SUDAH dua jam dia belajar. Perutnya mula membuat konsert rock kapak. Tangannya yang memegang pen mula tidak bermaya. Lantas pen di tangan dilepaskan. Kepalanya diletakkan di atas meja sambil matanya memandang wajah Medina
"Cikgu laparlah," Hazwan mula bersuara dengan suara meminta simpati.
"Lapar? Kamu belum makan lagi ke?" Medina mengerling jam tangan sudah menginjak angka 3.00 petang.
"Ha'ah, dari pagi Wan belum makan lagi cikgu." Hazwan mula mengeluh.
"Perut ni dah lapar sangat ni." Perut digosok-gosok menunjukkan dia benar-benar lapar.
"Lah, kenapa tak makan lagi?"
"Abang Mika hari ni tak masak. Pagi-pagi lagi dia dah keluar. Pergi hotel agaknya." runggut Hazwan sambil mengeluh. Selalunya abangnya akan menyediakan sarapan dan makan sarapan bersama. Tidak hari ini, pagi-pagi sudah menghilangkan diri.
"Kalau macam tu cikgu..."
"Nak!" Teriak Hazwan teruja.
"Nak apa?" Medina berkerut apabila Hazwan berteriak nak padanya.
"Nak makan masakan cikgu." Ucap Hazwan polos.
"Sejak bila cikgu kata cikgu nak masak ni? Cikgu kata nak order delivery. Dari grab food or panda food. " Jawab Medina jujur. Memang itu niatnya. Tidak terfikir mahu memasak di rumah itu. Ingat dia rajin ke bab-bab memasak? Tak rajin sama sekali.
"Bukan ke? Alah... Ingat cikgu nak masak untuk kita orang." Hazwan mengeluh dengan rasa hampa.
"Apalah nasib insan yang lemah ini. Tidak beribu dan tidak berayah." Hazwan membuat muka sambil bernyanyi dengan nada sendu.
"Eii... Berdramanya budak ni." Terkebil-kebil mata Medina melihatnya.
"Mestilah, nak makan kena banyak drama. Kalau tidak tiada yang mahu bersimpati pada diri ini."
Medina membuat muka mendengar ayat drama Hazwan. "Nanti, kalau cikgu masak, nanti kamu tak belajar. Baik cikgu mengajar dan makanan pun tiba. Kan mudah tu." Balas Medina selamba. Tak payah susah-susah nak ke dapur memasak.
"Tak nak! Nak cikgu masak juga." Hazwan menghentak kakinya ke atas lantai tanda protes.
'Amboi budak bertuah ni! Mengada benar!'
"Daripada suruh cikgu masak lebih baik minta Mak Mah masak." Tutur Medina yang enggan memasak. Dialah bukan muka yang jenis memasak. Diminta memasak. Kau rasa?
'Ops! Lupa pula dia memang tak rasa apa-apa. Aku yang rasa. Rasa tertekan.'
"Mak Mah tak bayar untuk memasak. Tugas Mak Mah hanya mengemas saja."
'Bijak sungguh budak ini. Habis Mak Mah tak dibayar untuk memasak. Habis aku ni dibayar untuk memasak ke?' Medina tersenyum senget.
"Habis tu, cikgu pun bukan dibayar untuk memasak juga. Cikgu ditugas mengajar kamu saje setahu cikgu." Sengaja Medina menekan kata-kata mengajar pada Hazwan.
"Alah... Tak nak! Wan nak cikgu masak." Hazwan memuncungkan bibirnya.
'Apehal gedik sangat budak ni. Aku ketuk dengan marker ni baru tahu.'
Hazwan mula bermain mata dengan Darus dan Mazwar yang dari tadi jadi pemerhati.
"Bolehlah cikgu," Mazwar dan Darus turut memujuk sebaik sahaja memahami isyarat mata yang Hazwan katakan.
'Dah sudah! Masuk bab-bab group memujuk memang tewaslah gamaknya.'
Helaan dilepaskan Medina. "Yelah.. Yelah... Cikgu masak." Medina akhirnya mengalah dengan permintaan anak muridnya yang terlebih mengada.
![](https://img.wattpad.com/cover/211928440-288-k579491.jpg)
YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...