Bab 41

414 58 30
                                    

SEBAIK grab yang dinaiki memberhentikan di hadapan sebuah villa. Medina segera membayar tambang. Kakinya mula melangkah keluar dari kenderaan itu. Kepala mendongak ke atas memandang villa mewah itu.

'Mak aih! Besarnya!' Tidak berkedip mata Medina melihatnya villa mewah itu.

"Tapi kan, rumah orang kaya zaman sekarang ni memang tak ada pagar ke? Pelik benar." Omel Medina sendirian.

Matanya mula meliar melihat sama ada, ada butang loceng untuk ditekan. Sebaik matanya melihat loceng di tepi tembok laju tangannya menekan suis loceng.

"Ding dong!"

Tidak perlu menunggu masa yang lama Hazwan sudah berlari ke muka pintu mendapatkan Medina dengan wajah ceria. "Cikgu! Masuklah... jangan segan-segan. Buat saja macam rumah sendiri."

'Buat macam rumah sendiri? Biar benar budak ni. Nanti abang dia nampak apa pula katanya.' Medina tersenyum kekok.

Mata Medina mula meliar melihat sekeliling melihat segenap ruang tamu rumah mewah itu. Rumah besar itu tampak sepi walaupun dekorasi mewah dihiaskan di segenap ruang bilik. Gambar keluarga di dalam rumah menarik perhatian Medina. Perlahan kakinya melangkah mendekati dan merenung lama gambar keluarga itu. Penuh persoalan berlegar di mindanya. Namun persoalan dibiarkan tidak ditanya. Mungkin itu lebih baik dari menyibuk.

"Cikgu, kita ke ruang beranda sana, dekat sana besar. Senang cikgu nak mengajar." Hazwan sudah mula melangkah sambil menarik lengan baju Medina supaya mengikuti langkahnya.

"Hazwan siap beli white board untuk cikgu supaya cikgu senang nak mengajar." White board sederhana besar ditunjukkan ke arah Medina.

Medina serta-merta menarik senyum mendengar kata-kata Hazwan. "Wow! Bersungguh betul ni. Kalau tak belajar juga tak tahulah cikgu."

"Mestilah cikgu kena bersungguh." Ucap Darus yang sudah duduk di kerusi sambil tangan bermain game di dalam telefon pintar itu.

"Duduk cikgu, jangan malu-malu. Kita orang memang dah biasa buat macam rumah sendiri." Celah Mazwar pula sambil tayang sengih.

Medina tersenyum kecil melihat gelagat anak-anak muridnya. Namun, mata meliar sekeliling. Terbit kerisauan di hatinya apabila memikirkan apabila kemungkinan akan terserempak dengan abang kepada anak muridnya itu. Dia tidak sedia lagi menemui lelaki itu.

"Jangan risau, abang Mika tak ada. Pagi-pagi lagi dia dah keluar." Ujar Hazwan yang seolah mengerti apa yang difikirkan Medina saat itu.

"Mana ada cikgu fikir pasal abang Hazwan." Jawab Medina gugup. Sungguh dia berharap Hazwan tidak menyedari pembohongan dan riak aneh dari wajahnya.

Hazwan sekadar tersenyum bersahaja.

"Cikgu nak minum apa?" Soal Mak Mah yang tiba-tiba muncul dari dapur sambil tersenyum mesra.

"Hah?" Terkebil-kebil mata Medina melihat seseorang menegurnya.

"Ini Mak Mah, pembantu rumah yang Hazwan cakap hari tu." Melihat wajah Medina yang terkejut.

"Oh..." Medina mengganguk mengerti.

"Cikgu nak minum apa? Panas sejuk?" Soal Mak Mah lagi sekali.

"Tak apa Mak Mah, kalau saya nak minum nanti saya pergi dapur sendiri." Medina menolak sopan.

"Baiklah, jika cikgu kata macam tu."

"Okay guys, let's start the class." Medina mula menepuk kedua belah tangannya tanda dia mahu memulakan kelas tanpa lengah.

Medina sudah mula topik pengajaran dari satu persatu. Cuba menjelas apa yang anak-anak muridnya tidak mengerti dari setiap bab. Marker hitam ditulis di atas papan putih dan memberi latihan soalan setelah puas mengajar.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now