Bab 16

407 57 39
                                    

"MEDINA," mendengar namanya diseru tiba-tiba serta-merta bahu Medina terhinggut sedikit tanda terkejut. Seraya kepalanya menoleh ke arah suara.

"Encik Hayyan!" terbeliak matanya memandang wajah pemilik apartment itu di siang hari pada hujung minggu. Selalunya di hujung minggu Encik Hayyan tetap akan ke pejabat. Tak pasti apa yang disibukkannya yang mengalahkan menteri kewangan negara sahaja. Musykil sungguh dengan kerjanya yang seolah tidak pernah habis.

"Sejak bila Encik Hayyan ada dekat dalam rumah?" soal Medina yang langsung tidak perasan kewujudan lelaki itu di dalam rumah sejak awal dia mula bekerja.

"Sejak malam semalam." balas Hayyan selamba sambil tangannya menuang air putih ke dalam gelas.

"Ha... ha... ha..." Medina tersenyum herot. Bijak orang tua ni bab-bab memerli. Tak pernah tak bijak.

'Malam semalam. Memang dia ada dekat dalam rumah ni sejak aku masuk lah citer dia.'

"Sempatlah dengar awak nyanyi so baby sing this little song I wrote for you, Da la la da da la la dari awal sampai habis." perli Hayyan seraya meneguk segelas air yang dituang ke dalam gelas tadi dengan rakus.

"Dengar sampai habis?"

'Dia ni kalau tak buat malu aku memang tak sah. Kalau dengar tu buat-buatlah tak dengar ke apa. Ini tak, siap nak bagi tahu bagai." gumam Medina perlahan.

"Dah dengar kan, buat apa nak sembunyi lagi. Cakap depan-depan lagi baik dari belakang-belakang. Betul tak?" senyuman nakal diukirkan.

'Cis! Menganjing aku nampaknya orang tua ini.'

"Ye, benar Encik Hayyan. Cakaplah lagi depan-depan. Suka sangat!" Medina mengetap gigi sambil mengoyak senyuman paksa.

"Medina, saya laparlah. Masak." perut yang berkeroncong dipegang.

"Hah? Masak?!" melanton suara Medina mendengar perkataan masak.

'Aku salah dengar ke macam mana? Tapi macam tak rasa yang aku ni salah dengar.'

"Ye masak. Pelik sangat ke dengar perkataan masak tu?" wajah Medina yang agak terkejut dengan perkataan masak dipandang.

"Perkataan masak tu memang tak pelik yang pelik tu hanya tugas memasak. Setahu saya, tugas memasak tiada dalam skop kerja saya." Medina cuba mengelak dari tugas memasak yang di minta Hayyan.

"Ye, tahu. Tapi saya nak awak masak. Jangan risau saya akan bayar lebih untuk tugas memasak. Dah saya tak nak dengar banyak alasan pergi masak sekarang."

"Tapikan, nak masak apa? Ada barang ke nak masak?" soal Medina serba salah. Lagi pula rumah ini sentiasa kosong. Dan tiada barang dapur. Kalau ada pun setakat sedikit bahan-bahan kering.

"Saya nak benda simple aje. Nasi ayam dan jus laici. Semua benda dah ada. Ayam ada dalam freezer, beras dalam tong beras, cili merah dalam bekas. Kiub ayam ada dalam kabinet."

'Amboi! Dah macam oder restoran nampak gayanya. Kenapa tak oder dekat luar aje kan senang. Nak jugak oder dekat aku.' bibir diketap ketap. Geram!

"Adeh kena masaklah ni,"

"Macam tulah."

Semua bahan-bahan diperlukan dikeluarkan. Mata Medina memandang apa benda pertama yang harus dibuat terlebih dahulu.

'Yang mana satu aku kena start dulu ni?'

"Medina pakai apron ni," tanpa sempat Medina menoleh tali apron telah sangkut di kepalanya. Dalam kedudukan yang rapat tali belakang diikat Hayyan.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now