SEKEPING gambar polaroid di dalam dompet dikeluarkan. Tidak pernah sekali dia melupakan wajah gadis di dalam gambar itu. Kerana wajah itu sentiasa menjadi peneman tidurnya. Gambar itu digenggam kemas sebelum gambar itu direnung lama. Matanya mula berkaca. Kenangan yang terlayar di minda membuat hatinya semakin merindui wanita itu.
"Sekeping gambar yang mampu dipegang lebih bermakna dari gambar dari dalam phone ni. Sentimental dengan kepingan gambar ini sangat mahal."
"One day, Encik Hayyan pasti faham apa maksud saya."
Kata-kata Medina empat tahun lalu mula bermain kembali.
Baru kini dia sedar dan faham apa yang dimaksudkan Medina dengan mahalnya sentimental sekeping gambar ini. Kerana sekeping gambar ini bukti kisah mereka yang pernah mereka lalui. Walaupun kisah mereka tidak mampu pergi jauh.
"Perkataan kita dan cinta sudah lama berakhir, Hayyan. Anggap sahajalah kita tidak berjodoh. Kerana mencintai tidak semestinya untuk dimiliki. Kadangkala iya hanya persinggahan untuk kita kenal apa erti cinta."
"Saya rasa tiada lagi untuk kisah kita untuk dibicarakan. Saya harap awak boleh lupakan kisah kita seperti mana saya lupakan."
Kata-kata Medina yang jelas mahu dia berhenti berharap untuk membuka kisah mereka kembali membuatkan hati seperti dirobek. Tetapi dia sedar kisah mereka telah lama berakhir di saat dia meninggalkan Medina tanpa kata.
"Medina sekalipun awak telah berhenti mencintai saya, hati saya dan cinta saya tidak akan pernah berhenti mencintai awak. I love you because it's you, because to me it's you and only you." bisik Hayyan perlahan.
"Abang Mika,"
"Abang Mika..." sekali lagi Hazwan memanggil Hayyan.
Air mata ditubir mata cepat-cepat diseka. Helaan dilepaskan apabila melihat abangnya mengelamun jauh setelah pulang dari aktiviti perkhemahannya.
"Abang Hayyan!" Hazwan sudah menguatkan suaranya.
"Hah?" terkebil-kebil Hayyan melihat Hazwan yang sedang memanggilnya dengan suara yang meninggi. Gambar di tangan segera diterbalikkan bagi mengelak adiknya melihatnya.
"Kenapa Wan?" soal Hayyan cuba mengawal perasaannya.
"Abang Mika tengok apa?" sekeping gambar di tangan Hayyan cuba diintai walaupun dia tahu gambar apakah itu. Dia sudah pernah melihat gambar itu yang sering diselitkan di dompet abangnya itu. Walaupun pada mulanya dia tidak tahu apa hubungan mereka tetapi lama kelamaan dia tahu apakah hubungan di antara mereka setelah lama melihat sikap abangnya setiap kali melihat gambar itu.
"Tak ada apalah. Sibuk aje kamu ni, Wan." Tubuh Hazwan ditolak pusing ke depan.
"Kamu panggil abang Mika mesti sebab laparkan?" tebak Hayyan yang sudah mengerti dengan sikap adiknya itu tatkala lapar gemar mencarinya. Bagai anak burung.
"Maaf," ucap Hazwan perlahan. Kepala ditunduk tanda rasa bersalah.
"Hah?" Hayyan memandang Hazwan pelik.
"Kamu bersalah sebab kena masak untuk kamu ke? Ada-ada sahaja kamu ni Wan. Sudahlah jangan nak mengedik lebih. Bukan abang tak tahu kamu tu kuat berdrama." tubuh Hazwan ditolak supaya menuruni tangga dengan lebih cepat.
Hazwan tidak berkata hanya pandangan sayu yang dipamerkan.
Dia tahu semua yang terjadi disebabkannya. Perpisahan abangnya dengan kekasihnya juga disebabkannya. Walaupun abang Mika tidak pernah sekali menyalahkannya walaupun sedikit. Tetapi melihat abangnya yang terluka disebabkan silapnya membuatkan hatinya seperti dilapah-lapah. Pedih! Terlalu pedih.

YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...