Bab 7

454 56 62
                                    

MAZWAR memeluk tubuh memandang sahabatnya itu seperti cacing kepanasan. Dari tadi ke hulu ke hilir tanpa hala tuju. Setiap beberapa saat nafasnya dihela. Lagaknya itu seperti orang yang ada masalah besar sahaja.

"Kenapa dengan kawan kau tu?" soal Darus yang turut melihat sahabatnya yang tidak reti duduk diam.

"Entahlah... aku pun tak tahu." Mazwar menjongket bahunya.

"Wan, kau ni dah kenapa sejak dari tadi abang tengok ke hulu ke hilir. Sakit mata abang tengok kau ni lah," soal abangnya yang mula rasa kurang senang melihat adiknya yang ke tepi tengah ketika dia membuat sarapan.

"Aduh! Abang Mika tak faham." Keluh Hazwan.

"Abang pulak yang tak faham. Apa yang abang Mika tak faham? Cuba Wan cakap." Dahinya mula berkerut tidak mengerti.

"Susahlah nak cakap." Kepala yang tidak gatal digaru. Nampak sungguh dia sedang serabut.

"Kalau susah nak cakap baik Wan pergi duduk diam-diam dekat meja makan sana. Ke tepi ke tengah abang tengok pun naik pening. Sampai abang nak buat kerja pun susah tengok Wan ke tepi ke tengah."

"Kau sebenarnya dah kenapa?" akhirnya Darus bertindak untuk bertanya. Sejak dari tadi lagi rakannya itu nampak tidak senang. Apa yang di kusut rakannya itu dia sendiri tidak pasti.

"Hari ni cikgu Medina nak pergi blind date," bisik Hazwan pada Darus dan Mazwar. Namun, serba sedikit didengari abangnya.

"Sebab tu kau ke tepi ke tengah daripada tadi?" soal Darus dan Mazwar mula mengerutkan dahi tidak mengerti.

Hazwan mengangguk perlahan. Abangnya yang sedang menghidang nasi goreng ke atas meja makan mula mengerutkan dahi dan memandang tepat wajah adiknya itu. 'Bagai ada yang tidak beres adaiknya itu.'

"Wan, kau jangan cakap kau suka dengan cikgu kau pula? Abang ketuk dengan senduk ni baru tahu." Pinggang nasi goreng diletakkan di atas meja.

"Eh, mana ada!" Cepat-cepat Hazwan menyangkal.

"Tak akanlah Wan nak dengan cikgu Wan pula. Abang Mika ni ada-adalah."

"Kalau macam tu baguslah. Kalau sebaliknya memang siap abang goreng kau nanti!" Abang Hazwan berkata tegas. Namun, nafas lega dihela sebaik mendengar pengakuan adiknya yang tampak jujur itu. Kerusi meja makan ditarik sebelum punggung dilabuhkan.

"Eh... tapi kenapa Wan pula yang susah hati?" matanya kembali memandang Hazwan dan menantikan jawapan.

Hazwan jeda hanya wajah abangnya itu diperhati.

"Darus? Mazwar?" matanya mula beralih memandang ke arah dua rakan adiknya itu sambil tangannya menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya apabila adiknya tidak menjawab. Dia tahu semua benda pasti akan diceritakan adiknya pada mereka berdua.

Mazwar dan Darus saling berpandangan tanpa suara.

"Abang nak tak kenal dengan Cikgu Wan?" soal Hazwan tiba-tiba.

"Hukks..." Laju tangannya mencapai cawan air kopi yang sudah siap dituang dan diteguk rakus.

"Wan... kau ni dah kenapa? Buang tabiat?" dadanya diurut berkali-kali. Melegakan rasa tersedaknya.

'Ada saje idea aneh-aneh adiknya itu.' Kepala digelengkan pening.

Nasi goreng kembali disuap ke dalam mulut. Malas mahu mengambil pusing apa yang adiknya soalkan.

"Abang Mika... Wan serius ni, abang nak tak?" soal Hazwan lagi.

"Tak habis lagi dengan soalan mengarut kau ni." Helaan berat dilepaskan. "Wan sibuk tanya abang Mika nak ke tak ni, Wan dah tanya ke cikgu Wan ke?"

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now