Waktu rehat tiba dan Haneul menuju ke kantin seorang diri. Dia tiada teman untuk bergaul bahkan rakan sebayanya semua menjauh.
Hanya kerana dia sering diejek dan dibuli.
Haneul benci akan dirinya yang sentiasa dianggap lemah oleh orang lain. Bukan pilihannya untuk memiliki tubuh yang berisi. Dia sudah cuba untuk mengurangkan berat badan tetapi gagal.
Selesai mengambil dulang makanannya Haneul perlu mencari meja. Tetapi semuanya sudah penuh.
" Haneul! Sini, sini! " panggil seseorang iaitu Jungwon.
Terkedu Haneul saat melihat Jungwon yang sedang melambai tangan ke arahnya. Perhatian semua orang tertumpu pada mereka.
Bisikan pelajar - pelajar mulai kedengaran.
" Jom duduk dengan saya. " ajak Jungwon yang entah bila dia mendekati Haneul.
Gadis polos itu tidak mempunyai pilihan memandangkan perutnya sudah berbunyi. Jungwon menarik tangannya ke meja yang diduduki olehnya.
Ada Sunoo, Taki, dan Daniel.
" Guys! Ini Haneul dan mulai hari ni dia kawan aku, kau dan kita semua! Arra? " ujar Jungwon dan menerima anggukan dari tiga lelaki itu.
Ketiga - tiga mereka memperkenalkan diri masing - masing. Haneul mengenali mereka semua.
Sunoo kerana dia selalu bermesyuarat ahli jawatankuasa kelas bersama. Taki kerana mereka menghadiri kelas Bahasa Perancis dan Daniel kerana mereka mempunyai waktu pendidikan jasmani.
Seingat Haneul ada lagi seorang, iaitu Nishimura Riki.
" Awak jangan segan - segan dengan kami tahu? Lepas ni kita ada kelas yang samakan, Kwon Haneul? " ujar Jungwon.
Itu benar, dia mempunyai kelas Sejarah yang sama dengan Jungwon. Jadi dia sudah mengenali Jungwon berbanding tiga yang lain itu.
" Huh? Kwon Haneul? " mereka menoleh.
+ apa yang korang rasa tentang niki? dalam cerita ni?

YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfiction" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...