Bab 18

398 63 21
                                    

"APA! Lelaki semalam tu majikan kau dekat apartment tu?" suara Asiah dan Nayla sudah menjerit seoktaf.

"Woi... woi... perlahanlah sikit volume suara kau orang tu. Nak suruh satu warung ni dengar kau orang ke macam mana?" Medina sudah mencubit kedua-dua rakannya itu. Suara mengalahkan orang yang memakai mikrofon.

"Sorry lah beb, terkejut. Sebab tu ter-over." Nayla tersengih dengan rasa bersalah apabila menjerit kuat.

"Terkejut, terkejut jugak. Tapi tak payah nak heboh satu Malaysia." omel Medina geram.

"So, itulah bos kau yang kacak yang buat mata kau bersinar tempoh hari?" soal Asiah ingin tahu.

Terbit rasa menyesal di hatinya apabila pernah menceritakan pada rakan-rakannya detik pertama kali dia menemui Hayyan dia merasakan silau di matanya apabila wajah kacak itu merenungnya buat kali pertama.

Medina menjulingkan matanya ke atas.

"Kau usyar dia tak? Handsome kut, kau kata hari tu dia single lagi, just workaholic aje." Nayla sudah mengangkat keningnya sambil tersenyum meleret.

"Kalau aku boleh usyar dia, bertuah badan. Dia awal-awal dah cakap jangan berangan. So, jika rasa diri itu biasa-biasa silalah sedar diri dan membawa diri." jawab Medina selamba.

Mendengar kata-kata Medina serta merta letus tawa Nayla dan Asiah pecah.

"So, sebelum aku cakap ni kau dah memang dah try lah ni?" Nayla mengangkat kening sambil bahunya dilagakan ke bahu Medina.

"Mana adalah." sangkal Medina dengan wajahnya mula bertukar rona.

"Kejap aku tengok,"

"Kau nak tengok apa?" berkerut dahi Medina.

"Tengok kau." dagu Medina dipegang. Kiri dan kanan wajah Medina direnung Nayla.

"Confirm! Tak banyak, sikit pun kau ni dah pernah try usyar bos kacak kau tu."

"Kurang asam kau." Medina menolak tubuh Nayla.

"Muka macam kau ni gila ke tak kalau tak pernah buat kerja gila. Sekalipun kau tak suka dengan seseorang tu pun boleh cuba nasib, lagilah kalau crush. Bohong kalau tak cuba." tokok Asiah sambil tergelak. Lagi pula bukan dia tidak kenal dengan rakannya itu. Nampak sahaja biasa-biasa. Tetapi boleh tahan nakal. Nauzubillah.

"Macam ni kawan, mengutuk kawan nombor satu." Medina berpura-pura berjauh hati.

"Sebab kawanlah kita orang cakap macam ni. Kalau orang lain kita orang cakap baik-baik. Pijak semut pun confirm tak mati." tutur Nayla selamba.

"Cis!" Medina mengetap giginya. Walaupun dengan gurauan sebegitu. Namun tiada sedikit pun membuatnya berkecil hati.

"Jadi, konklusinya?" soal Asiah lagi.

"Konklusi apa?" soal Medina tidak mengerti.

"Pikat hati majikan kau itulah."

"Bongok!" Medina menolak kepala Asiah lembut.

"Tak ada konklusi atau solusi pun. Mana mahu dia dengan pelajar hingusan macam aku ni."

"Mana tahu, projek tahun akhir ini menambah jayanya kau dengan memikat seorang peguam." tutur Nayla selamba.

"Amboi kawan-kawanku yang ter-chenta memang tak sayang mulut. Aku sumbat cili ni baru tahu." Medina sudah bercekak pinggang geram.

"Okay, calm down my sweetheart. Tak apalah kalau dia tak nak dengan kau. Lagipun, aku jamin masih ramai yang masih nak dengan kau yang garang ni," tutur Nayla selamba.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now