Bab 9

423 59 44
                                    

MELIHAT abangnya yang laju berjogging meninggalkannya di belakang membuatkan egonya tercabar. Masakan lelaki yang berumur 30-an lebih laju berlari berbanding dirinya yang baru belasan tahun. Tanpa laju kakinya mengejar langkah abangnya itu.

Hazwan mula berdecit apabila abangnya seakan tidak terkalahkan. Serta-merta dia mengukir senyuman jahat.

"Abang Mika tu cikgu kelas Wan..."

Mendengar kata-kata Hazwan terus lariannya mati dan menoleh ke arah sekeliling. Adakah benar ada cikgu adiknya di situ? Entah mengapa sejak adiknya membuat onar dengan berniat mahu menjodohkannya dengan cikgu kelasnya itu. Dia menjadi tidak tenang. Bila difikirkan semula pasti dia akan malu apabila berhadapan dengan cikgu itu nanti. Namun, dia masih bersyukur mereka belum pernah bertemu.

'Inilah masanya!' Laju kaki Hazwan memintas abangnya apabila abangnya menghentikan lariannya.

"Abang Mika, Wan tipu ajelah." Bahu abang Hazwan ditepuk Darus.

Terkebil-kebil matanya melihat Hazwan sedang memintasnya laju dengan senyuman jahat. "Cis! Budak bertuah ni." Terketa-ketap bibirnya menahan geram apabila Hazwan berjaya menipunya.

"Abang Mika, Wan tipu ajelah." Bahu abang Hazwan ditepuk Darus.

Tanpa berlengah lagi laju kakinya berlari mengejar langkah Hazwan yang sudah berlari jauh. Mazwar dan Darus yang melihat hanya tergelak. Suka benar mereka melihat dua beradik itu. Kelakar.

"Bertambah nakal eh, Wan sekarang ni?" terus kepala adiknya diketuk lembut.

"Bluekk! Ada kisah." Hazwan menjelirkan lidah.

"Tapi kan abang mika... mana tahu betul-betul terserempak." Sekali lagi wajah abangnya dipandang.

"Tak ada maknanya." Laju kakinya berlari memotong larian Hazwan. Tidak lagi peduli dengan sakatan adiknya itu.

"Abang Mika, kalau kita betul-betul terserempak dengan cikgu Wan hari ini, maknanya Cikgu Wan tu memang jodoh abang Mika," ucap Hazwan selamba.

Terus abang Hazwan memandang Hazwan dengan wajah terkejut. "Eh, mengarut!"

"Eleh, mengarut konon. Nanti dah jumpa suka tak ingat dunia." Hazwan menjulingkan matanya ke atas sambil tersenyum mengusik. Suka melihat reaksi abangnya yang membuat muka tidak peduli.

"Dahlah, abang balik dulu. Kau orang pun sama. Sekejap lagi nak pergi sekolah tambahan kan? Dah boleh balik dan bersiap."

"Baik... bos."

Mazwar yang tadi berlari terus menghentikan langkahnya apabila figura seseorang yang dikenali. Liur diteguk. Berkelip-kelip matanya melihat. Sukar untuk dia percaya apa yang dia lihat di hadapannya sekarang ini.

'Jodoh ke?'

"Kau orang... kau orang..."

"Apa dia?" soal Darus malas yang jelas sudah kelelahan.

"Tu... tu... bukan Cikgu Medina ke?" bahu dua rakannya ditepuk kuat.

"Kau tak payahlah nak game aku pagi-pagi ni," ucap Hazwan yang tidak percaya.

"Pernah ke aku menipu kau?"

Darus dan Hazwan mengangguk. "Tak pernah tak menipu," jawabnya dengan nada bersahaja.

"Okey... okey... ini aku tak menipu. Cuba kau tengok tu." Jari telunjuk sudah menuding ke arah wanita yang berlari tidak jauh dari mereka dengan seorang wanita lain.

"Serius arr... mulut kau masin ke?" soal Darus terkejut. Tidak berkedip mata mereka melihat apa yang di hadapan matanya itu.

Hazwan menggeleng. "Aku tak tahu, tapi jika betul..." Hazwan sudah mengoyakkan senyumannya sambil anak matanya melihat Medina yang sudah menjauh.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now