payung yang dipegangnya apabila melihat sudah mahu berjalan laju darinya.
"Hujan... cantiknya," tutur Medina yang kelihatan menadah tangannya dan membiarkan air hujan yang turun menitis ke atas tangannya.
"Biarlah hujan tu, yang awak tu nanti basah kena hujan pulak." omel Hayyan yang melihat gelagat Medina yang tampak seperti kanak-kanak yang ingin bermain hujan.
"Hujan tu rahmat Encik Hayyan." Medina memandang Hayyan sambil tersenyum comel.
"Tahu. Sudah, jangan nak jadikan itu sebagai alasan awak nak main hujan. Awak tu Medina bukan budak kecik lagi dah besar." Medina ditarik masuk ke dalam bangunan.
"Selamat petang Encik Hayyan, Cik Medina." sapa Uncle Ram sebaik sahaja melihat Hayyan dan Medina.
"Petang Uncle Ram." Medina melambai-lambai dengan penuh teruja.
Hayyan sekadar mengangguk tanda hormat dan menarik senyuman segaris.
"Datang sama bos kah?" soal Uncle Ram.
"Terserempak dekat luar tadi. Itu yang tumpang berteduh payung Encik Hayyan. Okeylah, bye uncle Ram. Bos dah jalan dulu tu. Saya gerak dulu." terkocoh-kocoh Medina berlari mengejar langkah Hayyan yang sudah mula masuk ke dalam kotak lif.
"Encik Hayyan pergi mana hujan-hujan ni?" soal Medina pelik. Hujan-hujan lelaki itu keluar tanpa memandu kereta.
"Tak ada ke mana, saya pergi beli barang sikit dekat kedai depan tu. Malas nak pandu kereta sebab tu jalan kaki aje. Tiba-tiba hujan pula."
"Oh..." Medina mengangguk mengerti.
Sebaik pintu lif terbuka. Laju sahaja kaki Medina melangkah keluar dan menuju ke hadapan pintu apartment Hayyan.
"Cepat... cepat Encik Hayyan. Melon dah tunggu kedatangan saya." Medina sudah terkinja di hadapan apartment. Lagaknya seperti kanak-kanak kecil sahaja.
'Jika orang fikir gadis di hadapannya merupakan kanak-kanak istimewa agak-agak percaya tak?' Fikir Hayyan melihat gelagat Medina yang jelas tampak keanakannya.

YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...