SEMUA kerjanya sebagai pembantu rumah menjadi tidak kena. Buat itu salah buat ini salah. Semuanya menjadi serba salah apabila ada orang duduk jadi pemerhati.
'Aduh kenapalah mamat ni balik kerja awal dari biasa. Biasanya tak akan ada dekat rumah kalau tidak jejak jam 9.00 atau 10.00 malam.' keluh Medina bosan.
"Medina, belakang tv ni masih berhabuk. Lap semula sampai bersih." arah Hayyan sambil tangannya meniup jarinya yang berhabuk kerana menyentuh belakang televisyen ruang tamu itu.
"Baik... baik... Mister boss!" Medina tersenyum senget dan kembali ke arah ruang tamu.
'Aduh! Susahlah ada mamat ni, semua benda dia nak buat spot check. Bila aku nak siap buat kerja ni?' Kesekian kalinya Medina melepaskan keluhan.
"Lagi satu saya perasan, belakang katil saya ni masih berhabuk. Awak bersihkan ke tidak? Macam tak aje."
'Belakang katil? Seriously! Dahlah berat katil tu nak ditolak. Belakang katil pun berkira.' Berdongkol-dongkol Medina mengomel sambil menahan geram.
Hayyan mula menarik laci dan menyentuh dalam laci dengan jari. Habuk yang melekat di jarinya ditiup.
"Dalam-dalam laci ni bila nak bersihkan? Nak tunggu doraemon keluar dari laci ke?"
"Ha'ah nak tunggu doraemon keluar dulu. Nanti bolehlah saya minta doraemon tolong bersihkan rumah Encik Hayyan." jawab Medina sambil memerli.
"Bijak-bijak... anak siapalah ni?" Hayyan mengetap gigi sambil tersenyum sumbing melihat pembantu rumah separuh masanya itu betah berlawan kata dengannya. Dia fikir gadis di hadapannya itu hanya tahu menurut sahaja. Tetapi tidak sama sekali.
"Anak Encik Ismail." tutur Medina dengan nada bangga.
Kening sebelah kanannya mula diangkat Hayyan tanda geram dengan Medina yang tidak makan saman itu.
"Blehh... blehh..." Medina manarik bawah matanya sambil menjelirkan lidahnya dan terus berlalu. Hayyan yang melihat hanya menggeleng pening.
Tangannya yang sibuk mengelap celah-celah laci yang diarahkan Hayyan terhenti terhenti sebaik mendengar loceng rumah berbunyi.
'Erk siapa yang datang ni? Jangan-jangan... Oh no! Aku terlalu muda!' Wajah Medina mula cuak.
"Medina pergi buka pintu," arah Hayyan yang sibuk menyelak-nyelak kertas kerja yang dia sendiri tidak mengerti apakah itu. Kadangkala dia tertanya Encik Hayyan ni kerja apa? Tapi jika ditanya takut menyibuk pulak, kan?
"Saya yang kena buka ke Encik Hayyan?" soal Medina seakan bodoh.
"Habis tu siapa? Momok buka kan ke? Kalau awak ada kawan dengan momok pergi suruh dia buka kan, so awak tak payah buka pintu tu." lantang suara Hayyan bersuara.
'Kalau aku kena tangkap basah ke apa, siap Encik Hayyan. Dia tu apasal entah sibuk duduk di rumah. Selalunya duduk tidur dekat pejabat aje.' Omel Medina geram.
Perlahan-lahan tombul pintu rumah dibuka. "Pizza delivery." tutur lelaki muda dari panda food itu.
Medina menoleh ke arah Hayyan. "Encik Hayyan ada oder pizza ke?"
"Ha'ah, ada."
"Okey ada, dah bayar ke?" soal Medina sopan.
"Dah puan." balas lelaki muda yang memakai uniform panda food itu.
'Puan! Kegilaan apakah ini.' Medina menarik senyum paksa. Namun huluran pizza dari lelaki muda itu masih disambut.
'Muka awet muda macam ni pun digelar puan. Cis! Budak ini. Aku seligi jugak dia ni kang.' Gigi diketap kuat dan terus menutup pintu apartment.
![](https://img.wattpad.com/cover/211928440-288-k579491.jpg)
YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...