"AWAK memang suka cerita thriller macam tu eh? Tak sangka saya." Tutur Amzar sambil menarik senyum.
"Ha'ah saya memang suka cerita genre macam ni. Cerita horror, cerita thriller. Memang suka gila! Lagi-lagi bila nampak adegan potong-potong." cerita Medina dengan teruja.
"Wow! Tak sangka wanita sopan dan lemah lembut macam awak ni suka cerita genre macam tu. Luar biasa!" Amzar terhibur melihat Medina yang jelas teruja menceritakan apa yang dia gemar.
'Sopan? Lemah lembut? Amzar ni salah dengar ke? Aku ni lemah lembut dan sopan? Macam tak aje. Tapi, ibu ke yang kata aku sopan? Tak mungkin! Spekulasi dia sendiri lah tu.' Medina menggeleng sambil menarik sengih. False alarm!
'Dia tak nampak lagi kegilaan aku. Takut dia nampak terus lari pecut.' Medina tersenyum kecil.
"Tak adalah, saya tak sopan seperti yang awak sangkakan pun, Amzar." Balas Medina penuh sopan santun.
"Tak mengapa, bagaimanapun saya terima awak seadanya."
Gulp!
'Terima aku seadanya? Lain macam aje bunyinya.' Adakah aku patut suka dengan kata-kata Manisnya itu. Desis Medina dalam hati.
"Jom pergi makan, saya dah lapar." Medina mula menukar topik perbualan. Takut topik lelaki disebelahnya itu mula ke arah lebih serius. Risau pula dibuatnya.
"Kita nak makan dekat mana? Ada cadangan?" Soal Amzar.
"Saya tak kisah, mana-mana pun boleh. Janji kenyang."
"Kalau macam itu kita makan dekat restoran thai tu, okey?" tunjuk Amzar ke arah sebuah restoran Thailand sebelum menoleh ke arah Medina.
"Boleh aje, saya tak cerewet asal kenyang."
Buku menu di tangan dibelek melihat jenis makanan yang harus dipilih. Jarinya mula mengetuk meja tatkala dia mula berfikir.
"Awak nak makan pun muka berkerut semacam, susah sangat ke pilih makanan?" Tegur Amzar sambil tergelak kecil. Comel sungguh wanita di hadapannya itu. Tingkahnya sungguh membuatkan orang tidak mahu kalih dari memandangnya.
Medina mengangguk. "Semua nampak sedap, sampai tak tahu nak makan apa." Kepala digelengkan runsing.
"Comel." Tutur Amzar perlahan tanpa sedar.
"Hah?!" Soal Medina yang tidak mendengar bicara Amzar yang perlahan.
Kepala digelengkan Amzar. "Tak ada apalah."
"Excuse me,"
Mendengar teguran seseorang Medina dan Amzar menoleh serentak. "Kami tak cukup meja, boleh tak Cik dan Encik kongsi meja dengan pelanggan kami yang lain?" Pinta pelayan restoran itu dengan sopan.
Amzar menoleh ke arah Medina meminta pendapat. Medina sekadar tersenyum seraya mengangguk. "Boleh aje, tak kisah." Balas Medina.
"Saya panggil mereka berdua duduk sini yer," Tutur pelayan restoran itu sekali lagi.
Amzar terus mengangguk perlahan. Anak mata Medina yang melihat dua figura yang dikenali serta-merta mengangkat buku menu menutup wajahnya.
"Aduh, kenapa diorang boleh nak makan sini jugak. Banyak restoran dekat mall ni, dekat sini jugak dua beradik ini pilih nak makan lunch." Tutur Medina perlahan.
"Medina, awak okey?" Soal Amzar pelik yang melihat tingkah Medina yang nampak kalut semacam.
Medina cuba menarik senyum sambil mengangguk perlahan. "Okey aje."

YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...