Bab 56

423 57 28
                                    

Imbasan.

Empat tahun lalu...

"HAZWAN, your home run its a damn good!" Tutur Jason dengan penuh teruja. "If it weren’t for you, surely our team would have lost from that school."

"Thank you, Jason. In fact, I never thought I would succeed."  Balas Hazwan rendah diri. Lagi pula dia tidaklah sehebat mana hanya dia rajin berlatih setiap kali dia minat pada sesuatu.

"Let's toast, Hazwan." Beer di tangan disuakan Jason.

"Hazwan, here drink this." Tegur Charles dan menghulurkan setin beer.

"It's okay, cola is enough for me." Hazwan menolak baik. Tidak mahu mengecilkan hati sahabatnya malah dia juga tidak mahu meminum minuman keras lagi-lagi daddy sudah melarang keras padanya.

"How come you going to party just drink cola, Hazwan?" Jason kurang senang dengan jawapan Hazwan yang menolak pelawaannya.

"Ya, that's true." Sokong Charles.

"No, it's okay. I'm still underage, remember?" Hazwan masih cuba menolak permintaan rakan-rakannya itu.

"Just one sip who will know?" Charles seboleh menyuakan setin beer yang telah dibuka kepada Hazwan.

Dalam teragak-agak tangan Hazwan mengambil setin beer yang disuakan Jason. Lama air beer yang di tangan direnung.

"For our frienship and our team," Jason mengangkat kening sambil tersenyum bangga.

"One shot!"

"One shot!"

"One shot!" Teriak pengunjung parti. Jelas semua yang memerhati sedang menyokong tindakan rakan-rakannya.

Lama beer di tangan dipandang tanpa dihirup. Liur di tekak diteguk berkali-kali sama ada dia harus ikutkan hati. Atau menolak sekeras-kerasnya.

Mendengar sorakan dan lagu yang kuat di dalam rumah yang dijadikan parti itu membuakan Hazwan tidak mampu berfikir panjang.

"One shot!"

Belum sempat beer di tangan diteguk laju tangan Hazwan yang ditepis kasar dengan seseorang sehingga beer yang dipegang terhempas ke lantai.

"How dare you?!" Suara yang menengking kuat mengejutkan Hazwan membuatkan bahunya terhinggut.

"Daddy what are you doing here? How do you know I will be here?" Soal Hazwan yang terkejut besar apabila daddynya di parti itu sedang bercekak pinggang dengan muka memerah menahan marah.

"Why I can't be here? You want enjoy party right? Daddy sudah berapa kali Hazwan tak boleh join parti macam ni."

"Ikut daddy balik sekarang!" Pergelangan tangan Hazwan ditarik kasar.

"Daddy, stop it! I'm not child anymore. Why I can't going to party like others," lengan digenggam papa rentap kasar supaya dilepaskan.

"Jangan harap!" Walaupun Hazwan berjaya melepaskan genggaman daddynya. Cepat-cepat daddy meraih semula dan menggengam erat pergelangan tangan Hazwan.

"Masuk kereta!" Tubuh Hazwan ditolak kasar daddy sebelum mula melangkah masuk ke bahagian pemandu.

"I don't care." Pemegang pintu dipegang untuk dibuka.

"Wan... " Niat Hazwan yang ingin melarikan diri terhenti apabila mendengar suara mommy.

"Mommy..." tutur Hazwan gugup. Tidak sangka mommynya itu turut berada di dalam kereta.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now